- Jabatan Pembedahan Am
- Jabatan Perubatan Am
- Jabatan Ortopedik
- Jabatan Kecemasan & Trauma
- Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi
- Jabatan Otorinolaringologi
- Jabatan Respiratori
- Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
- Jabatan Oftalmologi
- Jabatan Dermatologi & Genitourinari
- Jabatan Perubatan Rehabilitasi
- Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial
- Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik
- Jabatan Pergigian Penjagaan Khas
- Unit Gastroentrologi
- Unit Neurosurgeri
- Unit Rheumatologi
- Unit Neurologi
- Unit Perubatan Sukan
- Unit Fisioterapi
- Unit Penjagaan Paliatif
- Unit Pembedahan Plastik & Rekonsktruktif
- Unit Nefrologi
- Unit Hematologi
- Unit Geriatrik
- Unit Endokrinologi
- Unit Patologi Mulut
- Unit Pemulihan Perubatan Cara Kerja
- Unit Pusat Penyelidikan Klinikal CRC Sabah
JABATAN PEMBEDAHAN AM
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am Hospital Queen Elizabeth menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, komprehensif, penyelidikan dan latihan yang menyeluruh berasaskan kepada kerja berpasukan yang profesional, cekap dan prihatin.
Jabatan ini merupakan Pusat Rujukan Negeri/Rantau bagi semua kes pembedahan dari semua hospital daerah termasuk Labuan dan Lawas di samping berkhidmat untuk warga Bandaraya Kota Kinabalu serta kawasan yang berdekatan.
Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat komprehensif yang merangkumi bidang Neurosurgeri, Pembedahan Plastik dan Urologi yang menjalankan aktiviti perkhidmatan sendiri sebagai unit berasingan.
Klinik Pembedahan Am dikendalikan oleh:
• Pakar Perunding Gred Khas C
• Pakar Perubatan UD48 - UD54
• Pegawai perubatan UD44
• Paramedik
OBJEKTIF
Jabatan Pembedahan Am Hospital Queen Elizabeth Sabah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan yang menghadapi penyakit atau masalah berkaitan pembedahan dengan tepat, berkesan dan mesra berteraskan eleman budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Jabatan Pembedahan Hospital Queen Elizabeth akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggota yang profesional, cekap dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan.
MISI
Jabatan ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan dan menyediakan rawatan yang menyeluruh kepada penduduk seluruh negeri Sabah melalui pendekatan berikut:
• Perkhidmatan yang menyeluruh yang merangkumi rawatan pencegahan, penyembuhan, pemulihan, paliliatif dan pendidikan kesihatan.
• Memupuk anggota yang terlatih, berdedikasi, cekap dan penyayang.
• Menjadi pusat latihan dan penyelidikan yang cemerlang.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Klinik Pembedahan Am
• Memberi rawatan pesakit kes baru dan kes ulangan.
• Memberi rawatan kes rujukan daripada doktor swasta dan hospital kerajaan.
• Mengambil darah pesakit luar.
• Mengambil tanda tangan kebenaran (consent) untuk menjalani pembedahan kecil dan pemeriksaan khas bagi pesakit luar.
• Membuat temujanji untuk pemeriksaan khas pengimejan diagnostik (special X-ray).
2. Klinik Payudara
• Menerima kes-kes rujukan dari doktor swasta dan hospital kerajaan.
• Memberi rawatan pesakit luar melalui temujanji.
• Membuat ujian biopsy kepada pesakit luar bila dipastikan.
• Membuat temujanji 'Mammografi'.
• Memberi kaunseling kepada pesakit yang memerlukan sebelum dan selepas menjalani pembedahan.
• Memberi pendidikan cara memeriksa payudara kepada pesakit.
3. Pembedahan
Menjalankan pembedahan am terhadap pesakit yang memerlukannya, menerusi temujanji.
4. Pemeriksaan Khas
Menyediakan pesakit untuk menjalankan pemeriksaan khas seperti Endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP) dan Endoskopi (OGDS).
5. Fine-Needle Aspiration (FNAC)
Satu jenis ujian dilakukan oleh Doktor Pakar - menerusi temujanji. Ia dilakukan pada hari Isnin dan Khamis untuk pesakit luar dan pesakit dalam.
6. Pembedahan Hepato-Pembedahan Vaskular (Lawatan Bulanan dari Pakar Pembedahan Hospital Kuala Lumpur)
7. Rawatan kelecuran dan kebakaran
8. Pembedahan kecemasan
JABATAN PERUBATAN AM
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat |
---|---|---|---|---|
1030AM - 1PM | 1030AM - 1PM | 1030AM - 1PM | 1030AM - 1PM | 1030AM - 1PM |
Klinik Perubatan Am Klinik Rheumatologi Klinik Nefrologi Klinik Diabetes | Klinik Perubatan Am Klinik Rheumatologi Klinik Nefrologi Klinik Diabetes Klinik Gastro | Klinik Perubatan Am Klinik Rheumatologi Klinik Nefrologi Klinik Diabetes Klinik Gastro | Klinik Rheumatologi Klinik Nefrologi | Kerja-kerja Pengurusan Klinik |
PENGENALAN
Kaunseling perubatan dengan doktor di klinik pakar adalah dengan temu janji sahaja. Lawatan kali pertama ke Klinik Perubatan Am memerlukan surat rujukan dari klinik kerajaan atau swasta. Bawalah bersama dokumen anda dan berjumpalah dengan kakitangan kaunter yang sedia membantu anda. Tarikh temujanji ditentukan berdasarkan keutamaan anda dan juga jika tarikh yang anda kehendaki tidak penuh. Datanglah lebih awal supaya masalah kesihatan anda mendapat perhatian dengan segera.
Sila bawa bersama surat jaminan majikan anda. Untuk makluman, bagi kakitangan kerajaan, EGL boleh didapati di kaunter hasil. Anda boleh mendapatkannya semasa atau sebelum membuat bayaran.
VISI
Jabatan Perubatan berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perubatan yang berkualiti, promosi kesihatan, pembelajaran dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, cekap dan penyayang serta hormat kepada kemuliaan insan.
MISI
- Untuk memastikan pengalaman/praktis perubatan dalam berada tahap tertinggi pada setiap masa
- Untuk dikenalpasti sebagai pusat latihan serta pendidikan ijazah lanjutan yang cemerlang di dalam perubatan
- Untuk mencapai sasaran sebagai pusat rujukan tertinggi yang mampu memberi perkhidmatan kepakaran sepenuhnya pada tahun 2020
- Untuk diiktiraf sebagai pusat pengajian perubatan yang cemerlang
- Untuk memupuk 'budaya korporat' dengan menitikberatkan budaya penyayang, kerja berpasukan serta berperikemanusiaan di kalangan pengamal perubatan
- Untuk memberi rawatan dengan menumpukan kepada pesakit keseluruhannya, menitikberatkan kesihatan serta penjagaan diri sendiri.
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan daripada aspek promosi pencegahan dan penyembuhan kepada pesakit serta mengamalkan taraf kesihatan optimum dengan mencegah kejadian penyakit-penyakit untuk membolehkan pesakit-pesakit hidup dalam keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik serta sempurna.
SKOP PERKHIDMATAN
Fungsi utama Klinik Pakar Perubatan adalah untuk memberi perkhidmatan:
- Perawatan awal
- Diagnotik/rawatan
- Kes ulangan pesakit luar/discaj pesakit dalam
- Rawatan rapi jika diperlukan
JABATAN ORTOPEDIK
PENGENALAN
Jabatan Ortopedik HQE merupakan pusat rujukan bagi semua kes Ortopedik bagi hospital - hospital di seluruh Negeri Sabah, Hospital Wilayah Persekutuan Labuan dan Hospital Lawas, Sarawak. Jabatan Ortopedik mempunyai 9 orang pakar dan dibantu oleh 13 orang Pegawai Perubatan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pakar Ortopedik Gred JUSA C yang bertanggungjawab kepada seluruh jabatan iaitu Wad Ortopedik Lelaki, Wad Ortopedik Perempuan, Wad Ortopedik Kanak-Kanak dan kes ortopedik di dewan bedah dan Klinik Pakar.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
1. Perawatan dan pembedahan kes trauma
2. Perawatan dan pembedahan kes kecedaraan spinal
3. Perawatan dan pembedahan kecederaan sendi
4. Perawatan dan pembedahan ortopedik kanak-kanak
SUBSPESIALITI
Perkhidmatan subspesialiti sedia ada dan yang diwujudkan dari tahun 2007 seperti berikut:
- Subspesialiti ‘Fracture / Trauma'
- Subspesialiti ‘ Arthroplasty & Arthroscopy’
- Subspesialiti ‘ Spine ‘
- Subspesialiti ‘ Paediatric & Onkology ‘
- Subspesialiti ‘ Foot Ankle ‘ (2008)
JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
PENGENALAN
Jabatan Kecemasan dan Trauma merupakan perkhidmatan barisan hadapan dan perkhidmatan kritikal Hospital Queen Elizabeth. Berpindah dari bangunan lama ke tapak baru menara berkembar Hospital Queen Elizabeth pada 12hb Mei 2014, ia terletak di aras bawah, di sebelah kanan antara bangunan klinik pakar dan menara utama Hospital Queen Elizabeth.
Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah satu domain khusus yang menawarkan rawatan klinikal untuk pelbagai masalah perubatan, penyakit atau kecederaan akut. Ini termasuk penyediaan penjagaan perubatan kritikal yang melibatkan komponen Pra hospital, triaj, resusitasi, intervensi, diagnostik dan stabilisasi untuk menyelamat nyawa.
Skop umum perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma meliputi penjagaan pra-hospital dan perkhidmatan klinikal kecemasan.
Jabatan Kecemasan dan Trauma memberikan penjagaan yang berfokus kepada pelanggan, holistik dan menyeluruh, menerap nilai-nilai budaya korporat; penyayang, kerja berpasukan dan professionalisme.
VISI
Menyediakan perkhidmatan yang cekap, cemerlang dan mesra pelanggan.
MISI
Menyedia penjagaan perubatan dan trauma dengan cepat bagi menyelamat nyawa dan mengelak komplikasi; yang menepati keperluan komuniti dan piawaian perubatan kecemasan.
PIAGAM PELANGGAN
“Komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti kepada semua pesakit”
- Semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat oleh Pegawai Perubatan dengan serta-merta.
- Semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa kurang 30 minit.
- Kes-kes yang memerlukan rawatan kepakaran akan dirujuk kepada Pakar Kecemasan dan Pakar-Pakar dari jabatan yang berkaitan mengikut keperluan penyakit pesakit.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
- Mematuhi semua undang-undang, arahan dan peraturan berkaitan.
- Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda
- Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.
- Mematuhi pelan rawatan yang diberi.
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
- Perkhidmatan Perubatan Klinikal dan Kecemasan Triaj (EMTS)
- Perkhidmatan Pra Hospital dan Ambulans (PHCAS)
- Perkhidmatan One Stop Crisis Centre (OSCC) dan Observational
- Perkhidmatan Emergency Critical Care dan Wilderness Medicine
- Medical Emergency Operating Co-Ordination Centre (MEOCC)
- Sabah Helicopter Emergency Medical Service (SHEMS)
- Perkhidmatan Pengurusan Bencana
- Perkhidmatan Pasukan Liputan Perlindungan Perubatan (MTS)
- Pengurusan Aset, Toxicology dan Toxinology
- Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MERS – Talian Kecemasan 999)
- Latihan dan Code Blue
- Pembangunan dan Kebajikan
- Kualiti dan Penyelidikan
- Kawalan Infeksi
Perkhidmatan Rawatan pesakit dibahagikan kepada 2 kategori termasuk pesakit COVID-19:
- Zon Separuh Kritikal (Zon Kuning)
- Zon Kritikal (Zon Merah)
JABATAN ANESTESIOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Anestesiologi Hospital Queen Elizabeth akan menjadi pusat rujukan anestesia untuk pembedahan dan rawatan rapi yang menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang professional, berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
MISI
Jabatan Anestesiologi berhasrat untuk menjadi pusat rujukan anesthesia dan rawatan rapi yang cemerlang dengan:
- Pembentukan perkhidmatan anestesia, peri-operatif, pencegahan kesakitan dan rawatan rapi yang komprehensif.
- Pelaksanaan perkhidmatan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.
- Memupuk dan membentuk anggota yang profesionalisma, terlatih, berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang.
- Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan yang diperakui.
OBJEKTIF
- Memberi perkhidmatan pembiusan, pembedahan dan peri-operatif yang cekap dan berkesan.
- Memberi perkhidmatan rawatan rapi yang berkualiti kepada pesakit-pesakit yang memerlukannya.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Unit Anestesia (GA)
- Klinik Anestesia
- Perkhidmatan Anestesia Am (Pembiusan)
- Perkhidmatan Anestesia Kardiaktorasik
- Perkhidmatan Sakit Akut (Acute Pain Service)
2. Dewan Bedah (OT)
- Dewan Bedah Am
- Dewan Bedah Modular
- Dewan Bedah Modular
- Dewan Bedah 'Day Care'
- Pembedahan Kecemasan (24 jam
- Pembedahan Elektif
- Pemulihan (Recovery)
- Perkhidmatan Perioperatif
3. Unit Rawatan Rapi (ICU)
- Perkhidmatan Rawatan Rapi (Rawatan Intensif)
- Makmal Respiratori (Respiratory Laboratory)
JABATAN OTORINOLARINGOLOGI (ORL)
VISI
Jabatan ORL Queen Elizabeth akan menjadi pusat perkhidmatan yang berkualiti dan komprehensif.
MISI
Jabatan ORL Queen Elizabeth akan menjadi pusat rujukan bagi kes kes ORL, audiologi dan pertuturan, dan pusat rujukan sekunder dan pembelajaran.
OBJEKTIF
Mengekalkan tahap kualiti tertinggi dalam rawatan dan penjagaan pesakit, menyediakan persekitaran yang sesuai ke arah pemulihan rawatan pesakit dengan menggunakan pendekatan holistik.
SKOP PERKHIDMATAN
1) Perkhidmatan Pesakit Luar
- Klinik Pesakit Luar ORL
- Klinik Audiologi
- Pemeriksaan Saringan Pendengaran
- Ujian Pendengaran -PTA/TYMP/BERA
- Ujian amplifikasi
- Rehabilitasi pendengaran
- Klinik Pertuturan dan Penelanan
- Terapi Pertuturan
- Terapi penelanan dan ujian FEES
- Klinik bersama Onkologi
- Klinik Pakar ORL UMS
2) Perkhidmatan Pesakit Dalam
3) Perkhidmatan Pembedahan ORL
4) Perkhidmatan Pembedahan Harian ORL
5) Perkhidmatan Lawatan Klinik Pakar Ke Hospital Daerah (Hospital Kota Marudu, Hospital Ranau, Hospital Beaufort, Hospital Keningau, Hospital Labuan)
PENGENALAN
Jabatan Respiratori terletak di bangunan berkembar Hospital Queen Elizabeth di aras 4 blok A. Dimana jabatan ini merangkumi dua perkhidmatan iaitu Klinik Pakar Respiratori untuk rawatan pesakit luar dan Wad Respiratori untuk rawatan pesakit dalam. Antara pesakit yang menerima rawatan di sini adalah pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan atau paru-paru (Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik) seperti Pesakit Asma, Pesakit TB, Pesakit Kanser Paru-Paru dan Pesakit Obstructive Sleep Apnea. Jabatan Respiratori Hospital Queen Elizabeth ini merupakan pusat rujukan utama bagi kes-kes yang melibatkan pesakit respiratori bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta (Hospital dan Klinik) untuk seluruh Negeri Sabah termasuk juga Wilayah Persekutuan Labuan.
Memberi khidmat diagnostik yang komprehensif sesuai dengan pengetahuan semasa, menerima piawaian kebangsaan dan antarabangsa, menjadikan peranan Jabatan Respiratori sebagai pusat rujukan respiratori utama di negeri Sabah bagi permasalahan paru-paru yang tinggi di kalangan masyarakat.
Menjadi pusat sumber utama bagi meningkatkan kesihatan paru-paru di negeri Sabah dan menjadi pusat kecemerlangan serantau dalam perubatan respiratori di Malaysia Timur.
BAHAGIAN | PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN |
---|---|
Klinik Pakar Paru-Paru | Pesakit Asma Kronik Pesakit Kanser Paru-Paru (Histopatologi) Pesakit Post-Covid |
Klinik TB & Diagnostik | Pesakit Tuberculosis (TB) Pesakit TB MDR Pesakit masalah paru-paru rujukan baru dari seluruh Sabah |
Interventional Pulmonology | Prosedur Flexible & Rigid Bronchoscopy Prosedur Pleuroscopy Prosedur Endoscopy Bronschoscopy Ultrasound System (EBUS) |
Klinik Perubatan Tidur | Ujian tidur Polysomnography & apnealink |
Pulmonari Fisiologi | Lung Function Test (LFT) General Respiratori Function Test (GRFT) Metacholine Challenge Test (MCT) Cardiopulmonary Exercise Test (CPET) |
Wad Respiratori | Perkhidmatan pesakit dalam |
JADUAL KLINIK PAKAR
Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | |||
0800-1300 | 1400-1700 | 0800-1300 | 1400-1700 | 0800-1300 | 1400-1700 | 0800-1700 | 0800-1700 |
Klinik Tibi | Klinik Diagnostik | Klinik Asma | Klinik Post Covid | Klinik Asma | Klinik Post Covid | Klinik Kanser Paru-Paru | Klinik Perubatan Tidur |
JABATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL
VISI
Jabatan Psikiatri Hospital Queen Elizabeth akan menjadi satu perkhidmatan psikiatri yang memberikan perkhidmatan berkualiti dan dapat meningkatkan status kesihatan masyarakat dari aspek biopsikososial.
MISI
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efektif dan profesional dengan menjalankan aktiviti promosi kesihatan mental dan juga pencegahan, perawatan dan pemulihan penyakit psikiatri.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra
- Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa tidak lebih dari 90 minit.
- Setiap pelanggan akan dipastikan menerima tatacara rawatan yang selamat dan mengikut protokol klinikal yang kemaskini.
Memberikan perkhidmatan perawatan psikiatri yang terbaik bagi Hospital Queen Elizabeth dan kawasan sekitar Kota Kinabalu. Perkhidmatan yang diberikan adalah termasuk dari segi promosi kesihatan mental, perawatan dan juga pemulihan pesakit psikiatri. Perkhidmatan ini juga perlu merangkumi segala aspek pesakit dari segi biopsikososial.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Rawatan Pesakit Luar
Rawatan pesakit luar-kes baru dan kes susulan, meliputi semua jenis penyakit psikiatri.
2. Rawatan Kes Rujukan
Rawatan pesakit dalam wad yang dirujuk oleh jabatan-jabatan lain di hospital ini dan memberi khidmat penilaian serta rawatan bagi pesakit dirujuk oleh Jabatan Kecemasan.
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi HQE diketuai oleh Dr. Sheena Mary Alexander, Pakar Pediatrik Oftalmologi sebagai Ketua Jabatan, dibantu oleh 6 orang Pakar Oftalmologi, 10 orang Pegawai Perubatan, 6 orang Pegawai Optometri dan 60 kakitangan sokongan. Jabatan Oftalmologi memberi perkhidmatan merangkumi Unit Pesakit Luar (Klinik Mata), Unit Optometri dan Wad Mata. Jabatan ini merupakan pusat rujukan pesakit daripada semua hospital daerah seluruh Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta Limbang, Bahagian ke-5 Negeri Sarawak (meliputi Daerah Limbang dan Daerah Lawas).
Perkhidmatan Utama Jabatan Oftalmologi adalah seperti berikut:
- General
- Vitro-retina
- Pediatrik Oftalmologi
PENGENALAN
Jabatan Dermatologi dan Perubatan Genitourinari secara rasminya beroperasi pada bulan September 1994. ketika itu klinik ini berkongsi bangunan dengan Klinik Payudara. Pada pertengahan tahun 1995 kedua-dua klinik telah dipisahkan apabila mendapat bangunan klinik masing-masing. Bagaimanapun klinik ini telah dipindahkan ke aras 2 bangunan baru Klinik Pakar Hospital Queen Elizabeth pada 16 Ogos 2008.
- Pengujudan perkhidmatan rawatan penyembuhan, pencegahan dan penjagaan penyakit kulit dan penyakit kelamin yang berkualiti yang akan sentiasa mengutamakan penggunaan teknologi terkini kepada semua pesakit luar dan dalam dengan mengutamakan nilai-nilai dan maruah kemanusiaan.
- Memupuk anggota agar bersemangat tinggi, rajin, dedikasi, terlatih dan cekap serta penyayang dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
- Mewujudkan kemudahan pusat latihan dan penyelidikan perubatan disamping pendidikan berterusan kepada anggotanya.
PIAGAM PELANGGAN
• Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, jujur dan ikhlas.
• Setiap pelanggan akan diberi rawatan mengikut protokol dan polisi jabatan
• Masa pendaftaran dalam masa 15 minit
• Masa menunggu rawatan atau pemeriksaan pakar / doktor ialah 90 minit
Ini tertakluk kepada keadaan pesakit lain yang dirawat oleh pakar / doktor.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan diagnostic dan teraputik yang professional dan terkini selari dengan objektif utama Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pesakit yang mengalami masalah kulit dan penyakit kelamin.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Fungsi utama di Klinik Dermatologi ialah:
1.1 Sebagai pusat rujukan bagi kes-kes penyakit kulit dan penyakit kelamin
1.2 Perkhidmatan pendiagnosaan dan terapi
2. Perkhidmatan latihan
2.1 Mengadakan CME untuk Jabatan Dermatologi 2 kali untuk setiap bulan
2.2 Mengadakan Latihan Dalaman Jabatan untuk staf Klinik Dermatologi
2.3 Mengadakan kursus untuk Pegawai Perubatan dan paramedic di Jabatan Dermatologi HKL
JABATAN PERUBATAN REHABILITASI
PENGENALAN
Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada 3 unit iaitu, Unit Perubatan Rehabilitasi (UPR) , Unit Perubatan Pemulihan Carakerja dan Unit Perubatan Pemulihan Anggota. UPR menyediakan perkhidmatan kepakaran perubatan rehabilitasi kepada pesakit luar dan dalam. Ia juga menjadi tempat rujukan kepada seluruh hospital di negeri Sabah, Hospital Lawas dan Limbang , Sarawak serta Hospital Wilayah Persekutuan Labuan. Perkhidmatan pesakit dalam merangkumi pesakit dalam di Hospital Queen Elizabeth I dan II, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan Hospital Beaufort. Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi beroperasi di Aras 1, Bangunan Klinik Pakar, Hospital Queen Elizabeth.
SKOP PERKHIDMATAN
Memberikan perkhidmatan pemulihan fisioterapi yang berkualiti dan holistik melalui ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini dengan penekanan profesionalisma dan pengamalan budaya korporat.
1. Perkhidmatan klinik pesakit luar
- General
- Spinal rehabilitasi
- Neurosurgery rehabilitasi
- Neuromedikal/Strok rehabilitasi
- Amputee dan musculoskeletal rehabilitasi
- Paediatrik rehabilitasi
- General
- Spinal rehabilitasi
- Neurosurgery rehabilitasi
- Neuromedikal/Strok rehabilitasi
- Amputee dan musculoskeletal rehabilitasi
- Paediatrik rehabilitasi
- Fasa 1 (pesakit dalam)
- Fasa 2 (pesakit luar)
- Perkhidmatan pesakit dalam
- Perkhidmatan pesakit luar
JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL
PENGENALAN
SKOP PERKHIDMATAN
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kepakaran seperti berikut:
1. Pembedahan pra-prostetik dan dentoalveolar
- Pembedahan persediaan untuk prostesis mulut
- Pembedahan gigi terimpak
2. Trauma oral dan maksilofasial
- Pembedahan pembetulan tulang rahang dan muka yang patah
3. Patologi oral dan maksilofasial
- Perawatan tumor dan keganjilan oral dan maksilofasial ( termasuk kes rekahan bibir dan lelangit )
- Rawatan kanser mulut
4. Pembedahan orthognatik
- Pembedahan pembetulan rahang dan tulang muka yang tidak seimbang
5. Pembedahan sendi temporomandibular
- Pembetulan patologi sendi rahang
- Rawatan ankilosis sendi rahang
6. Pembedahan penanaman implant pergigian
7. Pembuatan prosthesis oral dan maksilofasial
- Rawatan pembetulan kecacatan mulut dan muka akibat pembedahan dengan menggunakan prosthesis
8. Pusat latihan dan bimbingan kepada
- Pegawai Pergigian Tahun Pertama
- Pelatih Juruteknologi Pergigian
- Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian
- Pegawai Pergigian Sarjana OMF
- Pegawai Perubatan Sarjana ENT
- Penwartaan Pakar Klinikal OMF
9. Lawatan Pakar ke hospital daerah mengikut keperluan sepanjang tahun
- Hospital Duchess of Kent, Sandakan
- Hospital Tawau
- Hospital Lahad Datu
10. Perkhidmatan rawatan selepas waktu pejabat ( on call )
11. Perkhidmatan Kes-kes forensik pergigian
JABATAN PEMBEDAHAN PERGIGIAN PEDIATRIK
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik di hospital dan adalah berkaitan dengan rawatan komprehensif kesihatan gigi dan mulut untuk bayi dan pesakit yang berumur di bawah 16 tahun, termasuk pesakit-pesakit dengan keperluan perubatan khas. Bidang kepakaran ini merangkumi khidmat diagnosa awal dan pelaksanaan rawatan yang khusus untuk penyakit serta kondisi gigi dan mulut yang kompleks, termasuk karies, penyakit periodontal, gangguan perkembangan gigi pertumbuhan gigi, jangkitan di bahagian orofasial, patologi mulut, kelainan tisu lembut dan tisu keras dalam rongga mulut, dan kecederaan orofasial di kalangan kanak-kanak.
SKOP PERKHIDMATAN
Skop rawatan pembedahan pergigian pediatrik adalah seperti berikut:
1. Diagnosa dan rencana perawatan
2. Teknik-teknik kawalan tingkahlaku
3. Rawatan pergigian asas
4. Teknik-teknik rawatan pencegahan klinikal
5. Rawatan restorasi gigi simple dan advanced
6. Rawatan pergigian komprehensif untuk kanak-kanak dengan keperluan khas (Special Needs Children)
7. Penanganan jangkitan kuman di bahagian orofasial
8. Rawatan secara sedasi (sedation)
9. Rawatan saluran akar (endodontics)
10. Rawatan komprehensif secara bius umum
11. Rehabilitasi oral untuk kanak-kanak yang cemas atau yang bermasalah tingkahlaku
12. Rawatan multi-disciplinary untuk penyakit mulut di kalangan kanak-kanak dengan masalah perubatan
13. Pengawalan perkembangan gigi
14. Rawatan trauma gigi dan orofasial
15. Patologi dan perubatan mulut
16. Pembedahan mulut kecil
17. Penanganan kelainan dento-facial termasuk pesakit dengan klef
MUAT TURUN JADUAL PERKHIDMATAN
JABATAN PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS
PENGENALAN
Kepakaran ini menyediakan perkhidmatan pergigian kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas sehinggalah kepada golongan warga emas termasuklah mereka yang berada di penghujung hayat. Perkhidmatan Pergigian Penjagaan Khas di negeri Sabah telah bermula pada 2 Jan 2015 di Hospital Queen Elizabeth. Klinik ini berada di Aras 2, bangunan Kompleks Pakar bersebelahan dengan Jabatan Otorhinolaryngology. Pada masa kini, jabatan ini terdiri daripada seorang Pakar Pergigian, 2 orang Pegawai Pergigian, seorang Juruterapi Pergigian Kanan, dan dua orang Pembantu Pembedahan Pergigian.
- Ketidakupayaan intelektual dan pertumbuhan (Contoh: Sindrom Down, Autisme)
- Ketidakupayaan fizikal (Contoh: Palsi serebral, strok, kecederaan otak, kecederaan tunjang saraf)
- Kompromi perubatan yang kompleks (Contoh: masalah jantung, masalah pendarahan, kompromi sistem imun, kanser,
- mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan)
- Masalah psikiatri (Contoh: skizofrenia, kemurungan, fobia pergigian)
- Warga emas yang mempunyai masalah kognitif, perubatan dan fizikal dan bergantung kepada orang lain untuk melakukan aktiviti seharian
2. Modifikasi rawatan tampalan untuk mencegah kehilangan gigi (Modification of routine restorative dentistry to prevent tooth loss)
9. Rawatan pergigian dengan pengendalian perlakuan secara tanpa farmakologi dan dengan farmakologi termasuk sedasi dan bius umum (Dental treatment under non-pharmacological and pharmacological behaviour management techniques including sedation and general anaesthesia)
UNIT GASTROENTROLOGI
PENGENALAN
Buatlah temujanji dengan doktor anda!
Kaunseling perubatan dengan doktor di klinik pakar adalah dengan temu janji sahaja. Lawatan kali pertama ke klinik Perubatan AM memerlukan surat rujukan dari klinik kerajaan atau swasta. Bawalah bersama dokumen anda dan berjumpalah dengan kakitangan kaunter yang sedia membantu anda. Tarikh temujanji ditentukan berdasarkan keutamaan anda dan juga jika tarikh yang anda kehendaki tidak penuh. Datanglah lebih awal supaya masalah kesihatan anda mendapat perhatian dengan segera.
Sila bawa bersama surat jaminan majikan anda. Untuk makluman, bagi kakitangan kerajaan, EGL boleh didapati di kaunter hasil. Anda boleh mendapatkannya semasa atau sebelum membuat bayaran. Sila rujuk kadar bayaran di bawah.
VISI
Jabatan Perubatan berazam untuk menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan perubatan yang berkualiti, promosi kesihatan, pembelajaran dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, cekap dan penyayang serta hormat kepada kemuliaan insan.
MISI
- Untuk memastikan pengalaman/praktis perubatan dalam berada tahap tertinggi pada setiap masa
- Untuk dikenalpasti sebagai pusat latihan serta pendidikan ijazah lanjutan yang cemerlang di dalam perubatan
- Untuk mencapai sasaran sebagai pusat rujukan tertinggi yang mampu memberi perkhidamatan kepakaran sepenuhnya pada tahun 2020
- Untuk diiktiraf sebagai pusat pengajian perubatan yang cemerlang
- Untuk memupuk 'budaya korporat' dengan menitikberatkan budaya penyayang, kerja berpasukan serta berperikemanusiaan di kalangan pengamal perubatan
- Untuk memberi rawatan dengan menumpukan kepada pesakit keseluruhannya, menitikberatkan kesihatan serta penjagaan diri sendiri.
Untuk memberi perkhidmatan kesihatan daripada aspek promosi pencegahan dan penyembuhan kepada pesakit serta mengamalkan taraf kesihatan optimum dengan mencegah kejadian penyakit-penyakit untuk membolehkan pesakit-pesakit hidup dalam keadaan fizikal, mental dan sosial yang baik serta sempurna.
SKOP PERKHIDMATAN
Fungsi utama Klinik Pakar Perubatan adalah untuk memberi perkhidmatan :-
- Perawatan awal
- Diagnotik /rawatan
- Kes ulangan pesakit luar / Discaj pesakit dalam
- Rawatan rapi jika diperlukan
UNIT NEUROSURGERI
PENGENALAN
Unit Neurosurgeri dahulunya terletak di bangunan Lama Kompleks Perubatan A dan pada penghujung 2011 dan awal 2012 telah berpindah ke Hospital Queen Elizabeth II aras 2 (Neuro HDW), Aras 7 (Wad Neurosurgeri) dan Aras 8 (Klinik Pakar Neurosurgeri) secara berperingkat-peringkat:
1. Unit Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth mula beroperasi pada tahun 2003
2. Male Neurosurgery Ward (MNSW) pada Oktober 2012 • Jumlah Katil : 20
3. Female Neurosurgery Ward (FNSW) pada Januari 2012 • Jumlah Katil : 12
Neurosurgery High Dependency Unit pada 2012 mempunyai 4 kati
SKOP PERKHIDMATAN
1. Perkhidmatan rawatan perubatan/pembedahan otak dan saraf tunjang
2. Pusat rujukan setempat
i. Sabah; 25 buah Hospital Daerah
ii. Sarawak: Hospital Lawas
3. Pusat latihan bagi "Pegawai Perubatan Sarjana Neurosurgeri" memberi bimbingan dan rujukan kepada:
i. Pegawai Perubatan Latihan Siswazah
ii. Penolong Pegawai Perubatan
iii. Jururawat
4. Perkhidmatan Tele-konsultasi Serantau
i. Khidmat nasihat dan kepakaran berkaitan penemuan radiologi ( CT-Scan)
ii. Menerima kes-kes rujukan dari Hospital daerah yang mempunyai perkhidmatan CT-Scan mengikut kelompok daerah
5. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam
i. Wad Bedah Neuro Lelaki
ii. Wad Bedah Neuro Perempuan
iii.Wad Bedah Neuro Kanak-kanak di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah
iv. Neuro-High Depenency Ward
6. Perkhidmatan Klinik Pakar Neurosurgeri
- Isnin dan rabu
- Menerima kes-kes rujukan
- Kes-kes ulangan
- Kes-kes rawatan susulan
7. Perkhidmatan Pembedahan
- Craniotomy" Craniectomy
- Cranioplasty: Burrhole & Drainage
- VP/VA/LP Shunt
- Extra Ventricular Drainage
- Microdiscectomy
- Laminectomy
- Clipping of Aneurysm
- Transphenoidal Hypophysectomy
8. Lawatan harian dan Pembedahan Kecemasan di Hospital Pakar Likas
9. Lawatan Pakar ke Hospital Daerah mengikut jadual sepanjang tahun ;
i. Hospital Tawau
ii. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
iii. Hospital Keningau
iv. Hospital Labuan
UNIT RHEUMATOLOGI
PENGENALAN
Unit Rheumatologi adalah antara salah satu unit subkepakaran di bawah Jabatan Perubatan yang memberikan perkhidmatan berkaitan kes penyakit radang sendi dan ‘autoimmune disorders’. Unit Rheumatologi merupakan pusat rujukan bagi semua kes dari 19 hospital daerah di seluruh Sabah, pusat kesihatan serta kes dari utara Negeri Sarawak dan hospital swasta.
Unit Rheumatologi mempunyai 2 orang pakar rheumatologi, seorang pakar perubatan, seorang pegawai perubatan, dan 5 orang anggota kakitangan sokongan.
SKOP PERKHIDMATAN
Fungsi utama perawatan di Klinik Rheumatologi adalah:-
- Perawatan, diagnosis dan rawatan
- Pusat rujukan perkhidmatan perunding, nasihat dan pengurusan rawatan bagi kes-kes rumit
- Memberi rawatan suntikan sendi kepada pesakit yang mengalami radang sendi
- Lawatan rawatan suntikan sendi kepada pesakit yang mengalami radang sendi
- Lawatan pakar rheumatologi ke Hospital Sandakan dan Tawau
Fungsi utama Klinik Pakar Perubatan adalah untuk memberi perkhidmatan:
1. Klinik pakar pesakit luar
2. Perawatan pesakit dalam wad
3. Perkhidmatan penjagaan perubatan harian
4. Perkhidmatan perawatan rheumatologi atas jadual panggilan
5. Pendidikan kesihatan
6. Rujukan kepada jabatan lain yang berkenaan
7. Penyelidikan dan kajian
8. Pembelajaran perubatan yang berterusan (CME/CNE/Latihan/Kursus)
9. Perkhidmatan ‘Joint & soft tissue aspiration/injection’ serta ‘Synovial fluid analysis’
UNIT NEUROLOGI
PENGENALAN
Unit Neurologi adalah di bawah Jabatan Perubatan. Unit ini terdiri daripada Unit Neurofisiologi dan Klinik Neurologi. Klinik Neurologi terletak di bilik 19 & 20, Klinik Perubatan Aras 2 manakala Neurofisiologi adalah terletak di tingkat 4 blok menara berkembar. Perkhidmatan Neurofisiologi telah pun bermula sejak tahun 1993 dengan sebuah mesin EEG analog dan pada masa itu ia dikenali sebagai makmal EEG.
SKOP PERKHIDMATAN KLINIK NEUROLOGI
1. Klinik Neurologi secara rasmi beroperasi pada setiap hari Isnin (kes baru) dan Selasa hingga Rabu (Kes lawatan tetap).
2. Selain daripada menjalankan klinik neurologi, perkhidmatan suntikan toksin botulinum juga disediakan kepada pesakit yang telah dikenal pasti dan berada di dalam senarai perkhidmatan.
SKOP PERKHIDMATAN NEUROFISIOLOGI
Perkhidmatan prosedur Neurodiagnostic adalah:
1. Electroencephalography (EEG) - Rutin EEG & Portable EEG
2. Nerves Conduction Study (NCS)
3. Electromyography (EMG)
4. Visual Evoked Potential (VEP)
5. Brain – Stem Auditory Evoked Potential (BAEP)
6. Somato –Sensory Evoked Potential (SSEP) - anggota atas dan bawah\
MAKLUMAT UNTUK PESAKIT SEBELUM PERGI PROSEDUR NEURODIANOSTICS
1. Electroencephalography (EEG)
Electroencephalography (EEG) adalah ujian yang merekod aktiviti elektrikal di dalam otak anda menggunakan kepingan besi kecil dan rata, (elektrod) yang diletakkan di atas kulit kepala anda. Sel-sel otak anda berkomunikasi melalui impuls elektrik dan aktif sepanjang masa, walaupun ketika anda tidur.
Persediaan sebelum prosedur:
a. Basuh rambut anda malam sebelum hari ujian, jangan menggunakan perapi, krim rambut, semburan atau gel. Produk rambut tersebut boleh menyukarkan untuk elektrod diletakkan di atas kulit kepala dan ini juga akan meninggikan impedance/ rintangan kulit kepala yang menghalang pengaliran impulse elektrik dari otak melalui elektrod ke mesin.b. Elakkan apa-apa bahan minuman yang mengandungi kafein pada dan sebelum hari ujian, kerana kafein boleh menjejaskan keputusan ujian.
c. Ambil ubat-ubatan anda seperti biasa kecuali diberitahu oleh Doktor sebaliknya.
d. Jika anda sepatutnya tidur semasa ujian EEG , doktor anda mungkin meminta anda untuk tidur kurang atau mengelakkan tidur sama sekali malam sebelum EEG.
e. Tempoh prosedur amnya adalah kira-kira 1.5 -2jam dan kadangkala ia mungkin mengambil masa lebih panjang bergantung kepada keadaan semasa
2. Nerves Conduction Study (NCS)
Satu kajian pengaliran saraf (NCS) adalah ujian diagnostik perubatan yang biasa digunakan untuk menilai fungsi, terutama keupayaan pengaliran elektrik, motor dan saraf deria di dalam badan manusia.
Persediaan sebelum prosedur:
a. Mandi atau mandi sejurus sebelum peperiksaan anda dalam usaha untuk menghapuskan minyak dari kulit anda. Jangan sapu losyen atau krim sebelum peperiksaan.
b. Pakai pakaian yang longgar.
c. Dapatkan nasihat pakar atau memberitahu doktor anda atau Neurofisiologi Teknologis jika anda mempunyai perentak jantung atau mana-mana peranti perubatan elektrik lain
d. Tempoh prosedur amnya adalah kira-kira 45 minit- 1.5 jam dan kadangkala ia mungkin mengambil masa lebih panjang bergantung kepada keadaan semasa.
3. Electromyography (EMG)
Persediaan sebelum prosedur:
Beritahu kepada pakar neurologi dan kakitangan Neurofisiologi Teknologis jika anda:
a. Ada mengambil ubat penipisan darah contohnya: Wafarin
b. Mempunyai hemofilia , gangguan pembekuan darah yang menyebabkan keadaan pendarahan yang berpanjangan.
c. Pakai pakaian yang longgar.
d. Tempoh prosedur amnya adalah kira-kira 45 minit- 1.5 jam dan kadangkala ia mungkin mengambil masa lebih panjang bergantung kepada keadaan semasa.
4. VISUAL EVOKED POTENTIAL (VEP)
Persediaan sebelum prosedur:
Basuh rambut anda malam sebelum ujian, jangan menggunakan perapi atau menggunakan sebarang semburan rambut atau produk rambut yang lain.
5. SOMATOSENSORY EVOKED POTENTIAL(SSEP)
• Elektrod akan diletakkan pada kulit kepala dan pada satu atau lebih lokasi pada badan anda, seperti pergelangan tangan, belakang lutut, atau belakang di aras yang lebih rendah.
• Rangsangan elektrik yang tidak menyakitkan akan dihantar melalui elektrod yang diletakkan pada badan.
• Bagi setiap ujian, aktiviti isyarat elektrik yang dikesan oleh elektrod pada kulit kepala akan direkod, dan graf gelombang dihasilkan dan membolehkan doktor pakar mentafsir keputusan dan seterusnya membuat laporan hasil daripada ujian tersebut
• Semasa prosedur, anda akan diminta untuk berehat di kerusi malas atau berbaring di atas katil.
• Tempoh prosedur amnya adalah kira-kira 1-1.5 jam dan kadangkala ia mungkin mengambil masa lebih bergantung kepada keadaan semasa.
Persediaan sebelum prosedur:
a. Pakai pakaian longgar
b. Basuh rambut anda malam sebelum ujian, jangan menggunakan perapi atau menggunakan sebarang semburan rambut atau produk rambut yang lain
UNIT PERUBATAN SUKAN
PENGENALAN
Unit Perubatan Sukan terletak di bawah Jabatan Ortopedik di mana ianya menyediakan perkhidmatan kepakaran bidang Perubatan Sukan kepada pesakit dalam dan luar. Pada mulanya unit ini diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Sukan dan dibantu oleh seorang Jururawat Masyarakat sahaja. Pada hujung tahun 2012, unit ini diperkukuhkan dengan tenaga kerja iaitu seorang Jururawat Terlatih dan dua orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Tambahan pula seorang pegawai Pakar Klinikal bidang Perubatan Sukan di hantar ke HQE I untuk menjalankan tempoh perawatanya selama 6 bulan.
SITUASI SEMASA
Penambahan tenaga kerja di Unit Perubatan Sukan berlaku apabila perkhidmatan Ortopedik telah dipindahkan ke HQE II pada bulan Mac 2012. Semua perkhidmatan pembedahan Ortopedik dijalankan di premis HQE II sahaja buat sementara waktu sehingga menunggu bangunan baru HQE I dibina semula. Susulan dengan perubahan ini, Unit Perubatan Sukan menjalankan perkhidmatan tambahan di dua buah hospital menggunakan tenaga kerja di Unit Perubatan Sukan HQE I:
1. HQE I Klinik Pakar ( sessi Klinik Sports Medicine)
2. HQE II Sesi klinik bersama pakar Ortopedik sports surgeri
3. HQE II Rondaan wad bagi pesakit sports and arthroplasty/spine/amputee/foot and ankle
4. Kaunseling Pemakanan di HQE I
SKOP PERKHIDMATAN
1. Perawatan diagnostik & terapeutik Sports injury clinic
2. Individualized exercise prescription-youth, post-operative sports cases, women & special population
3. Individualized exercise prescription –post opt spine/ Prevention of falls in elderly
4. Setting targets on exercise – sedentary patients
5. Individualized exercise prescription for special cases - PERKESO referred cases
6. Diet counselling and RTP for athletes - post trauma/ fracture
7. Perawatan Pre & post opt sports injury ward rounds
8. “Klinik Bersama” Pakar Ortopedik Arthroplasty
9. “Klinik Bersama” Foot and ankle dan spine disiplin
10. Perawatan kes kecederaan Spinal & amputee (in patient)
11. Preparticipation evaluation- diabetics/hypertensive/early OA/early osteoporosis
12. Minor procedures related to sports/ musculoskeletal issues
13. Diagnostic screening Musculoskeletal injuries
14. Sports physiotherapy- sports spesifik
15. Pendidikan kesihatan bagi pesakit secara Individu/kumpulan
16. Medical team standby untuk Sports Tourism/ sukan peringkat Nasional dan antarabangsa sebagai AJK
17. Pensyarah jemputan Universiti Malaysia Sabah/ penceramah jemputan bagi Skim Kejurulatihan Sukan Peringkat Nasional Majlis Sukan Negara/ badan badan kerajaan dan bukan kerjaan
18. Membantu dalam pencapaian aktiviti Kualiti / KPI Jabatan Ortopedik
19. Menyediakan KPI untuk Unit Perubatan Sukan
20. Lawatan ke hospital daerah bagi rawatan susulan kes terpilih dijangkakan penyediaan perkhidmatan perubatan di dua hospital besar iaitu, HQE I dan HQE II, sekali lagi akan mengalami perubahan pada tahun 2014 apabila bangunan baru siap dibina
UNIT FISIOTERAPI
PENGENALAN
Perkhidmatan Fisioterapi telah bermula di Hospital Queen Elizabeth pada tahun 1970 di Kompleks Perubatan B, tingkat bawah Bangunan Pentadbiran dan Pengurusan Hospital Queen Elizabeth. Pada tahun 2008, Unit Fisioterapi telah dipindahkan ke Jabatan Rehabilitasi di Blok Klinik Pakar, Aras 1.
Perkhidmatan Fisioterapi di Hospital Queen Elizabeth memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive and preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi (PPPF) /Jurupulih Perubatan Fisioterapi (JPF) berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang digunapakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.
SKOP PERKHIDMATAN
Memberi perkhidmatan fisioterapi seperti yang berikut:
i. Perkhidmatan Pesakit Dalam
ii. Perkhidmatan Pesakit Luar
iii. Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan bagi pesakit dalam wad yang memerlukan perawatan chest physiotherapy yang berterusan.
JENIS PERKHIDMATAN
A. Perkhidmatan Teras:
1. Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal
2. Perawatan Fisioterapi Respiratori
3. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
4. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
5. Perawatan Fisioterapi Geriatrik
6. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
7. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
B. Perkhidmatan Pengkhususan:
1. Perawatan Fisioterapi Lymphodema
2. Perawatan Fisioterapi Vestibular
3. Perawatan Fisioterapi Hand and Microsurgery
4. Perawatan Fisioterapi Haemofilia
5. Perawatan Fisioterapi Paliatif
6. Perawatan Fisioterapi Fototerapi
7. Perawatan Fisioterapi Burn and Reconstructive Surgery
C. Perkhidmatan Multidisiplinari:
1. Pemulihan Kardiak
2. Pemulihan Amputee
3. Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)
4. Pemulihan Strok
5. Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)
6. Chronic Pain Management
UNIT PENJAGAAN PALIATIF
PENGENALAN
Unit Penjagaan Paliatif merupakan sebuah unit yang khas untuk menjaga pesakit yang mengalami peringkat akhir penyakit kanser dan pesakit yang menghidapi penyakit Kegagalan organ dalam peringkat terakhir (End Organ Failure) . Unit ini mula beroperasi pada tahun 1995 . Mempunyai katil rasmi juga meningkat kepada 16 buah katil . Unit ini di bawah jagaan Jabatan Pembedahan yang diketuai oleh Pakar Perundingan Pembedahan dan dibantu oleh seorang Pakar Perundingan Paliatif ( Pakar lawatan dari hospital swasta ), 4 orang Pegawai Perubatan, seorang Ketua Jururawat U32. 14 orang Jururawat U29. 2 orang Jururawat U19 dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Klinik Paliatif juga ditempatkan dalam bangunan yang sama. Kedua-dua unit dan klinik terletak di Kompleks Perubatan C, HQE. Unit ini bekerjasama dengan Pertubuhan Perkhidmatan Paliatif ( badan bukan kerajaan ) Kota Kinabalu dalam program penjagaan pesakit di rumah untuk pesakit yang tinggal dalam jarak 30 Km dari HQE.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pesakit dimasukkan terus ke wad tanpa melalui bilik kecemasan dan tanpa didaftarkan terdahulu supaya tidak menunggu di kawasan tersebut
- Assesmen dan kawalan simptom
- Paliatif radioterapi dan kemoterapy, pesakit diatur untuk rawatan jika perlu
- Konferen bersama keluarga pesakit: Perjumpaan doktor dan jururawat dengan keluarga pesakit untuk berbincang dan menyampaikan infomasi rawatan paliatif , status kesihatan pesakit dan isu psikososial jika ada.
- ‘Respite care’ Pesakit dimasukkan ke wad untuk tumpang jaga supaya penjaga pesakit yang telah penat menjaga pesakit dapat peluang untuk berehat dari segi fisikal dan mental.
- Kaunseling
- Home Care Program’, Bekerjasama dengan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO )dalam program penjagaan pesakit di rumah, jika perlu
UNIT PEMBEDAHAN PLASTIK & REKONSTRUKTIF
PENGENALAN
Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif memberikan perkhidmatan kepada penduduk di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan kawasan berhampiran. Ia juga menjadi pusat rujukan kepada hospital-hospital daerah seluruh negeri Sabah dan termasuk Hospital Wilayah Persekutuan Labuan dan Hospital Lawas, Sarawak. Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif terletak di Kompleks Blok A HQE I, Bilik 40. Unit ini diketuai oleh Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Unit Pakar Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif adalah:-
1. Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif:
- Elektif
- Minor
- Kecemasan
2. ‘Combine Clinic Session’ bersama ‘Paediatric Dental’
3. Lawatan Pakar Ke Hospital–Hospital Daerah
UNIT NEFROLOGI
PENGENALAN
Unit Nefrologi merupakan satu pusat kepakaran yang menyediakan perawatan perubatan kes “kegagalan buah pinggang dan menjadi pusat rujukan bagi menerima kes- kes rujukan di Negeri Sabah , WP Labuan dan Lawas, Sarawak. Unit ini mempunyai 21 Unit Hemodialisis di bawah jagaan Ketua Unit Nefrologi. Unit ini dibuka sejak tahun 1984, Unit CAPD dan Unit Transplant ditubuhkan pada tahun 1999 dan wad Nefrologi dibuka pada tahun 2010. Pada 19.03.2012 satu unit tambahan iaitu Unit Hemodialisis 2 telah dibuka dan memulakan perkhidmatan bagi menampung kes-kes akut daripada wad dan kes-kes yang menunggu tempat rawatan di pusat dialisis swasta.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Rawatan Hemodialisis / Hemodiafiltration & Slow Extended Dialysis (SLEED ) /CRRT
2. Rawatan Plasmapheresis3
3. Rawatan CAPD
4. Penyediaan “workup” dan rawatan susulan Pembedahan Buah Pinggang
5. Prosedur insertion catheter untuk Temporary Blood Access
6. Prosedur Renal Biopsy
7. Klinik Nefrologi
8. Lawatan Klinik Pakar ( Luar Daerah )
9. Pesakit dalam ( Wad Nefrologi )
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya Unit Nefrologi Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dari segi perkhidmatan dan aktiviti unit begitu aktif dan mencapai objektif unit.Peningkatan dan pertambahan pesakit samaada yang mendapat rawatan sokongan buah pingggang ( Hemodialisis dan Rawatan CAPD ) mahupun kehadiran pesakit yang review di klinik begitu ketara dan terdapat peningkatan ditambah lagi perkembangan perkhidmatan dialisis dengan pembukaan unit baru.
UNIT HEMATOLOGI
PENGENALAN
Unit Hematologi merangkumi:
- Isnin - Klinik Kanser Hematologi
- Rabu - Klinik Hematologi Umum
- Khamis - Klinik Thalassaemia
SKOP PERKHIDMATAN
1. Fungsi utama ialah untuk memberi khidmat rawatan yang sewajarnya dari aspek ‘prevantive,curetive and Rehabilitative’.
2. Pengendalian perawatan perubatan khususnya kemoterapi limpoma, thalassaemia myeloma dan penjagaan kejururawatan berkualiti dalam masa 24 jam.
3. Kawalan jangkitan penyakit.
4. Kaunseling.
UNIT GERIATRIK
PENGENALAN
Unit Geriatrik, Hospital Queen Elizabeth ditubuhkan secara rasmi pada 1st Marc 2012.Objektif Unit Geriatrik secara am adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kualiti hidup warga tua.
2. Meningkatkan kualiti hidup penjaga-penjaga warga tua.
3. Mengintergrasikan warga tua dengan ahli-ahli keluarga dan juga masyarakat dalam kehidupan seharian.
4. Memanjangkan kehidupan yang berfungsi dan memendekan kehidupan yang kurang berupaya“disability free life expectancy” sehingga ke akhir hayat.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan dan mengekalkan kesihatan dan fungsi warga tua secara keseluruhan dari segi medikal, psikologi, sosial dan rehabilitasi dengan menggunakan cara multidiscipline
2. Mengesan penyakit-penyakit pada tahap awal dan tepat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
3. Memberi kursus dan latihan kepada semua kategori pengamal kesihatan yang terlibat dengan penjagaan warga tua.
4. Menyediakan risalah, pamphlet dan brochure berkenaan dengan penjagaan dan juga penyakit-penyakit yang dihadapi oleh warga tua kepada ahli keluarga dan penjaga.
5. Memberi latihan kepada ahli keluarga dan penjaga tentang cara yang betul menjaga seorang warga tua.
6. Mengintegrasikan pesakit-pesakit yang baru keluar dari hospital kemasyarakatan dengan berjaya.
7. Membuat aktiviti-aktiviti pendidikan seperti penyelidikan, kursus, seminar, dan bengkel untuk meningkatkan pengetahuan dan minat pengamal perubatan termasuk doktor, jururawat dan sebagainya dan secara tidak langsung akan meningkatkan mutu rawatan.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Wad Subacute Geriatrik Lelaki
Wad ini sedang beroperasi di Pusat Perubatan Lingzhi sehingga bangunan Hospital Queen Elizabeth baru siap dibina. Wad ini hanya boleh memuatkan lapan pesakit warga tua lelaki. “Multidisciplinary team” terdiri daripada seorang pakar geriatric, seorang sister gerontology, 3 orang gerontology staff nurse, seorang physiotherapist dan seorang occupational therapist.Kami juga mendapat sokongan yang kuat daripada Unit Kebajikan. Antara aktiviti yang diadakan dalam wad ini ialah “Comprehensive Geriatrik Assessment” untuk semua pesakit baru, latihan pemulihan fungsi setiap hari, latihan untuk ahli keluarga dan penjaga, pelbagai jenis risalah, pamphlet dan brochure untuk pendidikan pesakit, ahli keluarga dan penjaga, dan juga multidisciplinay team meeting setiap Selasa pagi. Key Performance Indicator untuk wad ini ialah kemajuan dari segi Norton Scale, Modified Barthel Index dan Motor Assessment Scale sewaktu pesakit berada di wad ini. Antara KPI nursing ialah comprehensive geriatric assessment dalam masa dua puluh empat jam pesakit dimasukkan ke wad, zero falls incidence dan zero pressure sore incidence.
2. Perkhidmatan Konsultasi Untuk Pesakit Dalam
Buat masa ini, oleh kerana hanya terdapat seorang pakar geriatrik, perkhidmatan konsultasi untuk pesakit dalam (inpatient) dikhaskan untuk pesakit-pesakit yang berada di wad perubatan dalaman sahaja.Konsultasi daripada bahagian-bahagian lain akan diterima secara “case to case basis”.
3. Perkhidmatan Pesakit Luar
a. Klinik geriatric am Klinik geriatric am terbuka kepada semua pesakit. Kes-kes akan diterima selepas berbincang dengan pakar geriatrik. Skop klinik ini agak luas dan merangkumi pelbagai issue geriatric seperti “comprehensive geriatric assessment”, “screening and prevention”, acute post discharge, chronic/multiple comorbidities, geriatric syndromes dan sebagainya.
b. Klinik memory Kinik memory ialah salah satu subkepakaran geriatric yang dikhaskan untuk menilai dan merawat pesakit-pesakit yang disyaki atau telah dikenalpasti menghidap penyakit Dementia.
c. Falls And Balance Clinic Klinik ini diadakan di Pusat Perubatan Lingzhi dan dikhaskan untuk menilai dan merawat pesakit-pesakit yang berisiko tinggi untuk jatuh. Klinik ini dijalankan oleh seorang pakar geriatric, seorang gerontology staff nurse, seorang physiotherapist dan seorang occupational therapist secara multidiscipline.Buat masa ini, oleh kerana kekurangan dan kekurangan ruang, klinik ini hanya dapat menerima pesakit yang dimasukkan ke wad geriatric atau pesakit-pesakit “home visit”sahaja.
4. Lawatan Rumah (Home Visit)
Perkhidmatan home visit ini dikhaskan untuk pesakit-pesakit dari Wad Geriatrik sahaja. Pesakit-pesakit dari wad lain atau pesakit luar tidak akan diterima untuk home visit buat masa ini. Home visit dibuat setiap Jumaat pagi dan dihadiri oleh seorang pakar geriatric, seorang gerontology nurse, seorang physiotherapist dan seorang occupational therapist. Tujuan utama home visit ini ialah untuk menilai pesakit yang berisiko tinggi untuk jatuh selepas keluar dari wad untuk memastikan mereka dapat mengekalkan fungsi yang dicapai semasa berada di wad geriatric. Selain itu, semasa home visit, rumah pesakit akan dinilai dari segi keselamatan dan kesesuaian dengan fungsi/kelemahan pesakit. Isu-isu nursing dan medical juga akan dinilai.
5. Perkhidmatan akan datang
a. Wad Subacute Geriatrik Wanita
b. Wad Dementia
UNIT ENDOKRINOLOGI
PENGENALAN
Perkhidmatan subspesialiti Endokrin & Diabetes memberikan perkhidmatan berkaitan dengan gangguan sistem endokrin, rawatan pesakit kencing manis (diabetes),masalah kegemukan (obesity) dan hormon- hormon yang menggangu sistem ini. Klinik Endokrin & Diabetes menjadi rujukan bagi semua kes-kes dari 19 buah hospital daerah dan pusat kesihatan di Sabah, Hospital Lawas, Sarawak dan hospital-hospital swasta.
SKOP PERKHIDMATAN
Fungsi utama perawatan di klinik Endokrin & Diabetes adalah:
1. Perawatan yang Komprehensive bagi pesakit Diabetes.
2. Perawatan yang dinamik bagi pesakit yang mengalami gangguan hormon (Sistem Endokrin) bagi menjalani penyiasatan dan ujian khusus seperti Radioterapi Iodine (RAI).
3. Pengendalian dan perkhidmatan masalah umum endokrin termasuklah pengurusan adrenal dan gangguan pancreatik, gangguan thyroid dan parathyroid, gangguan kalsium dan tulang serta gangguan gonadal.
4. Pengurusan dan Perawatan multidisciplinary bagi pesakit dengan masalah Kegemukan (Obesity).
5.Kaunseling/Pendidikan Kesihatan bagi pesakit Diabetes-Nurse Educator.
Kompenan-kompenan termasuklah:
1. Klinik Pakar Pesakit luar ( Diabetes& Endokrin Klinik)
2. Perawatan pesakit dalam wad
3. Perkhidmatan penjagaan perubatan harian
4. Perkhidmatan Perawatan Endokrin dan jadual atas panggilan
5. Pendidikan dan kaunseling oleh Diabetes Educator
6. Hubungan dengan jabatan lain yang berkaitan
7. Penyelidikan (Research Clinic)
8. Pembelajaran Perubatan yang berterusan(CME/CNE/LATIHAN/KURSUS)
UNIT PATOLOGI MULUT
PENGENALAN
SKOP PERKHIDMATAN
1. Perkhidmatan Klinik Perubatan Mulut
Mengurus kes-kes perubatan mulut yang dirujuk, seperti “oral ulcers/vesiculo-bullous disease, oral facial pain (inclusive of temporomandible disorders), salivary gland dysfunction (namely Xerostomia), dan oral mucosal infections”. Klinik ini juga memenuhi rawatan pergigian asas pesakit yang “medically compromised”. Pada tahun 2012, terdapat peningkatan sebanyak 30% pesakit dan 27% kedatangan berbanding dengan tahun 2011.
PERKHIDMATAN PATALOGI MULUT
1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik biopsi mulut
2. Membantu dalam penyelenggaraan satu database kebangsaan bagi penyakit mulut
Pada tahun ini (2012) beban kerja telah meningkat sebanyak 10% berbanding dengan tahun 2011. Dijangka ia akan meningkat lagi memandangkan Klinik Pakar Bedah Mulut sudah beroperasi sepenuhnya di Sandakan dan Tawau pada tahun 2013.
LATIHAN
1. Pusat latihan yang diiktirafkan KKM bagi calon pra-perwartaan pakar pergigian (Patologi Mulut & Perubatan Mulut)
2. Pusat latihan yang diiktiraf oleh University Malaya bagi latihan“post graduate” 2010 – 2013.
3. Sebagai pusat latihan awal bagi “pre-postgraduate attachment”
4. Mengambil bahagian dalam program CPD serta latihan bagi kakitangan profesional dan sokongan pergigian.
5. Memberi bimbingan kepada Pegawai Pergigian Tahun Pertama dan kedua yang bertempat di Klinik Pergigian Pakar (Patologi Mulut & Perubatan Mulut)
UNIT PEMULIHAN CARA KERJA
LATAR BELAKANG
Unit Pemulihan Cara Kerja terletak di Kompleks Klinik Pakar, Hospital Queen Elizabeth (HQE).Pemulihan Carakerja ialah rawatan pemulihan melalui aktiviti dan intervensi yang dipilih khas untuk pelanggan yang menghadapi masalah fizikal, kognitif dan psikososial.Tujuan Pemulihan Carakerja adalah bagi membantu pelanggan mencapai tahap keupayaan kefungsian yang optima supaya pelanggan dapat berdikari di semua aspek kehidupan harian dan menikmati kehidupan yang berkualiti.
VISI
Transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan ke arah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sepenuhnya.
MISI
- Membantu HQE menyampaikan perkhidmatan kesihatan menggunakan ICT Terkini;
- Menyediakan dan memantau prasarana Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang selamat dan diyakini;
- Pemangkin pelaksanaan sistem aplikasi dan rangkaian ICT yang cekap, berkesan dan inovasi berterusan;
1. Semua pelanggan akan dilayan dengan mesra, baik, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
2. Kerahsiaan pelanggan akan dijaga;
- Semua pelanggan diberi jaminan kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan dan rawatan;
- Pelanggan akan diberitahu tentang pembayaran dan tempat menunggu ( dalam masa 20 Minit);
- Semua pelanggan akan dinilai, dirawat dan diberitahu konraindikasi rawatan semasa menjalani rawatan ( dalam masa 60 minit);
- Di akhir rawatan, pelanggan akan diberitahu;
- Temujanji rawatan akan datang mengikut jadual rawatan
- Makluman pembayaran atau pengecualian pembayaran
1. Penilaian dan latihan semua aktiviti kehidupan harian
2. Penilaian dan Latihan fungsi fizikal, kognitif dan tingkahlaku
3. Penilaian dan Latihan Kerja
4. Penilaian, latihan modifikasi alat-alat bantuan.
5. Penilaian dan latihan kerusi roda
6. Thermoplastic Splinting
7. Pressure Garment (kain tekanan)
8. Pemulihan Psikososial
9. Program Pemulihan Kanak-Kanak Keperluan Khas (Child Early Intervention Programme)
10. Aktiviti terapi berkumpulan
11. Lawatan ke rumah / sekolah / tempat kerja
UNIT PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL CRC SABAH
Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth (CRC QEH) yang sebelum ini dikenali sebagai CRC Sabah, mula ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008. Ia telah beroperasi sejak tahun 2008 dengan tujuan untuk menggalakkan, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal berkualiti dan beretika untuk meningkatkan taraf kesihatan pesakit dalam HQE. CRC QEH menjalankan penyelidikan klinikal, dan menyediakan kursus dan perkhidmatan latihan berkaitan penyelidikan termasuk metodologi penyelidikan, biostatistik perubatan dan Bengkel Good Clinical Practice (GCP).
VISI
Menjadi institusi penyelidikan klinikal yang terkemuka di Asia.
MISI
1. Meningkatkan taraf kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti.
2. Memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti melalui perkhidmatan yang sistematik dan mengaplikasikan hasil dari penyelidikan klinikal.
3. Memupuk budaya penyelidikan klinikal sebagai satu komponen penting dalam penyampaian penjagaan kesihatan.
OBJEKTIF
1. Mempromosikan penyelidikan jenis Investigator Initiated Research (IIR), Industrial Sponsored Research (ISR) dan registri klinikal bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan dan kepentingan penyelidikan klinikal dalam sistem penjagaan kesihatan di negeri Sabah.
2. Menyediakan khidmat rundingan mengenai ujian klinikal dan lain-lain aspek penyelidikan klinikal.
3. Membina keupayaan tenaga kerja bagi menggalakkan penyelidikan.
4. Menggalak dan menyelaras aktiviti penyelidikan dengan tujuan memperbaiki pelaksanaan dan pengendalian penyelidikan klinikal.
5. Menyokong pembangunan pusat penyelidikan klinikal baru dan rangkaian ujian klinikal.
6. Memudahcara kerjasama di antara penyelidik, pembuat dasar, penyampai khidmat penjagaan kesihatan, industri dan pelanggan.
7. Membangunkan dan menerapkan polisi untuk meningkatkan kualiti penyelidikan Investigator Initiated Research (IIR) dan Industrial Sponsored Research (ISR)
SKOP PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan CRC merangkumi fungsi-fungsi utama Hospital CRC selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 4/2011: Penyelidikan Klinikal Dan Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Di Hospital Dan Penubuhan Jawatankuasa Penyelidikan Peringkat Negeri.
FUNGSI UTAMA
1. Membina keupayaan bagi menggalakkan penyelidikan dengan:
- Menjalankan latihan-latihan seperti Good Clinical Practice, Introduction to Clinical Research dan Statistikal;
- Menjalankan latihan dalaman (in-house) Continous Professional Development secara rutin;
- Menyediakan khidmat rundingan bagi metodologi penyelidikan, rekabentuk kajian, protocol dan analisis statistikal;
- Mengadakan program bimbingan untuk pegawai perubatan dan lain-lain pegawai yang berminat dalam penyelidikan.
3. Membantu mendaftarkan protokol penyelidikan di National Medical Research Register (NMRR) dan permohonan geran penyelidikan;
4. Menyediakan kemudahan-kemudahan berikut untuk menyokong dan memperlicinkan aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital-hospital:
a. Pangkalan data pakar-pakar klinikal yang berminat dalam penyelidikan – bidang yang diminati, simpanan rekod bagi Industry Sponsored Research (ISR) atau Investigator Initiated Research (IIR) dan penerbitan;
b. Sokongan pentadbiran seperti ruang kerja, IT, penolong pegawai penyelidik dan coordinator kajian, dan lain-lain.
[Skop Perkhidmatan CRC seperti dalam lampiran]