JABATAN OFTALMOLOGI (MATA)
PENGENALAN
Jabatan Oftalmologi HQE diketuai oleh Dr. Sheena Mary Alexander, Pakar Pediatrik Oftalmologi sebagai Ketua Jabatan, dibantu oleh 6 orang Pakar Oftalmologi, 10 orang Pegawai Perubatan, 6 orang Pegawai Optometri dan 60 kakitangan sokongan. Jabatan Oftalmologi memberi perkhidmatan merangkumi Unit Pesakit Luar (Klinik Mata), Unit Optometri dan Wad Mata. Jabatan ini merupakan pusat rujukan pesakit daripada semua hospital daerah seluruh Negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta Limbang, Bahagian ke-5 Negeri Sarawak (meliputi Daerah Limbang dan Daerah Lawas).
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Utama Jabatan Oftalmologi adalah seperti berikut:
1. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar
- General
- Vitro-retina
- Pediatrik Oftalmologi
2. Perkhidmatan Rawatan Pesakit Dalam
3. Perkhidmatan Pembedahan
4. Perkhidmatan Harian Pembedahan Mata (Day Care)
5. Perkhidmatan Optometri
6. Perkhidmatan Unit Bergerak (Sabah Mission For Vision SMFV, Lawatan Pakar dan ‘Eye Screening Team’)