JABATAN PSIKIATRI & KESIHATAN MENTAL
VISI
Jabatan Psikiatri Hospital Queen Elizabeth akan menjadi satu perkhidmatan psikiatri yang memberikan perkhidmatan berkualiti dan dapat meningkatkan status kesihatan masyarakat dari aspek biopsikososial.
MISI
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, efektif dan profesional dengan menjalankan aktiviti promosi kesihatan mental dan juga pencegahan, perawatan dan pemulihan penyakit psikiatri.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra
- Setiap pelanggan akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam masa tidak lebih dari 90 minit.
- Setiap pelanggan akan dipastikan menerima tatacara rawatan yang selamat dan mengikut protokol klinikal yang kemaskini.
Memberikan perkhidmatan perawatan psikiatri yang terbaik bagi Hospital Queen Elizabeth dan kawasan sekitar Kota Kinabalu. Perkhidmatan yang diberikan adalah termasuk dari segi promosi kesihatan mental, perawatan dan juga pemulihan pesakit psikiatri. Perkhidmatan ini juga perlu merangkumi segala aspek pesakit dari segi biopsikososial.
SKOP PERKHIDMATAN
1. Rawatan Pesakit Luar
Rawatan pesakit luar-kes baru dan kes susulan, meliputi semua jenis penyakit psikiatri.
2. Rawatan Kes Rujukan
Rawatan pesakit dalam wad yang dirujuk oleh jabatan-jabatan lain di hospital ini dan memberi khidmat penilaian serta rawatan bagi pesakit dirujuk oleh Jabatan Kecemasan.