JABATAN PATOLOGI


PENGENALAN

Menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai disiplin makmal patologi dengan mengadakan ujian-ujian dan penyelidikan yang cepat, tepat, berkesan dan dipercayai bagi membantu pegawai-pegawai perubatan dan pihak-pihak berkenaan di dalam diagnosa dan pengesanan pelbagai jenis dan punca penyakit.

Jabatan Patologi menyediakan ujian-ujian dalam pelbagai disiplin patologi: patologi kimia, mikrobiologi, histologi & saitologi, hematologi dan transfusi darah. Hospital Queen Elizabeth juga merupakan pusat saringan bagi penderma darah untuk semua hospital di Pantai Barat dan Pedalaman Sabah.

VISI

Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan.

MISI

Perkhidmatan Jabatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta professionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan dilayan dalam masa 30 minit selepas nombor giliran diberi di pusat pengambilan darah.Tempoh masa mendapatkan keputusan:

UJIAN SEGERA

  • Ujian Histopatologi (spesimen biopsi) : 3 hari berkerja
  • Ujuan Sitologi : 3 hari berkerja
  • Ujian-ujian segera (selain Histopatologi & Sitologi) : 1 jam
UJIAN RUTIN

  • Ujian Histopatologi (lain-lain spesimen) : 7-10 hari berkerja
  • Ujian Sitologi : 7 hari berkerja
  • Ujian-ujian rutin (lain-lain) : 3 jam
UJIAN KANDUNGAN DADAH DALAM DARAH

  • Ujian saringan : 3 hari berkerja
  • Ujian pengesahan : 7 hari berkerja
  • Ujian-ujian khas (berjadual) : 2 minggu
  • Ujian-ujian ke makmal rujukan : 45 hari
  • Ujian kultur & sensitiviti : 3-7 hari
Setiap spesimen akan dikendalikan dan diuji mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.

Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai ujian, jika perlu.

Semua keputusan ujian adalah sulit.

FAQS

1) Adakah Jabatan Patologi beroperasi selama 24 jam setiap hari?

Ya. Tetapi selepas waktu pejabat, hanya ujian yang tertentu sahaja dari unit Patologi Kimia (STAT), unit hematologi (FBC, PT/PTT) dan unit Mikrobiologi Perubatan (BSMP) dijalankan.

2) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Patologi Kimia?

Sampel yang diterima adalah darah dalam bekas plain tube dan bekas sodium fluoride. Sampel urin juga diterima di unit Patologi Kimia untuk ujian albumin.

3) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Mikrobiologi Perubatan?

  • Makmal Serologi menerima sampel darah dalam plain tube melainkan untuk ujian HIV PCR bagi bayi berusia dalam lingkungan 1 hingga 18 bulan. Sampel darah untuk ujian tersebut adalah dalam EDTA tube sebanyak 3 tubes.
  • Makmal Bakteriologi dan Mikologi menerima sampel darah, kahak, swab, urin, CSF/Body Fluid dan Najis.
  • Makmal Parasitologi menerima sampel najis, darah dalam EDTA tube dan slaid yang telah dismearkan darah untuk BSMP.
4) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Hematologi?

Makmal Hematologi menerima sampel darah dalam EDTA tube dan tube bertudung biru untuk ujian PT/PTT.

5) Apakah jenis sampel yang diterima di Unit Histopatologi dan sitologi?

Sampel yang diterima adalah tisu, Pap smear, CSF.

JABATAN PERUBATAN FORENSIK


PENGENALAN

Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth ditubuhkan pada tahun 2005 yang menjadi Pusat Forensik Serantau bagi negeri Sabah dengan kerjasama Institut Perubatan Forensik Negara, IPFN di Hospital Besar, Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

1. Membantu siasatan polis dalam kes kematian untuk menentukan dengan tepat mengapa dan bagaimana sesuatu kematian berlaku serta mengenal pasti identiti si mati.

2. Membantu polis mengambil bahan ’sampel’ dalam siasatan kes-kes medikolegal dan sebagai ’exhibit’ mahkamah
Melakukan bedah siasat sebagai sebahagian daripada penyiasatan dalam kes-kes berikut;

  • Bunuh diri
  • Pembunuhan
  • Kematian mengejut
  • Kematian yang meragukan
  • Kematian yang disebabkan oleh haiwan, jentera, atau kemalangan
  • Kematian dalam tahanan polis atau di hospital sakit jiwa
  • Mayat yang dijumpai yang tidak diketahui punca kematian

3. Melakukan bedah siasat dalam kes-kes klinikal untuk mengetahui dengan terperinci punca penyakit dan punca sebenar kematian, terutama bagi penyakit yang tidak diketahui.

4. Menyediakan laporan bedah siasat

5. Mengurus kamar mayat

6. Mengurus jenazah yang tidak dituntut

7. Memberi khidmat runding cara bagi kes Patologi Forensik, Klinikal Forensik, dan pengambilan bahan ’sampel’ untuk kes-kes mahkamah.

8. Menjalankan pemeriksaan kes-kes Kilinikal Forensik yang dirujuk dan menyediakan laporan perubatan untuk tujuan urusan mahkamah.

9. Mengendalikan pengumpulan, penyimpanan, dan penghantaran sampel ke makmal Jabatan Kimia.

VISI

Jabatan Perubatan Forensik memberikan perkhidmatan forensik yang berkualiti, dan perkhidmatan perundangan perubatan (Medicolegal) yang efisyen, dan dengan lengkap kos yang efektif.

MISI

Bekerjasama secara berpasukan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisyen, berkesan, prihatin dan mesra alam sekitar (Enviromentally friendly).

WAKTU BERTUGAS

AKTIVITIMASA BERTUGAS
Urusan penyimpanan dan tuntutan jenazah24 Jam
Urusan melibatkan bedah siasat dan lain-lain urusan rasmiIsnin-Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang) (Selepas waktu pejabat, cuti am dan cuti umum, bedah siasat adalah atas arahan Pakar Perubatan Forensik)


PROSEDUR MENUNTUT JENAZAH


1. Mengemukakan *Burial Permit

2. Menandatangani Buku Pendaftaran Keluar Masuk/Jenazah

*Burial Permit - Sijil yang dikeluarkan oleh pihak hospital untuk mengizinkan pengkebumian jenazah
*Borang B - Borang permohonan sijil kematian yang sah. Borang ini perlu dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara.Untuk maklumat lanjut sila layari laman web :- http://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kematian-sabah

3. Menandatangani Buku Penerimaan *Borang B bagi kes yang dibedah siasat

PROSEDUR MEMOHON LAPORAN BEDAH SIASAT

1. Membuat permohonan melalui Unit Medikolegal, Pejabat Rekod Perubatan, Tingkat 4, Bangunan Klinik Pakar

2. Sila sertakan:

  • salinan dokumen pengenalan diri pemohon
  • salinan dokumen pengenalan diri si mati
  • salinan sijil kematian yang disah
  • jumlah bayaran yang ditetapkan

3. Permohonan anda akan diproses dan anda akan dihubungi selepas laporan disiapkan.

NOTIS PENTING

Pihak hospital tidak mengenakan bayaran untuk pemeriksaan bedah siasat, penyimpanan jenazah dan penyediaan jenazah sebelum diserahkan kepada waris. Semua perkhidmatan di atas adalah PERCUMA.

Pihak hospital hanya mengenakan bayaran untuk Laporan Bedah Siasat. Sila rujuk prosedur memohon Laporan Bedah Siasat untuk keterangan lanjut.

Pihak hospital tidak menyediakan perkhidmatan mengawet (embalming).

Pihak hospital juga tidak menyediakan Perkhidmatan Pengangkutan Jenazah.

Adalah menjadi hak anda untuk memilih mana-mana Syarikat Pengendali Jenazah untuk menguruskan jenazah saudara-mara anda. Pihak hospital TIDAK mempunyai kaitan dengan mana-mana Syarikat Pengendali Jenazah.

JABATAN PERUBATAN FORENSIK

TEL: 088-517 429 EXT: 7221
FAX: 088-225 359

JABATAN RADIOLOGI


PENGENALAN

Jabatan Radiologi terletak di tapak Taman Faber bersebelahan dengan bangunan Dewan Bedah yang baru.

Jabatan mengandungi tiga lokasi seperti berikut:
a) Jabatan Radiologi Utama di bangunan JPD baru
b) Unit X-ray ( Bilik 19) Jabatan Kecemasan.
c) Unit X-ray di Aras 3, Klinik Pakar Baru.

Jabatan Radiologi mengandungi 9 buah bilik pemeriksaan.
a) Bilik pemeriksaan x-ray biasa- 3 bilik
b) Bilik pemeriksaan ultrasound – 2 bilik
c) Bilik pemeriksaan densitometry
d) Bilik pemeriksaan Flouroskopi
e) Bilik pemeriksaan CT.Scan
f) Bilik pemeriksaan MRI
g) Bilik pemeriksaan OPG- bilik gunasama dengan pemeriksaan x-ray biasa.

SKOP PERKHIDMATAN

Jabatan Radiologi,HQE.KK bukan hanya menerima kes daripada HQE,KK dan sekitar Kota Kinabalu sahaja tetapi juga menerima kes-kes yang dirujuk daripada hospital-hospital Daerah seluruh Sabah.

Jenis-jenis pemeriksaan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  • Pemeriksaan Biasa 
  • Ultrasound 
  • CT Scan
  • IVU
  • Fluoroskopi
  • MRI
  • Bone Densitometry
  • Interventional Radiography
  • Teleradiologi

 


JABATAN FARMASI


PENGENALAN

Jabatan Farmasi Hospital Queen Elizabeth (HQE) merupakan perkhidmatan Sokongan Klinikal. Fungsi jabatan ini adalah perolehan dan pembekalan ubat-ubatan, reagent, gas perubatan dan peralatan pakai buang untuk kegunaan pesakit, menyediakan produk ubat melalui perkhidmatan Total Parenteral Nutrisi (TPN)/ Admikstur Intravenus/Sedian steril dan rekonstitusi ubat-ubatan sitotoksik(CDR), memberi khidmat nasihat melalui perkhidmatan kaunseling, ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ (MTAC), Unit Maklumat ubat dan racun dan analisis farmakokinetik (Total Drug Monitoring) .Selain itu Jabatan Farmasi HQE juga memberi latihan kepada Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi pelatih. Kini Jabatan Farmasi mempunyai 95 Pegawai Farmasi , 63 Penolong Pegawai Farmasi serta 20 kumpulan sokongan pelbagai gred.

SKOP PERKHIDMATAN

Memastikan bahawa semua pesakit menerima ubat - ubatan yang berkualiti untuk tempoh yang bersesuaian bersama dengan maklumat ubat - ubatan berkenaan.

Memberikan perkhidmatan farmasi yang efektif dan efisien sejajar dengan program penjagaan pesakit.

VISI

Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara.

MISI

Menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberikan penekanan pada tahap kewajaran yang tinggi, profesionalisma dan kecemerlangan, sejajar dengan cabaran dan aspirasi negara.

MASA OPERASI

Farmasi Klinik Pakar 1

  • 7.00 PAGI - 10.30 MALAM (HARI BEKERJA BIASA)
  • 8.00 PAGI - 10.00 MALAM (HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM)
  • * Bermula 1 Julai 2010, Pegawai Farmasi telah mula bekerja sehingga jam 10.30 malam(extended hours)

Farmasi Klinik Pakar 2

  • 8.00 PAGI - 5.00 PETANG (HARI BEKERJA BIASA) - TUTUP PADA PUKUL 12.00 PETANG HINGGA 2.00 PETANG (JUMAAT)
  • TUTUP (HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM)
PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.

Farmasi Klinik Pakar

  • Setiap pelanggan akan diberi ubat-ubatan berlabel yang berkualiti, berkesan dan selamat.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang lengkap dan jelas mengenai ubat-ubatan yang dibekalkan.
  • Setiap pesakit akan mendapatkan ubat dalam masa purata 30 minit.
  • Kaunseling tentang penggunaan ubat-ubatan dengan cara yang betul akan diberikan kepada pesakit yang memerlukannya.

Farmasi Pesakit Dalam

  • Setiap pesakit akan dibekalkan ubat-ubatan yang betul, berkualiti dan dilabel dengan jelas.
  • Bekalan ubat 'Unit of Use' akan dibekalkan dalam tempoh 2 jam selepas penerimaan troli ubat dalam keadaan biasa. Bekalan akan mengambil masa lebih dari 2 jam dalam keadaan diluar kawalan.
  • 80% daripada pesakit discaj akan dibekalkan ubat dalam tempoh 30 minit selepas penerimaan preskripsi. Bekalan akan mengambil masa melebihi 30 minit dalam keadaan diluar kawalan.

Perkhidmatan Farmasi Onkologi

  • Semua permintaan CDR yang diterima akan diproses dan dibekal sebelum jam 5 petang pada hari bekerja biasa yang seterusnya.
  • Permintaan CDR untuk hujung minggu dan hari kelepasan am akan disediakan dan dibekalkan pada hari bekerja biasa yang sebelumnya.
  • Persediaan akan direkonstitusi dengan menggunakan Phaseal® di wad dan akan dibekalkan pada hari yang sama dalam tempoh masa 30 min bagi kes urgent dan persediaan yang mempunyai kestabilan kimia kurang daripada 24 jam.
  • Semua persediaan akan dihantar terus ke wad-wad atas bukit sebaik sahaja siap direkonstitusi; manakala bagi wad-wad di bangunan lama, persediaan akan didispenskan di Farmasi Klinik Pakar 1.

Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal

  • Semua permintaan TDM yang diterima pada waktu pejabat akan diproses dan keputusan diberikan dalam masa 24 jam selepas permintaan diterima.
  • Semua kes toksikologi yang diterima pada waktu pejabat akan diproses dan keputusan diberikan dalam masa 2 jam selepas permintaan diterima.
  • Untuk panggilan selepas waktu pejabat, keputusan akan disampaikan melalui telefon sebaik sahaja keputusan diperolehi.

Perkhidmatan Total Parenteral, Nutrisi Parenteral

  • Hari bekerja : Bagi borang permohonan TPN yang lengkap diisi dan dihantar sebelum 10.30 pagi, beg TPN akan dibekalkan sebelum 5 petang hari yang sama.
  • Hari minggu/Cuti umum : Bagi borang permohonan TPN yang lengkap diisi dan dihantar sehari sebelum hari Sabtu, Ahad atau Cuti umum, beg TPN akan dibekalkan sebelum 3.30 petang pada hari yang diperlukan.

Sterile Ekstemporaneous

  • Bagi borang permohonan yang lengkap diisi dan di hantar sebelum 10.30 pagi, akan dibekal sebelum 1.00 petang pada hari yang sama.
  • Bagi borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar selepas 10.30 pagi, akan dibekal selewat-lewatnya 10.30 pagi keesokan harinya.
  • Bagi permintaan yang tertakluk kepada ujian kawalan mutu, akan dibekal selewat-lewatnya 15 hari dari tarikh penyediaan.

Intravena Admikstur

Bagi borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar sebelum 10.00 pagi, akan dibekal sebelum 11.30 pagi pada hari yang diperlukan Stor.

Pelanggan : Pemesan dan Pembekal

  • Setiap pemesan akan dibekalkan dengan barang-barang yang bermutu.
  • Barang-barang yang ada stok akan dibekalkan dalam tempoh seminggu (hari bekerja) selepas pesanan diterima.
  • Semua bil untuk pembayaran akan diproses dalam tempoh 7 hari (hari bekerja) dari tarikh bil diterima jika bekalan telah diterima dalam keadaan baik dan sepenuhnya.

Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan

  • Pertanyaan mengenai maklumat ubat-ubatan dan racun daripada setiap pelanggan akan diterima dan diberi maklumbalas dalam masa 45 minit.
  • Semua pertanyaan akan dijawab secara lisan atau bertulis dengan membekalkan maklumat ubat-ubatan dan racun dengan tepat dan cepat, dan masa yang diambil bergantung kepada soalan yang dikemukakan.
  • Laporan ADR yang diterima daripada doktor / pegawai farmasi / jururawat dan lain-lain unit Hospital Queen Elizabeth akan dikemukakan ke Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan setiap bulan.

UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


VISI

Profesyen Penolong Pegawai Perubatan akan menjadi anggota yang berpengalaman, berkemahiran tinggi dan cekap bagi memainkan peranan dalam meningkatkan antara kesihatan individu, keluarga dan masyarakat melalui sistem kesihatan yang saksama, berteknologi dan serasi pelanggan berfokuskan aspek-aspek promotif, preventif, kuaratif dan rehabilitative serta menggalakkan kerjasama individu dan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan berlandaskan Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Memberi perkhidmatan yang terkini dan berasaskan teknologi semasa dengan cekap dan efektif berkonsepkan "client focused and smart partnership" secara Profesional melalui usaha:-

  1. Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan berpandukan peranan klinikal, dokumentasi, latihan mengikut perkembangan semasa.
  2. Melaksanakan sistem kesihatan dengan memberikan penekanan berkonsepkan "wellness, focused, seamless care and client empowerment" kepada setiap individu, keluarga dan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang optima, menikmati kehidupan yang lebih berserta menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai.
  3. Menjadikan teras kepada perkhidmatan kesihatan yang dilaksanakan melalui program dan aktiviti yang disediakan.
  4. Melaksanakan program penyelidikan untuk perkembangan ilmu dan pengetahuan bagi tujuan memantapkan aspek perkhidmatan dan profesion.
  5. Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran profesion Penolong Pegawai Perubatan sejajar dengan perkembangan bidang perubatan melalui pendidikan berterusan dan latihan.
PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas
  • Setiap pelanggan diberi jaminan kerahsiaan dan kehormatan dipelihara dalam semua urusan.
  • Setiap pelanggan yang berurusan di Unit Penolong Pegawai Perubatan akan dilayan mengikut ketetapan berikut:-
    • LAYANAN KEPADA SETIAP ANGGOTA HOSPITAL YANG DATANG BERURUSAN DI UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ADALAH SERTA MERTA
    • MAKLUMBALAS UNTUK MAKLUMAT YANG DIMINTA OLEH SETIAP ANGGOTA HOSPITAL YANG DATANG BERURUSAN DI UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN ADALAH DALAM MASA 15 MINIT.
    • PENGEDARAN SURAT-SURAT /MEMO RASMI YANG TELAH DITANDATANGANI KE JABATAN / KLINIK/UNIT/WAD BERKAITAN ADALAH DALAM MASA 2 HARI .
    • PENGEDARAN PEKELILING-PEKELILING RASMI KERAJAAN KE JABATAN/ KLINIK /UNIT/WAD BERKAITAN DALAM MASA 2 HARI DARI PEKELILING TERSEBUT DITERIMA.
    • MEMBERI MAKLUMBALAS ADUAN DALAMAN/LUARAN DALAM MASA 24 JAM DARI ADUAN DITERIMA.
    • MENYIASAT DAN MEMBUAT TINDAKAN ADUAN DALAMAN / LUARAN YANG BERKAITAN PADA HARI ADUAN DITERIMA.
    • MENJAWAB SURAT-SURAT YANG DITERIMA BERKAITAN DENGAN UNIT PENGURUSAN DAN LAIN-LAIN BAHAGIAN OLEH KETUA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM MASA 2 HARI DARI SURAT TERSEBUT DITERIMA.
    • MEMBUAT PENEMPATAN UNTUK PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN YANG BARU PINDAH MASUK PADA HARI PEGAWAI MELAPOR DIRI.
KEWAJIPAN PELANGGAN

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan dengan penuh tanggungjawab
  • Menyediakan dan mengemukakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan lengkap apabila diminta
  • Berurusan dalam masa yang ditetapkan
OBJEKTIF

Unit Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
  • Memantau, menilai dan menjaga mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dari segi rawatan pesakit melalui konsep preventif, kuratif dan rehabilitatif berdasarkan kepada Kod Etika dan Akta Pembantu Perubatan.
  • Menerapkan nilai-nilai Budaya Koprat Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan tugas harian.
  • Memantau dan membudayakan program pelaksanaan Pembelajaran Berterusan dan kursus/latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kompetensi Penolong Pegawai Perubatan sama ada dari segi perawatan kepada pesakit dan penggunaan peralatan perubatan yang terkini.
  • Mengamal nilai-nilai pelanggan diutamakan dan memberi peluang pesakit dan keluarga membuat keputusan untuk memilih rawatan setelah nasihat secara profesional diberikan.
  • Menerapkan dan mengamalkan program peningkatan sehingga menjadi satu budaya dan amalan dalam setiap perkhidmatan.
SKOP PERKHIDMATAN

Menyelia, menyelaras dan memantau aktiviti-aktiviti Jabatan dan Unit dimana terdapatnya penempatan Penolong Pegawai Perubatan seperti berikut;
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan
  • Jabatan Kecemasan& Trauma
  • Jabatan Anaestesiologi
  • Jabatan Forensik
  • Unit Respiratori
  • Jabatan Oftalmologi
  • Jabatan Ortopeadik
  • Jabatan Otorinolaringologi (ENT)
  • Unit Haemodialisis
  • Unit Dermatologi
  • Unit Endoskopi
  • Unit Neurologi
  • Klinik Berhenti Merokok
  • Unit Neurosurgeri
  • Unit Makmal Respiratori ( Intensive Care Unit )
  • Unit Tabung Darah
  • Unit Pengangkutan& Ambulan
  • Klinik Pembedahan Am
  • Klinik Urologi
  • Unit Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif
  • Klinik Psikiatri
Menyelaras dan menyelia kerja-kerja BEMS, FEMS dan CWMS dimana Ketua 'Liason Officer' untuk perkhidmatan ini diketuai oleh Penolong pegawai Perubatan Gred U41/U42.

UNIT KEJURURAWATAN


PENGENALAN

Pada dahulunya,Unit Kejururawatan dikenali sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kumpulan sokongan teknikal hospital dan terletak di Kompleks A Hospital Queen Elizabeth. Pada tahun 2007 ianya dikenali sebagai sebuah Unit Kejururawatan dan kini terletak di Kompleks E bangunan Klinik Pakar Baru. Kejururawatan berperanan sebagai Unit Pengurusan hal ehwal Jururawat. Perkhidmatan Unit ini meliputi gred U11 sehingga gred U42 berjumlah 972 dan juga menyelaras perkhidmatan bagi Pembantu Perawatan Kesihatan berjumlah 338. Kejururawatan dianggotai seramai 10 orang iaitu diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat, dibantu dengan 2 orang Penyelia Jururawat, 4 orang Jururawat Bersepadu, 2 Pembantu Perawatan Kesihatan dan seorang Pembantu Tadbir.

VISI

Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang cemerlang demi membantu pelanggan menikmati kehidupan yang berkualiti mengikut keupayaan masing-masing.

MISI

Mengekalkan dan meningkatkan prestasi profesion kejururawatan pada tahap yang unggul demi kecemerlangan perkhidmatan kejururawatan melalui pengalaman budaya korporat dan peningkatan kualiti yang berterusan.

OBJEKTIF

Menyediakan penjagaan kejururawatan holistik dan pemulihan yang cekap, berkualiti dan menyeluruh agar pesakit dapat dipulihkan dengan cepat dan dapat mengekalkan tahap kebolehan yang optima.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberi perkhidmatan kejururawatan terhadap pesakit di hospital ini.
  • Merancang keperluan perjawatan kejururawatan.
  • Membuat penempatan kakitangan bersama pihak pengurusan.
  • Membuat perancangan tahunan program Latihan dan Kursus dalam perkhidmatan bagi semua kategori kakitangan. Memberi latihan berterusan kepada kakitangan baru dan bawahan.
  • Menglibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.
PIAGAM PELANGGAN

Kami berikrar akan memberi perkhidmatan cepat, cekap dan bermutu berlandaskan perkhidmatan penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.


Perkhidmatan akan diberi dalam tempoh seperti berikut:-

  • Memberi layanan kepada setiap anggota hospital yang datang berurusan di Unit Kejururawatan. 15 Minit
  • Pengedaran surat-surat rasmi jabatan ke unit berkaitan. 2 Hari
  • Pengedaran pekeliling rasmi kerajaan ke unit-unit berkaitan. 2 Hari
  • Menaip semua surat-surat rasmi yang diarah oleh Penyelia Jururawat.1 Hari
  • Menyiasat dan membalas tindakan aduan dalaman / luaran yang berkaitan. 7 Hari
  • Menjawab surat-surat yang diterima berkaitan dengan unit pengurusan dan lain-lain bahagian oleh Penyelia Jururawat. 1 Hari.
FAQS

Apakah perkhidmatan dalam bidang jururawat?

Sentiasa siap bersedia 24 jam untuk berkhidmat semasa kecemasan , bencana alam , malapetaka dan sebagainya.

Apakah fungsi Unit Kejururawatan?

Membantu dan mengambil bahagian di dalam perancangan pembangunan / pengubahsuaian terutama di dalam merancang keperluan anggota kejururawatan.

Adakah kejururawatan terlibat dalam pendidikan?

Ya. Ia juga terlibat dalam merancang , menganjur dan mengelolakan program pendidikan kejururawatan.

Apakah Unit Kejururawatan lakukan terhadap anggota baru yang baru bertukar masuk ke Hospital Queen Elizabeth?

Unit Kejururawatan akan mengatur dan membuat penempatan anggota bertugas ke Unit / Wad yang sesuai dengannya, memberi orientasi dan Program mento mentee.

Adakah Unit ini memberi informasi isu-isu semasa kepada anggota di bawah jagaannya?

Ya. Unit ini sentiasa memberitahu / memberi keterangan kepada semua anggota kejururawatan tentang kemajuan dan perubahan dalam bidang kejururawatan dari masa ke semasa.

Bagaimanakah makluman boleh sampai di peringkat Unit / wad?

Unit ini akan mengedarkan surat perkeliling, surat pengumuman untuk perhatian anggota kejururawatan sebagai makluman dan tindakan.

Apakah tindakan diambil jika hospital tidak mencukupi anggota kejururawatan?

Unit ini akan kemukakan permohonan perjawatan tambahan anggota kejururawatan kepada Penyelia Jururawat Negeri di masa yang ditetapkan.

Apakah bimbingan yang selalu diberikan oleh Unit Kejururawatan?

Unit ini sentiasa memberi nasihat / bimbingan dan bantuan kepada pentadbiran hospital di dalam apa-apa perkara berkaitan dengan bidang kejururawatan dan perawatan pesakit.

Bagaimanakah unit ini mengatur anggota kejururawatan yang ada pos basik?

Unit ini menentukan anggota kejururawatan yang berkelulusan di bidang tertentu ditempatkan / digunakan di unit yang berkaitan.

Apakah keistimewaan peluang kepada anggota jururawat?

Anggota kejururawatan diberi peluang kerjaya yang mencukupi melalui latihan atau latihan semula , penempatan dan kenaikan pangkat.

UNIT CSSU


PENGENALAN

CSSU HQE I mempunyai 23 anggota yang terdiri daripada seorang Penyelia Jururawat sebagai Ketua Unit, 1 Ketua Jururawat, 8 Jururawat Terlatih U29, 2 Jururawat Masyarakat dan 13 Pembantu Perawatan Kesihatan.

Unit CSSU (Central Sterile Service Unit) atau Bekalan Bahan Steril HQE telah mula beroperasi pada tahun 1982 bertempat di Blok Menara B. Sejak pengishtiharan Blok Menara B tidak selamat digunakan, unit CSSU sekarang ini di tempatkan semula di sebahagian kecil ruang Unit Fisioterapi, Klinik Pakar, Aras satu, Hospital Queen Elizabeth.

Fungsi utama CSSU ialah memproses peralatan pesakit yang telah digunakan dan membekalkan barangan yang telah di steril kepada wad, klinik dan unit yang lain.

Aktiviti utama di CSSU ialah menerima, mencuci, membungkus, mensteril dan membekal peralatan steril kepada wad-wad , Dewan Bedah dan lain lain unit. Falsafah CSSU ialah mempastikan setiap pesakit menerima set perawatan yang steril dan selamat bagi rawatan mereka untuk mengelakkan pesakit daripada terdedah kepada risiko ‘NOSOCOMIAL INFECTION’ atau infeksi silang.

VISI

CSSU akan mendapat tenaga manusia yang mencukupi dan kemudahan-kemudahan tercanggih dalam pengurusan CSSU.

MISI

CSSU dapat memberi perkhidmatan yang cepat dan menepati keperluan pelanggan.

SKOP PERKHIDMATAN

a. Pensterilan – menjalankan proses pensterilan dengan penggunaan mesin Autoclave di HQE II

b. Pembekalan Soft Dressing – Contohnya Gause pack, Wool pack, Gamgee, crepe bandage, ribbon gauze dan lain lain

c. Pembekalan set OT dan ward/ klinik Prosedur set.

d. Pembekalan Linen Pack – contohnya Major Linen, Cystoscopy Pack, ENT pack, OT gown, Eye Pack dan lain-lain.

UNIT KAWALAN INFEKSI


PENGENALAN

Unit Kawalan Infeksi telah ditubuhkan pada tahun 1992. Pada mulanya unit ini berada di Kompleks Perubatan B aras satu dan telah berpindah di Kompleks Perubatan A pada februari 2002. Pada tahun 2014 Unit ini telah berpindah ke Aras 10 Menara berkembar  dan pada tahun 2017 berpindah semula ke  Kompleks Perubatan A  bersebelahan dengan Unit Dialisis.

Pada September 2001 seorang doktor Kawalan Infeksi telah dilantik untuk mengetuai Unit Kawalan Infeksi dan dibantu oleh dua Jururawat Kawalan Infeksi yang dipinjam dari unit pengurusan. Pada Julai 2005, seorang Ketua Jururawat telah dilantik sehingga kini. Hari ini Unit ini mempunyai seorang Doktor Kawalan Infeksi, Seorang Penyelia Jururawat Kawasan, seorang Ketua Jururawat, empat orang Jururawat Kawalan Infeksi, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan infeksi diperingkat hospital dan diperingkat negeri.

OBJEKTIF

Umum

  • Mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial

Khusus

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja berkaitan dengan kawalan infeksi melalui pembelajaran yang berterusan.
  • Melindungi warga kerja daripada sebarang jangkitan nosokomial dan kecederaan semasa bertugas.
VISI

Unit Kawalan Infeksi Hospital Queen Elizabeth akan menjadi pusat rujukan negeri untuk mencegah dan mengawal jangkitan nosokomial sesuai dengan perkembangan perubatan semasa.

MISI

Sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan memastikan program kawalan infeksi dilaksanakan selaras dengan polisi dan garis panduan kawalan infeksi yang terkini agar kualiti penjagaan pesakit lebih di utamakan ke arah masyarakat yang sihat.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Membangun, melaksana dan memantau kepatuhan polisi dan garis panduan kawalan infeksi  
  • Bertindak sebagai penasihat kepada semua anggota hospital di dalam isu kawalan jangkitan hospital.
  • Mencegah dan mengawal infeksi
  • Membuat National Surveillance dari KKM
  • Pemantauan HA Multidrug Resistance Organisms (MDRO) 
    • Point Prevalence Survey  
    • Period Blood Stream Infection 
    • Hand Hygiene Audit  
    • Central Venous  Catheter Care Bundle
    • Infection Prevention and Control Audit
    • Hand Hygiene Self- Assessment Survey Framework
  • Membuat Rondaan wad
  • Memberi Pendidikan kesihatan kepada anggota hospital secara formal dan tidak formal
  • Mengada Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik
  • Membantu dalam penyelidikan kawalan infeksi
  • Melakukan Air Sampling dan Particle Coun

UNIT PENYAKIT BERJANGKIT


PENGENALAN

Perkhidmatan subspesialiti Klinik penyakit berjangkit memberikan perkhidmatan berkaitan penyakit-penyakit berjangkit dan adalah menjadi rujukan bagi semua kes-kes dari 19 buah Hospital Daerah di seluruh sabah, Ini termasuklah Pusat kesihatan serta rujukan dari Utara Negeri Sarawak dan hospital-hospital swasta.

SKOP PERKHIDMATAN

Fungsi utama perawatan di klinik Penyakit berjangkit adalah:

1. Perawatan yang Komprenhensive bagi pesakit menerima rawatan penyakit berjangkit.

2. Memberi rawatan yang sewajarnya dari aspek'Preventive,curative and rehabilitative'.

3. Memberi kemudahan untuk penilaian diagnose,perawatan perubatan,penjagaan kejururawatan,pemulihan pesakit dan mengurangkan risiko jangkitan.

4. Memberi penjagaan holistic kepada pesakit yang mengalami penyakit berjangkit

5. Kaunseling/Pendidikan Kesihatan bagi pesakit yang menerima rawatan penyakit berjangkit-oleh Kaunseling Nurse.

Kompenan-kompenan termasuklah:

1. Klinik Pakar Pesakit luar (Penyakit berjangkit Hillside)

2. Perawatan pesakit dalam wad-Linghzi

3. Perkhidmatan penjagaan perubatan Harian

4. Perkhidmatan Perawatan Penyakit berjangkit dan jadual atas panggilan

5. Pendidikan dan kaunseling oleh Kaunseling Nurse

6. Hubungan dengan jabatan lain yang berkaitan

7. Penyelidikan (Research Clinic)

8. Pembelajaran Perubatan yang berterusan(CME/CNE/LATIHAN/KURSUS

UNIT PERUBATAN TRANSFUSI


PENGENALAN


Unit Perubatan Transfusi (UPT) merupakan salah satu unit sokongan klinikal yang sebelum ini beroperasi sebagai Unit Tabung Darah di bawah Jabatan Patologi, HQE. Mulai tahun 2015 Unit ini telah berpisah secara rasmi dari Jabatan Patologi dan diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Transfusi serta dibantu oleh Pegawai Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Paramedik serta Pemandu. Unit ini terletak di Kompleks D bersebelahan dengan Unit Perkhidmatan Pra Hospital HQE.

SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini kini menawarkan perkhidmatan Perubatan Transfusi yang merangkumi:

1. Perolehan Pendermaan Darah dan Pengurusan Penderma.
  • Pendermaan Darah secara walk in
  • Pendermaan Darah Bergerak (mobile blood donation)
  • Pendermaan Darah Autologous
2. Perkhidmatan makmal dan pembekalan darah – Makmal Perubatan Transfusi

3. Perkhidmatan Perubatan Transfusi Klinikal.

4. Perkhidmatan Hemovigilans

5. Pengurusan Kualiti

Waktu operasi Unit Perubatan Transfusi untuk pendermaan secara walk in adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat08:00 pg – 17:00 petang
Sabtu, Ahad dan CutiUmum TUTUP (kecuali setelah mendapat kelulusan lanjutan waktu operasi daripada Pengarah Hospital ketika stok darah kritikal (terutama musim perayaan / cuti persekolahan panjang) .

Waktu operasi Makmal Perubatan Transfusi : 24 jam (ujian makmal yang dijalankan selepas waktu kerja adalah tertakluk kepada ujian-ujian tertentu sahaja).

Bagi memenuhi keperluan darah dari masa ke semasa, kempen derma darah bergerak (mobile) dijalankan setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am mengikut kesesuaian penganjur untuk kemudahan orang awam menderma darah di luar kawasan hospital (jadual mobile sentiasa dikemaskini di laman facebook Unit
Perubatan Transfusi dan di papan kenyataan di hadapan pintu masuk Unit).

VISI

Ke arah Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang berkualiti dan selamat dalam mengoptimakan perawatan pesakit serta keselamatan penderma darah sejajar dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

Memberikan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang cemerlang dan berkualiti dengan memupuk semangat kerja berpasukan, berhemah, professional yang disokong dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini dan inovatif serta mempunyai jaringan kerjasama dengan lain-lain jabatan/unit bagi menjalankan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan demi kesejahteraan pesakit, penderma-penderma darah dan seluruh masyarakat.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan pool of safe donors dengan menggalakkan pendermaan darah secara sukarela [voluntary non remunerated blood donors (VNRBD)] di kalangan masyarakat.

2. Sentiasa memastikan bekalan darah yang selamat dan berkualiti untuk kegunaan semua pesakit.

3. Menggabungkan progam Quality Assurance di dalam semua prosedur yang melibatkan Perkhidmatan Perubatan Transfusi.

4. Menggalakkan amalan transfusi yang baik (Good Transfusion Practice) mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

PIAGAM PELANGGAN

Kewajipan Kakitangan Unit:

a. Memastikan setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
b. Memastikan pendaftaran penderma, pemeriksaan darah, kaunseling dan pendermaan darah dilakukan dalam masa 45 minit.
c. Menjaga keselamatan dan kesihatan penderma-penderma darah sepanjang proses pendermaan.
d. Memastikan kerahsiaan semua keputusan ujian penderma darah.
e. Setiap penderma darah berwarganegera Malaysia dan pemastautin tetap akan mendapat keistimewaan rawatan di hospital kerajaan mengikut kekerapan menderma.
f. Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan produk darah yang berkualiti dan selamat pada masa yang diperlukan.
g. Tempoh mendapatkan bekalan darah dari Unit Perubatan Transfusi adalah seperti berikut :
  • Safe “O” : Segera (immediate)
  • Urgent crossmatch : 15 minit
  • Full Group and Crossmatch : 2 jam
Setiap perkhidmatan yang diberi akan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh Sistem Kepastian Kualiti.

Kewajipan Pelanggan:

a. Memberikan maklumat yang betul dan sahih.
b. Memberi kerjasama yang baik bagi menjamin kelancaran perkhidmatan.
c. Pendermaan haruslah secara sukarela dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
d. Mesti memberikan pengakuan yang benar berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup.
e. Membawa pengenalan diri yang asli seperti MyKad atau Pasport (dengan visa yang masih berlaku) yang ditunjukkan kepada kakitangan Unit sewaktu diminta.
f. Memastikan Borang Pendermaan Darah PDN 3/2014 (untuk penderma darah) atau Borang Permohonan Transfusi Darah PER-SS-BT-105 Pind 1/2016 (untuk pemohon darah) telah lengkap diisi dan ditandatangani.
g. Mematuhi arahan yang diberikan oleh kakitangan Unit tentang peraturan yang perlu dilakukan sebelum proses pendermaan darah sehingga habis pendermaan darah.
h. Menggunakan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan dengan penuh berhemah dan bertanggungjawab.

UNIT KUALITI


PENGENALAN

Unit Kualiti ditubuhkan pada 1/1/2000. Ia berfungsi sebagai pusat pengendalian semua aktiviti -aktiviti kualiti yang dijalankan di Hospital ini. Unit ini mula menjalankan aktivitinya berpusat di bangunan Post Graduate Medical Centre (PGMC) berhampiran dengan Seksyen Perpustakaan Perubatan dan Unit Promosi Kesihatan Tingkat Satu dan telah berpindah ke Bangunan Pejabat Pentadbiran Lama, Hospital Queen Elizabeth pada tahun 2008.

OBJEKTIF

Menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti Kualiti Hospital supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Hospital, Jabatan dan Kementerian.

VISI

Unit Kualiti akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan sumber dalam peningkatan Aktiviti Kualiti Hospital Queen Elizabeth.

MISI

Unit Kualiti HQE berhasrat untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang melalui:

  • Penglibatan dalam pelbagai jenis aktiviti peningkatan kualiti.
  • Menyelaraskan latihan dalam mewujudkan anggota yang efisien, efektif, kompetent, selamat dan penyayang.
FUNGSI-FUNGSI

  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti.
  • Menyelaraskan mesyuarat kepada semua Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Kualiti Hospital sepertimana diarahkan oleh Pengarah Hospital atau Timbalan Pengarah Hospital. (Klinikal / Pengurusan)
  • Menfailkan semua laporan-laporan daripada 25 aktiviti kualiti.
  • Melaporkan kepada Pengarah Hospital / Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal & Pengurusan) tentang laporan-laporan aktiviti kualiti yang telah disediakan oleh setiap pengerusi aktivit kualiti. (mengikut jadual yang ditetapkan/bila diperlukan).
  • Memastikan semua Koordinator Kualiti menyediakan laporan masing-masing sebelum Mesyuarat Usaha Peningkatan Kualiti dijalankan.
  • Mengkoordinasi dan menjalankan aktiviti kualiti seperti kursus atau Bengkel MS ISO dan Akreditasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Jabatan
  • Mengawasi, melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Mendokumentasi serta menfailkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pentauliahan hospital iaitu mengekalkan MS ISO 9001 dan mendapat pengtauliahan Akreditasi.
  • Penghantaran laporan terkini Jawatankuasa Pelaksana Kualiti serta aktiviti-aktiviti kualiti ke JKNS dan KKM mengikut jadual yang ditetapkan atau bila diperlukan
  • Menyediakan bahan-bahan rujukan kualiti kepada pelanggan (Warga Hospital Queen Elizabeth) serta mempamerkan bahan-bahan kualiti pada Hari Kualiti HQE.
  • Mengkoordinasikan Persidangan Kualiti sebagai aktiviti tahunan
PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra , hormat dan bersopan santun, ikhlas dan cekap.
  • Memberikan perkhidmatan terhadap perkara-perkara berikut :-
    • menyediakan program serta surat jemputan ceramah / bengkel / mesyuarat dalam jangka masa tiga (3) hari sebelum tarikh yang ditetapkan.
    • mengedarkan program / surat-surat berkenaan seminggu sebelum program / mesyuarat diadakan.
    • menyiapkan / memberikan minit mesyuarat dalam masa tujuh (7) hari selepas mesyuarat diadakan.
  • Memberikan maklumat / maklumbalas yang diperlukan oleh pelanggan tentang aktiviti kualiti dengan serta - merta bagi maklumat yang sedia ada atau menyediakannya dalam jangka masa tiga (3) hari.
  • Menyediakan laporan / maklumbalas program dalam masa empat belas (14) hari selepas program tersebut diadakan.

UNIT DIETETIK & SAJIAN


PENGENALAN

Unit Dietetik dan Sajian menyediakan dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Dietetik dan Perkhidmatan Sajian. Perkhidmatan Dietetik berfungsi dalam memberikan perkhidmatan pakar pemakanan kepada pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk. Perkhidmatan ini menyediakan khidmat kaunseling pemakanan dan sokongan pemakanan enteral kepada pesakit yang dirujuk.

Perkhidmatan Sajian berfungsi dalam penyediaan makanan yang berzat kepada semua pesakit di dalam wad mengikut keperluan pesakit secara individu. Unit ini juga melaksanakan promosi kesihatan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

VISI

Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan Dietetik dan Sajian untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

MISI

Unit Dietetik dan Sajian berhasrat untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang melalui:

i) Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu proses rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promosi, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.

ii) Perkhidmatan Sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.

Semua hidangan / makanan yang disediakan adalah bermutu, bersih, segar dan halal.

FAQS

1. Bagaimana pesakit boleh mendapatkan khidmat nasihat pemakanan daripada Pegawai Dietetik?


Pesakit perlu dirujuk oleh Pegawai Perubatan untuk mendapatkan khidmat Pegawai Dietetik.

2. Adakah makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah sesuai dengan keperluan nutrisi pesakit?

Ya, makanan yang dihidang kepada pesakit adalah sesuai dengan keperluan nutrisi pesakit. Penyediaan hidangan ini dipantau oleh Pegawai Dietetik yang kompeten.

3. Adakah hidangan yang disediakan untuk pesakit adalah selamat untuk dimakan?

Ya, hidangan yang disediakan untuk pesakit dalam hospital adalah selamat untuk dimakan kerana setiap proses dalam penyediaan hidangan adalah mematuhi sistem kualiti keselamatan makanan iaitu  GMP dan HACCP. Penyediaan makanan pesakit juga dipantau secara berterusan oleh Pegawai/Penolong Pegawai Penyediaan Makanan yang terlatih.

UNIT PROMOSI KESIHATAN


LATAR BELAKANG

Konsep pendidikan pesakit mula diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada Rancangan Malaysia ke Lima (1986-1990) dengan penubuhan Unit Pendidikan Pesakit di 10 buah hospital besar di Malaysia termasuk Hospital Queen Elizabeth pada tahun 1989.Ketika mula beroperasi Unit Pendidikan Pesakit HQE terletak di bangunan Tower Block bersebelahan dengan PGMC lama. Pada Tahun 1998,Unit Pendidikan Pesakit berpindah ke Bangunan PGMC HQE yang baru.

Pada tahun 2000, unit ni telah ditukar nama kepada Unit Promosi Kesihatan bagi memperluaskan lagi skop promosi kesihatan di hospital dan negeri Sabah .Antara tujuannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan perubahan tingkahlaku yang positif di kalangan pesakit,keluarga,orang awam dan kakitangan hospital.Pada permulaannya , unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai (S3) dan seorang jururawat U29. Pada tahun 1991,unit ini mula berkembang dengan pertambahan pos Pegawai Promosi Kesihatan S48 dan S41/44. Penempatan anggota sokongan teknikal seperti Pereka, Ahli Fotografi dan Pembantu Tadbir. Di samping itu,anggota sokongan klinikal juga ditambah bagi menjalankan perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok dan Program Pendidikan Pesakit.

OBJEKTIF

1. Memberikan perkhidmatan promosi kesihatan ke arah perubahan tingkahlaku positif.

2. Berfungsi sebagai Pusat Sumber Promosi Kesihatan di hospital yang menyokong program klinikal di hospital.

VISI

Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berfokus kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

MISI

1. Komited untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan kepada pesakit ahli keluarga dan komuniti kearah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

2. Sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif kearah peningkatan kualiti hidup yang tinggi.

FUNGSI-FUNGI UTAMA (UMUM) UNIT PROMOSI KESIHATAN

1. Mengurus tadbir aktiviti promosi kesihatan & pendidikan pesakit
2. Melaksanakan hari-hari khas kesihatan
3. Menyediakan penerbitan bahan-bahan promosi kesihatan dan pendidikan pesakit
4. Mengurus perkhidmatan berhenti merokok
5. Latihan kakitangan

AKTIVITI-AKTIVITI (KHUSUS) BAGI FUNGSI-FUNGSI UTAMA UNIT PROMOSI KESIHATAN

1. Pendidikan Pesakit

Pelanggan akan diberi penerangan dan kaunseling tentang penyakit yang dihidapi mengikut tahap dan topik yang sesuai bagi membolehkan mereka memahami serta menjaga kesihatan dengan sewajarnya dalam menjalani kehidupan.

2. Penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan

Unit Promosi Kesihatan bertanggungjawab menerbitkan dan mengedarkan bahan- bahan pendidikan seperti risalah,poster dan bahan pameran  untuk menyokong aktiviti pendidikan pesakit serta aktiviti -aktiviti promosi kesihatan yang dilaksanakan di Jabatan-Jabatan klinikal hospital dan dipamerkan di ruang legar hospital. 

3. Pelaksanaan Hari-hari Khas Kesihatan

Melaksanakan sambutan hari-hari khas kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia 

4. Perkhidmatan Berhenti Merokok

Pelanggan Klinik Berhenti Merokok akan memberi persetujuan untuk mengikuti sesi penerangan dan nasihat individu. Kaunseling dan ubat-ubatan akan diberi untuk membantu perokok.

5. Latihan

Unit Promosi Kesihatan juga akan berperanan menyediakan bahan-bahan latihan yang berkualiti berhubung pendidikan pesakit yang dikongsi bersama dengan lain-lain professional peringkat  hospital.

JADUAL KLINIK BERHENTI MEROKOK

Isnin – Jumaat, 8am-5pm (hanya pada waktu pejabat)

FAQS

Bagaimanakah caranya mendapatkan rawatan di Kinik Berhenti Merokok?

Anda boleh datang sendiri ke Klinik Berhenti Merokok yang terletak di Unit Promosi Kesihatan, Bangunan PGMC HQE secara individu atau melalui rujukan daripada doktor

UNIT REKOD KESIHATAN


PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan mula ditubuhkan dan beroperasi di Sabah pada tahun 1986. Pada ketika itu, unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Rekod Perubatan (B11) / Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N6 dibawah Skim Saraan Baru (SSB) / Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27 di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM). Semenjak tahun 2006, unit ini telah ditadbir urus oleh seorang Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N36, 2 orang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N32 dan 4 orang penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27.

EMPAT FUNGSI UTAMA UNIT REKOD PERUBATAN

1. Bahagian Pentadbiran dan Kualiti 
  • Pengurusan Unit Rekod Perubatan
  • Pemantauan objektif kualiti unit
  • Pengurusan anggota Unit Rekod Perubatan
2. Bahagian Pengurusan Statistik 
  • Mengkod penyakit berdasarkan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD10 Rev.)
  • Penyediaan laporan HMIS dan bukan HMIS
  • Backup pangkalan data
3. Bahagian Pengurusan Perpustakaan
  • Menerima, merekod dan menfail rekod perubatan pesakit
  • Mengesan rekod perubatan pesakit
  • Pelupusan rekod perubatan pesakit yang tidak aktif
4. Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan 
  • Penyediaan Laporan Polis
  • Penyediaan Laporan Insuran
  • Penyediaan Laporan Perubatan Biasa
  • Penyediaan Lain-Lain Laporan
VISI

Mewujudkan Satu Sistem Perkhidmatan Rekod Perubatan dan Maklumat Pesakit yang Lebih Berkualiti Serta Sistematik melalui Perkhidmatan yang Efisien, Cemerlang dan Memenuhi Kehendak Pelanggan.

MISI

Ke Arah Penggunaan Sistem Berkomputerisasi Sepenuhnya yang merangkumi Penyediaan Laporan Perubatan dan Pembekalan Statistik Hospital serta memberikan Perkhidmatan yang lebih Berkualiti dan Efisyen selaras dengan moto unit iaitu CEKAP DAN TEPAT.

OBJEKTIF

Mewujudkan Unit Rekod Perubatan yang amanah dan dapat menjaga kerahsiaan maklumat hospital.
  • Meningkatkan taraf keselamatan pejabat rekod perubatan serta tempat - tempat simpanan rekod perubatan yang lain.
  • Mewujudkan satu sistem rekod perubatan yang terpelihara dan boleh dirujuk bagi tujuan maklumat perubatan, perawatan, pengajaran, pembelajaran, perundangan dan penyelidikan.
  • Memahami pengurusan sistem rekod perubatan dan menyesuaikannya mengikut perkembangan teknologi dan kehendak semasa.
  • Memastikan agar dapat mengkodkan (coding) jenis - jenis penyakit dengan lebih tepat.
  • Memastikan agar dapat mengumpul dan menyediakan penyata perangkaan hospital yang mudah, sistematik dan boleh dipercayai.
PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra.
  • Semua kandungan Rekod Perubatan Pesakit akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya dikeluarkan kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan biasa dalam masa 4 minggu selepas membuat pembayaran yang ditetapkan dan menerima permohonan yang lengkap.
FAQS

BAHAGIAN PENGURUSAN LAPORAN PERUBATAN

Q. Berapa lamakah laporan perubatan biasa dapat disiapkan?
A. Dalam masa 28 hari

Q. Berapa lamakah laporan perubatan terperinci dapat disiapkan?
A. Bergantung kepada kerumitan sesuatu kes

Q. Berapa bayaran bagi permohonan laporan perubatan biasa?
A. RM40.00 bagi warganegara Malaysia dan RM92.00 bagi bukan warganegara Malaysia

Q. Berapa bayaran bagi permohonan laporan perubatan terperinci?
A. RM200.00 hingga RM1,000.00 bagi warganegara Malaysia dan RM400.00 hingga RM2.,000.00 bagi bukan warganegara Malaysia.

Q. Apakah syarat-syarat yang membolehkan permohonan laporan perubatan diterima?
A. Pemohon mestilah mendapat keizinan daripada pesakit sendiri atau keluarga terdekat serta berumur 18 tahun ke atas.

Q. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawah semasa membuat permohonan laporan perubatan?
A. Permohonan Pesakit (sendiri)
  • Permohonan secara bertulis ataupun menggunakan Borang KKMLP/1/2008.
  • Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit jika melalui pos.
  • Kad Pengenalan pesakit.
  • Salinan Kad Temujanji pesakit.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
Permohonan melalui Ibu / Bapa / Penjaga yang sah (pesakit berumur 18 tahun Ke bawah)
  • Surat keizinan ASAL dari Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.
  • Salinan Sijil Kelahiran pesakit.
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit.
  • Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.
  • Salinan Kad Temujanji pesakit.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
Cara Permohonan Dari Waris untuk Suami/Isteri/Anak/Adik Beradik & Ibubapa
  • Surat keizinan ASAL dari waris (menyatakan maklumat waris)
  • Salinan Kad Pengenalan si mati.
  • Salinan Kad Pengenalan waris.
  • Salinan Kad Temujanji si mati.
  • Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan).
  • Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan).
  • Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan).
  • Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan si mati.
Cara Permohonan melalui Agen/Wakil (insurans, Peguam dan lain-lain )
  • Surat keizinan ASAL pesakit / waris (menyatakan memberi kuasa kepada nama Agen/wakil untuk mendapatkan laporan).
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Temujanji pesakit.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan).
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan lain-lain)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
  • Salinan Permit Penguburan jika pesakit meninggal dunia / mati.
BAHAGIAN REKOD PERUBATAN SAKIT

Q. Apakah skop perkhidmatan Bahagian Pengurusan Rekod Perubatan?
A. Bahagian ini menguruskan:
  • Pendaftaran
  • Penyimpanan
  • Peminjaman
  • Pemulangan dan
  • Pelupusan Rekod Perubatan Pesakit
Q. Apakah jenis-jenis peminjaman rekod perubatan pesakit?
A. Jenis-jenis peminjaman adalah:
  • Temujanji Klinik
  • Kemasukan ke wad
  • Kajian / Mesyuarat Kematian / PERKESO dan sebagainya
  • Kes-kes mahkamah / Aduan Awam / Kes Medico Legal
Q. Berapa lamakah tempoh pinjaman rekod perubatan pesakit?
  • Temujanji klinik dan kemasukan ke wad - 72 jam (3 hari)
  • Kajian / Mesyuarat Kematian / PERKESO / Kes Mahkamah - 14 hari
  • Aduan Awam / Kes Mesico Legal - Sehingga kes selesai
Q. Apakah syarat-syarat membuat peminjaman bagi kes-kes kajian / kes-kes mahkamah?
A. Pemohon perlulah menulis surat rasmi serta mengisi borang pinjaman rekod perubatan pesakit dan mestilah diluluskan oleh Pengarah Hospital.

BAHAGIAN STATISTIK

Q. Apakah jenis-jenis statistik yang disediakan oleh Unit Rekod Perubatan?
A. Statistik Pesakit Luar, Pesakit Dalam dan Khidmat Sokongan.

Q. Bagaimanakah jabatan/unit/wad mendapatkan data-data ini apabila diperlukan?
A. Pemohonan perlu melalui Pengarah Hospital untuk mendapatkan kelulusan.

Q. Bolehkah data-data statistik tersebut dipamerkan atau dimuatkan dalam buletin/majalah, kajian dan sebagainya?
A. Dibenarkan dengan syarat data-data seperti nama, nombor kad pengenalan/paspot tidak dipamerkan serta mendapatkan kelulusan dari Pengarah Hospital.

UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN


PENGENALAN

Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu khidmat Sokongan Klinikal di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Ketua Unit adalah Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S54 dibantu oleh satu (1) pegawai Gred S48, dua (2) Pegawai Gred S44, tiga (3) Pegawai Gred S41 dan seorang Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. Objektif Unit adalah memberi perkhidmatan biopsikososial dan kebajkan spesifik kepada pesakit dan / keluarga mereka agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya atau masalah sosial yang dihadapi mereka. Unit ini menggunakan strategi bekerjasama dengan ahli pasukan rawatan yang lain secara pendekatan kumpulan (Teamwork Approach) supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih komprehensif dan berkesan kepada para pesakit di hospital ini.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Terapi Sokongan

Perkhidmatan Terapi Sokongan melalui intervensi krisis, khidmat nasihat, kaunseling individu dan kumpulan serta terapi keluarga. Terapi sokongan ini berhubung kait dengan isu-isu emosi dan psikologi pesakit dengan tumpuan utama ialah membantu mengurangkan tekanan emosi pesakit / keluarga ketika berhadapan dengan situasi krisis serta isu-isu sosial akibat penyakit yang dihadapi mereka.

Perkhidmatan Bantuan Praktik

Perkhidmatan Bantuan Praktik memberi tumpuan mendapat bantuan kebajikan dan kewangan bagi membolehkan pesakit menjalani rawatan dan pemulihan yang disyor oleh pihak Pakar. Lain-lain Bantuan Praktik meliputi urusan Discharge Planning dan Penempatan Institusi bagi pesakit kronik yang tiada waris, tidak di terima keluarga atau keluarga tidak dapat dikesan, bantuan peralatan perubatan, pendaftaran Orang Kurang Upaya dan sebagainya. Aktiviti bantuan kebajikan juga melibatkan pengurusan pesakit bagi rawatan lanjut ke Kuala Lumpur dan Sarawak.

UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN


PENGENALAN

Unit Kesihatan Persekitaran hospital diwujudkan mulai tahun 2003 melalui perlantikan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) U32 di beberapa hospital di seluruh negara. Pada tahun 2006, Unit Keselamatan dan Kesihatan telah diwujudkan secara rasmi di Hospital Queen Elizabeth I yang dianggotai oleh PPKP dan Penolong Pegawai Keselamatan. Walau bagaimanapun, disebabkan unit ini mempunyai skop kerja yang berbeza maka unit ini telah dibahagikan kepada dua iaitu Unit Kesihatan Persekitaran (UKP) dan Unit Keselamatan. Unit Kesihatan Persekitaran kemudiannya dikenal sebagai Unit Kesihatan Awam (UKA) di Hospital Queen Elizabeth I bermula tahun 2012. UKA dikendalikan oleh PPKP bagi membantu menyelaras perkhidmatan kesihatan yang praktik dan berkesan kepada anggota/kakitangan hospital serta pelanggan dalam bidang pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit agar tidak berlaku perebakan penyakit. Pada masa kini, UKA dianggotai oleh seorang PPKP U32 dan dua orang PPKP U29. Seorang Pembantu Kesihatan Awam (PKA) U17 mula ditempatkan di unit ini bermula September 2012. Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) sambilan juga ditempatkan di unit ini bagi membantu kerja-kerja am dalam UKA.

SKOP PERKHDIMATAN

Kawalan Penyakit Berjangkit

Merancang dan melaksanakan segala langkah pencegahan dan pengawalan bagi setiap penyakit agar tidak menular kepada pesakit-pesakit lain, anggota dan orang awam semasa di dalam hospital.

Kawalan Vektor

Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor.

Keselamatan dan Kualiti Makanan

Menjalankan pemantauan bagi memastikan bahawa semua makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat untuk dimakan dan mematuhi perundangan serta memastikan semua pengendali makanan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

Keselamatan (Safety) dan Kesihatan Pekerjaan

Merancang, melaksanakan dan memantau program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di hospital

Penguatkuasaan

Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

UNIT KEJURUTERAAN OPERASI HOSPITAL


SKOP, FUNGSI & BIDANG TUGAS

Unit Kejuruteraan (Operasi) HQE berfungsi untuk memantau dan memastikan perkhidmatan penswastaan untuk 5 servis syarikat konsesi Faber Medi-Serve dilaksanakan mengikut Perjanjian Konsesi dan HSIP yang telah yang telah dipersetujui agar khidmat dan operasi setiap jabatan/unit/wad/klinik berjalan lancar.

TANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab kepada Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan), Timbalan Pengarah (Operasi), Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Ketua Unit Kejuruteraan Negeri (Operasi Hospital) dan Pengarah Hospital untuk memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi. Menerima dan mematuhi arahan – arahan berbentuk teknikal dari Pengarah Perkhidmatan Kejuruteraan, Timbalan Pengarah Kanan (Perkhidmatan), dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

TUGAS-TUGAS UTAMA

i. Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan (PPM) dan pelaksanaan perkhidmatan Kejuruteraan Hospital oleh Syarikat-syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.

ii. Membuat lawatan pemantauan dalam hospital bersama pengarah hospital dan dan wakil syarikat konsesi Faber Medi-Serve mengikut jadual yang telah ditetapkan bagi tujuan pemeriksaan perkhidmatan sokongan.

iii. Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal dari semasa ke semasa.

iv. Membantu dalam pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan (PEP)’ dengan menyemak permohonan BER 1 oleh syarikat konsesi dan seterusnya membuat laporan BER 2 untuk menyokong pelupusan bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal, dan biomedikal yang berkaitan.

v. Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program jaminan mutu (QAP) bagi perkhidmatan Kejuruteraaan Hospital dikemaskini serta berkesan.

vi. Membantu melaksanakan kajian kepuasan pelanggan (Customer Feedback Survey) dan menyediakan laporan penilaian prestasi (Contractor Performance Assessment) Syarikat-syarikat Konsesi dua kali setahun.

vii. Membantu pihak hospital dalam pengurusan aset kerajaan dan penyediaan laporan pengurusan aset.

viii. Membantu menyediakan anggaran fi perubahan kerja (Variation Order) apabila perlu untuk Khidmat Sokongan Hospital yang dilaksanakan oleh Syarikat-syarikat Konsesi.

ix. Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayaran atau penalti.

x. Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital, kerja-kerja kecil (minor work) kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.

xi. Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan penilaian keadaan, laporan kejadian dan menyiasat aduan – aduan berkaitan bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.

xii. Membantu menjalankan proses mobilisasi Khidmat Sokongan Hospital dan penyerahan milik hospital/fasiliti baru dibawah penswastaan khidmat sokongan hospital.

xiii. Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pemasangan, loji, dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period) bagi hospital/fasiliti baru.

xiv. Membantu menyelia dan menyelaras maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor.

xv. Menghadiri mesyuarat dan perbincangan di antara Pengarah, Syarikat-syarikat Konsesi dan pihak-pihak lain yang berkenaan dari semasa ke semasa.

xvi. Membantu menyemak maklumat berkaitan yuran perkhidmatan hospital atau fasiliti baru dan hospital gantian kepada Syarikat-syarikat Konsesi.

xvii. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang berkaitan.


PUSAT SUMBER TRANSPLAN DARAH


PENGENALAN

Ditubuhkan pada tahun 2012 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Dikendalikan oleh Unit Pengurusan Perolehan Organ dan Tisu Transplan Peringkat Wilayah Sabah yang bertanggungjawab ke atas Perkhidmatan Perolehan Organ dan Tisu Kadaverik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi seluruh Sabah, WP Labuan dan Utara Sarawak.

Di peringkat kebangsaan, Pusat Sumber Transplan Nasional terletak di Hospital Kuala Lumpur. Hospital Queen Elizabeth merupakan satu daripada enam buah hospital di seluruh negara yang mempunyai Pusat Sumber Transplan di peringkat negeri masing-masing iaitu di Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Hospital Umum Sarawak Kuching.

OBJEKTIF

  • Mengukuhkan struktur organisasi di peringkat wilayah.
  • Meningkatkan tahap kesedaran di kalangan anggota kesihatan dan orang awam.
  • Meningkatkan bilangan pengikrar penderma organ.
  • Meningkatkan kadar pendermaan organ dan tisu.
  • Menyelaras aktiviti perolehan organ dan tisu.
FUNGSI PUSAT SUMBER TRANSPLAN

  • Mempromosikan pendermaan organ melalui penyaluran maklumat yang betul mengenai kepentingan pendermaan organ dan transplantasi
  • Mendaftarkan pengikrar baru dan mengendalikan data pengikrar bagi seluruh negeri Sabah.
  • Menganjurkan aktiviti latihan kepada kakitangan kesihatan mengenai pendermaan organ dan pengurusan perolehan transplant di hospital.
  • Memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang melalui kaunseling kemurungan.
  • Menawarkan peluang kepada waris sekiranya mereka berhasrat untuk mendermakan organ dan tisu ahli keluarga yang telah meninggal.
  • Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan badan-badan kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO’s), Media Massa, institusi pendidikan dan keagamaan dalam menganjurkan kempen dan aktiviti promosi.
LOKASI

Aras 1, Kompleks Klinik Pakar (berhadapan dengan Kantin Hospital).

HUBUNGI KAMI

Telefon: 088-517 555

Laman web: www.dermaorgan.gov.my

Laman Facebook: A Gift of Life Sabah
UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING


PENGENALAN

Unit adalah bertujuan untuk:

  • Meningkatkan tahap Kesihatan Mental dan Emosi klien yang memerlukan, melalui pendekatan kaunseling
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga Kesihatan Mental yang baik ke arah masyarakat yang sihat selaras dengan objektif KKM
  • Memastikan hubungan kerjasama sentiasa terjalin di antara unit-unit lain bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling
WAKTU BEROPERASI

HARIWAKTU OPERASI
Isnin-Khamis8.00 Pagi - 12.30 Tengahari
2.00 Petang - 4.30 Petang
Jumaat8.00 Pagi - 11.30 Tengahari
2.00 Petang - 4.30 Petang
Sabtu / Ahad / Hari Kelepasan AmTutup Untuk Pesakit Luar


VISI

Mengembangkan perkhidmatan kaunseling secara lebih profesional, efektif dan cekap dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti terhadap rawatan pesakit dan klien.

MISI

  • Meningkatkan dan mengembangkan tahap profesionalisme Pegawai Psikologi melalui pembelajaran berterusan selaras dengan perkembangan perubatan masa kini.
  • Meningkatkan peranan perkhidmatan psikologi kaunseling dalam melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan penekanan terhadap kesihatan mental yang sempurna.
  • Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan melalui pendekatan psikologi dan kaunseling ke arah meningkatkan produktiviti ke tahap yang maksimum.
PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Hospital Queen Elizabeth akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan professional seperti berikut:

1. Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur, ikhlas dan secara profesional.

2. Setiap pelanggan akan diberi layanan dalam tempoh 30 minit (1 Sesi).

3. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dirahsiakan dan dikendalikan mengikut Amalan Kaunseling Jabatan Perkhidmatan Awam.

4. Pegawai Psikologi dan pelanggan harus berkerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain semasa sesi kaunseling dijalankan.
 
KRITERIA KLIEN YANG BOLEH DIKENDALIKAN OLEH UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING

Kes Rujukan yang terdiri daripada:
  • kanak-kanak
  • remaja
  • dewasa
  • warga emas
Sesi psikologi kaunseling memberi fokus dan penumpuan kepada aspek psikologi klien yang dirujuk berkaitan isu kefungsian diri klien disebabkan oleh masalah seperti: 
  • kesihatan
  • sosial
  • krisis, dan
  • pembangunan kendiri yang dialami oleh klien.
SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kaunseling ( kes klinikal - Kes OSCC, Cubaan bunuh diri, mangsa penderaan, rehabilitasi pesakit psikiatri, pesakit kronik, kemurungan dll):
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling perkahwinan
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Tele-kaunseling
  • Perkhidmatan Ujian Psikologi
  • Ujian Personaliti TAJMA
  • Inventori Personaliti Warna
  • Inventori Personaliti Sidek
  • Perkhidmatan Intervensi Psikososial
  • Kursus/ Program Motivasi dan Peningkatan Kendiri/ Kerjaya khas untuk Kakitangan Hospital
FAQS

1. Apakah Perkhidmatan Kaunseling di hospital?

Perkhidmatan Kaunseling di hospital masih dianggap satu cabang disiplin yang baru dan skop perkhidmatan masih agak terhad kepada pesakit dan kakitangan hospital yang dirujuk. Unit Psikologi Kaunseling, HQE telah diwujudkan pada akhir tahun 2002 dan semakin berkembang perkhidmatan tersebut, selaras dengan keperluan semasa. Antara Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kaunseling Individu, keluarga, Ujian Psikologi, Intervensi Psikososial, Perundingan dan penyeliaan serta penyelidikan.

2. Mengapa perlu perkhidmatan kaunseling?

Secara umumnya, manusia memerlukan perkhidmatan kaunseling kerana mereka sebenarnya merasakan perlunya bantuan/ sokongan daripada khidmat profesional dalam menghadapi krisis atau masalah. Selain itu, mereka memerlukan bimbingan agar dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

3. Apakah yang akan dilakukan oleh Pegawai Psikologi (Kaunselor) dalam mengendalikan sesi kaunseling?

Seorang kaunselor telah dilatih dalam kemahiran mendengar dan membimbing klien melalui proses kaunseling dalam menghadapi isu atau krisis. Kaunselor akan membina perhubungan terapeutik dan selamat bagi menggalakkan klien meluahkan perasaan tanpa rasa terancam. Perkara yang amat penting adalah dalam kehidupan, klien seharusnya bertanggungjawab mengubah dan mengatasi permasalahan klien itu sendiri dan kaunselor akan menyediakan kaedah yang sesuai dalam pendekatan psikologi kaunseling bagi membantu klien mengubah hidup melalui kesedaran kendiri.

4. Berapa kali sesi kaunseling yang perlu dihadiri oleh seseorang klien?

Sesi kaunseling merupakan satu proses bagi seorang klien menilai dirinya dan masalah yang dialami secara berperingkat melalui bimbingan Kaunselor. Namun jumlah sesi adalah bergantung pada klien dan isu yang dihadapi. Biasanya dalam 3-4 sesi kaunseling (minimum).

5. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling?

Terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan Perkhidmatan Kaunseling di HQE iaitu melalui rujukan Pegawai Perubatan/ Ketua Jabatan/ Unit kepada pesakit atau klien yang dirujuk. Bagi klien yang datang secara sukarela boleh datang terus ke Unit Psikologi Kaunseling bagi mendapatkan temujanji (terhad kepada kakitangan HQE sahaja). Perkhidmatan Tele-kaunseling turut disediakan kepada klien yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling melalui telefon dan emel.