UNIT DIETETIK & SAJIAN
PENGENALAN
Perkhidmatan Sajian berfungsi dalam penyediaan makanan yang berzat kepada semua pesakit di dalam wad mengikut keperluan pesakit secara individu. Unit ini juga melaksanakan promosi kesihatan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
VISI
Unit Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan Dietetik dan Sajian untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
MISI
Unit Dietetik dan Sajian berhasrat untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang melalui:
i) Perkhidmatan Dietetik
- Membantu proses rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promosi, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidence based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
ii) Perkhidmatan Sajian
- Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
- Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).
- Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.
Semua hidangan / makanan yang disediakan adalah bermutu, bersih, segar dan halal.
FAQS
1. Bagaimana pesakit boleh mendapatkan khidmat nasihat pemakanan daripada Pegawai Dietetik?
Pesakit perlu dirujuk oleh Pegawai Perubatan untuk mendapatkan khidmat Pegawai Dietetik.
2. Adakah makanan yang dihidangkan kepada pesakit adalah sesuai dengan keperluan nutrisi pesakit?
Ya, makanan yang dihidang kepada pesakit adalah sesuai dengan keperluan nutrisi pesakit. Penyediaan hidangan ini dipantau oleh Pegawai Dietetik yang kompeten.
3. Adakah hidangan yang disediakan untuk pesakit adalah selamat untuk dimakan?
Ya, hidangan yang disediakan untuk pesakit dalam hospital adalah selamat untuk dimakan kerana setiap proses dalam penyediaan hidangan adalah mematuhi sistem kualiti keselamatan makanan iaitu GMP dan HACCP. Penyediaan makanan pesakit juga dipantau secara berterusan oleh Pegawai/Penolong Pegawai Penyediaan Makanan yang terlatih.