Accessibility Tools

UNIT REKOD KESIHATAN

PENGENALAN

Unit Rekod Perubatan mula ditubuhkan dan beroperasi di Sabah pada tahun 1986. Pada ketika itu, unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Rekod Perubatan (B11) / Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N6 dibawah Skim Saraan Baru (SSB) / Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27 di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM). Semenjak tahun 2006, unit ini telah ditadbir urus oleh seorang Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41. Beliau dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N36, 2 orang Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N32 dan 4 orang penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N27.

EMPAT FUNGSI UTAMA UNIT REKOD PERUBATAN

1. Bahagian Pentadbiran dan Kualiti 
  • Pengurusan Unit Rekod Perubatan
  • Pemantauan objektif kualiti unit
  • Pengurusan anggota Unit Rekod Perubatan
2. Bahagian Pengurusan Statistik 
  • Mengkod penyakit berdasarkan Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (ICD10 Rev.)
  • Penyediaan laporan HMIS dan bukan HMIS
  • Backup pangkalan data
3. Bahagian Pengurusan Perpustakaan
  • Menerima, merekod dan menfail rekod perubatan pesakit
  • Mengesan rekod perubatan pesakit
  • Pelupusan rekod perubatan pesakit yang tidak aktif
4. Bahagian Pengurusan Laporan Perubatan 
  • Penyediaan Laporan Polis
  • Penyediaan Laporan Insuran
  • Penyediaan Laporan Perubatan Biasa
  • Penyediaan Lain-Lain Laporan
VISI

Mewujudkan Satu Sistem Perkhidmatan Rekod Perubatan dan Maklumat Pesakit yang Lebih Berkualiti Serta Sistematik melalui Perkhidmatan yang Efisien, Cemerlang dan Memenuhi Kehendak Pelanggan.

MISI

Ke Arah Penggunaan Sistem Berkomputerisasi Sepenuhnya yang merangkumi Penyediaan Laporan Perubatan dan Pembekalan Statistik Hospital serta memberikan Perkhidmatan yang lebih Berkualiti dan Efisyen selaras dengan moto unit iaitu CEKAP DAN TEPAT.

OBJEKTIF

Mewujudkan Unit Rekod Perubatan yang amanah dan dapat menjaga kerahsiaan maklumat hospital.
  • Meningkatkan taraf keselamatan pejabat rekod perubatan serta tempat - tempat simpanan rekod perubatan yang lain.
  • Mewujudkan satu sistem rekod perubatan yang terpelihara dan boleh dirujuk bagi tujuan maklumat perubatan, perawatan, pengajaran, pembelajaran, perundangan dan penyelidikan.
  • Memahami pengurusan sistem rekod perubatan dan menyesuaikannya mengikut perkembangan teknologi dan kehendak semasa.
  • Memastikan agar dapat mengkodkan (coding) jenis - jenis penyakit dengan lebih tepat.
  • Memastikan agar dapat mengumpul dan menyediakan penyata perangkaan hospital yang mudah, sistematik dan boleh dipercayai.
PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra.
  • Semua kandungan Rekod Perubatan Pesakit akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya dikeluarkan kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan biasa dalam masa 4 minggu selepas membuat pembayaran yang ditetapkan dan menerima permohonan yang lengkap.
FAQS

BAHAGIAN PENGURUSAN LAPORAN PERUBATAN

Q. Berapa lamakah laporan perubatan biasa dapat disiapkan?
A. Dalam masa 28 hari

Q. Berapa lamakah laporan perubatan terperinci dapat disiapkan?
A. Bergantung kepada kerumitan sesuatu kes

Q. Berapa bayaran bagi permohonan laporan perubatan biasa?
A. RM40.00 bagi warganegara Malaysia dan RM92.00 bagi bukan warganegara Malaysia

Q. Berapa bayaran bagi permohonan laporan perubatan terperinci?
A. RM200.00 hingga RM1,000.00 bagi warganegara Malaysia dan RM400.00 hingga RM2.,000.00 bagi bukan warganegara Malaysia.

Q. Apakah syarat-syarat yang membolehkan permohonan laporan perubatan diterima?
A. Pemohon mestilah mendapat keizinan daripada pesakit sendiri atau keluarga terdekat serta berumur 18 tahun ke atas.

Q. Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawah semasa membuat permohonan laporan perubatan?
A. Permohonan Pesakit (sendiri)
  • Permohonan secara bertulis ataupun menggunakan Borang KKMLP/1/2008.
  • Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit jika melalui pos.
  • Kad Pengenalan pesakit.
  • Salinan Kad Temujanji pesakit.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
Permohonan melalui Ibu / Bapa / Penjaga yang sah (pesakit berumur 18 tahun Ke bawah)
  • Surat keizinan ASAL dari Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.
  • Salinan Sijil Kelahiran pesakit.
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit.
  • Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.
  • Salinan Kad Temujanji pesakit.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
Cara Permohonan Dari Waris untuk Suami/Isteri/Anak/Adik Beradik & Ibubapa
  • Surat keizinan ASAL dari waris (menyatakan maklumat waris)
  • Salinan Kad Pengenalan si mati.
  • Salinan Kad Pengenalan waris.
  • Salinan Kad Temujanji si mati.
  • Salinan Sijil Nikah (jika berkaitan).
  • Salinan Sijil Kelahiran (jika berkaitan).
  • Surat Akuan Sumpah (jika berkaitan).
  • Salinan Permit Penguburan / Sijil Kematian.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan)
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan sebagainya).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan si mati.
Cara Permohonan melalui Agen/Wakil (insurans, Peguam dan lain-lain )
  • Surat keizinan ASAL pesakit / waris (menyatakan memberi kuasa kepada nama Agen/wakil untuk mendapatkan laporan).
  • Salinan Kad Pengenalan pesakit
  • Salinan Kad Temujanji pesakit.
  • Bayaran (mengikut jenis permohonan).
  • Borang berkaitan (Insurans, KWSP, Buruh 90, PERKESO dan lain-lain)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan rawatan pesakit.
  • Salinan Permit Penguburan jika pesakit meninggal dunia / mati.
BAHAGIAN REKOD PERUBATAN SAKIT

Q. Apakah skop perkhidmatan Bahagian Pengurusan Rekod Perubatan?
A. Bahagian ini menguruskan:
  • Pendaftaran
  • Penyimpanan
  • Peminjaman
  • Pemulangan dan
  • Pelupusan Rekod Perubatan Pesakit
Q. Apakah jenis-jenis peminjaman rekod perubatan pesakit?
A. Jenis-jenis peminjaman adalah:
  • Temujanji Klinik
  • Kemasukan ke wad
  • Kajian / Mesyuarat Kematian / PERKESO dan sebagainya
  • Kes-kes mahkamah / Aduan Awam / Kes Medico Legal
Q. Berapa lamakah tempoh pinjaman rekod perubatan pesakit?
  • Temujanji klinik dan kemasukan ke wad - 72 jam (3 hari)
  • Kajian / Mesyuarat Kematian / PERKESO / Kes Mahkamah - 14 hari
  • Aduan Awam / Kes Mesico Legal - Sehingga kes selesai
Q. Apakah syarat-syarat membuat peminjaman bagi kes-kes kajian / kes-kes mahkamah?
A. Pemohon perlulah menulis surat rasmi serta mengisi borang pinjaman rekod perubatan pesakit dan mestilah diluluskan oleh Pengarah Hospital.

BAHAGIAN STATISTIK

Q. Apakah jenis-jenis statistik yang disediakan oleh Unit Rekod Perubatan?
A. Statistik Pesakit Luar, Pesakit Dalam dan Khidmat Sokongan.

Q. Bagaimanakah jabatan/unit/wad mendapatkan data-data ini apabila diperlukan?
A. Pemohonan perlu melalui Pengarah Hospital untuk mendapatkan kelulusan.

Q. Bolehkah data-data statistik tersebut dipamerkan atau dimuatkan dalam buletin/majalah, kajian dan sebagainya?
A. Dibenarkan dengan syarat data-data seperti nama, nombor kad pengenalan/paspot tidak dipamerkan serta mendapatkan kelulusan dari Pengarah Hospital.