Perubatan Transfusi
Perubatan Transfusi
Pemprosesan darah & komponen darah, Rekrutmen & Urus penderma darah, Saring & Bekal Darah
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. REKRUTMEN PENDERMA DARAH
- Merekrut penderma darah sukarela tanpa bayaran (voluntary non-remunerated).
- Melakukan program pendidikan/ kempen berkaitan pendermaan darah dengan kerjasama bersama pihak penganjur.
2. PEROLEHAN PENDERMAAN DARAH DAN PENGURUSAN PENDERMA
- Pendermaan darah utuh dan aferesis secara walk-in dan appointment.
- Pendermaan darah
- Mengurus penderma darah reaktif dan Seroconvert
3. PEMPROSESAN DARAH DAN KOMPONEN DARAH
-
Penyediaan Whole Blood, Red Cell Concentrates, Platelet, Fresh Frozen Plasma (FFP), Cryoprecipitate dan Cryosupernatant serta special products berdasarkan permintaan.
- Penyaringan darah yang didermakan bagi penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV), Hepatitis B, Hepatitis C dan Syphilis menggunakan kaedah serologi dan Nucleic Acid Testing (NAT).
- Penyimpanan stok bekalan darah yang telah lulus saringan sesuai dan selamat untuk digunakan oleh pesakit di semua hospital kerajaan dan hospital swasta yang mempunyai perjanjian dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
- Menjalankan ujian ABO dan RH grouping, ujian Coombs serta ujian identifikasi antibodi.
- Menjalankan ujian Red Cell Phenotyping.
- Menjalankan siasatan reaksi pemindahan darah.
- Memastikan data validasi serta keputusan Installation Qualification (QC), Operational Qualification (OQ) dan Performance Qualification (PQ) dari pengilang disertakan bersama peralatan baru yang diterima.
- Memastikan semua produk darah dan komponen darah telah menjalankan ujian kepastian kualiti selaras dengan piawaian Pusat Darah Negara (PDN).
8. PEMPROSESAN DARAH DAN KOMPONEN DARAH
- Pemprosesan dan penyediaan komponen darah Whole Blood, Red Cell Concentrates, Platelet, Fresh Frozen Plasma (FFP), Cryoprecipitate dan Cryosupernatant serta special products berdasarkan permintaan dari pengamal perubatan.
9. MAKMAL TRANSFUSI KLINIKAL
- Meyakinkan ujian saringan antibodi darah serta ujian keserasian sebelum membekalkan darah kepada pesakit.
- Membekalkan komponen-komponen darah berdasarkan keperluan pesakit.
- Memastikan Safe Transfusion Practice dan Patient Blood Management (PBM) diamalkan oleh staf-staf klinikal.
Doktor Pakar
Dr. Shahnaz Irwani Binti SabriPakar Perubatan Transfusi / Ketua Perkhidmatan Perubatan Transfusi Sabahshahnaz.is[at]moh.gov.my
Medical Degree (MD) 2002,
Master Med (Transfusion) 2011
3. WAKTU BEROPERASI
a) Bahagian Pendermaan Darah
Hari | Masa |
Isnin - Jumaat | 8 pagi - 5 petang |
Sabtu | 9 pagi - 3 petang |
Ahad & Hari Kelepasan Am | Tutup |
*Sebarang perubahan masa operasi akan dimaklumkan melalui akaun rasmi media sosial jabatan
b) Makmal Transfusi Klinikal
Hari | Masa |
Isnin - Ahad / Hari Kelepasan Am | 24 jam |
c) Bahagian Pemprosesan Saringan & Inventori
Hari | Masa |
Isnin - Khamis | 8 pagi - 1 petang 2 petang - 5 petang |
Jumaat | 8 pagi - 11.30 pagi 2 petang - 5 petang |
Sabtu/ Ahad/ Hari Kelepasan Am | 9 pagi - 5 petang |
d) IH & Kualiti
Hari | Masa |
Isnin - Jumaat | 8 pagi - 5 petang |
Ahad & Hari Kelepasan Am | Tutup |
HUBUNGI KAMI
No Telefon : 088 – 324 600
- Samb. 2077 (Pendermaan Darah / Perolehan / Pejabat)
- Samb. 2092 (GXM) & Samb. 2178 (Aras 2)
MEDIA SOSIAL RASMI JABATAN
- Facebook page : Unit Perubatan Transfusi HQE
- Instagram : BloodBank Kota Kinabalu (BBKK)
MEDIA SOSIAL RASMI JABATAN
- pendermaan darah terletak di tingkat bawah tanah (Basement) Hospital Queen Elizabeth II bersebelahan Unit Central Sterilization Service (CSSU) dan Makmal Klinikal Transfusi di Unit Patologi (Basement).
- Makmal Pemprosesan Saringan, IH, Kualiti dan MMT berada di Aras 2.