Hospital Queen Elizabeth II

Klinik Pakar Neurosurgeri

PENGENALAN

Lokasi Klinik Pakar Neurosurgeri dahulunya terletak di bangunan Lama Kompleks Perubatan A Hospital Queen Elizabeth dan pada awal tahun 2012 telah berpindah ke aras 8, Hospital Queen Elizabeth II.
VISI 

Jabatan Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth II akan menjadi pusat rujukan pembedahan yang menyediakan perkhidmatan pembedahan yang komprehensif dan berkualiti termasuk latihan dan penyelidikan melalui anggota pasukan yang profesional, berdedikasi, efisyen dan bersifat penyayang dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit.



MISI 

Jabatan Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth II berhasrat untuk menjadi pusat rujukan pembedahan yang cemerlang dengan :

• pembentukan perkhidmatan pembedahan yang komprehensif yang merangkumi aspek-aspek penggalakkan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan perawatan palliatif.

• Pelaksanaan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti melalui kerja berpasukan dengan penekanan terhadap maruah dan keselesaan pesakit

• Membangunkan jabatan untuk menjadi pusat latihan dan penyelidikan pembedahan yang diperakui.
 
 
 

 

OBJEKTIF

• Menyediakan latihan Kepakaran Perawatan Bedah Otak Dan Kajisaraf pada Pegawai Perubatan dan juga Paramedik.

• Untuk memastikan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit-penyakit atau kecederaan kepalayang berkaitan dengan sistem saraf pusat dan saraf tunjang ( otak dan tulang belakang )

• Mendapat khidmat rawatan perubatan, pembedahan dan juga nasihat pakar perunding berpengalaman yang sewajarnya dengan kadar segera di Negeri Sabah.

• Pengesanan penyakit-penyakit berkaitan neuro lebih awal melalui penemuan radiologi dan patologi bagi memberi perawatan lebih awal kepada pesakit-pesakit.

• Menyediakan perkhidmatan “Lawatan Pakar ke Hospital Luar Daerah”
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.
Sedang Dikemaskini.




Hak Cipta Terpelihara © 2023 Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Queen Elizabeth II: Specialized Services for Your Health Needs