Bahagian Sokongan Klinikal
- Jabatan Farmasi
- Jabatan Perubatan Transfusi
- Jabatan Patologi
- Jabatan Kerja Sosial Perubatan
- Jabatan Radiologi
- Unit Kejururawatan
- Unit Kualiti
- Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU)
- Unit Forensik
- Unit Hemodialisis (HDU)
- Unit Penolong Pegawai Perubatan
- Unit Dietetik & Sajian (UDS)
- Unit Rehabilitasi
- Unit Kawalan Infeksi
- Unit Kejuruteraan
- Unit Rekod Perubatan
- Unit Kesihatan Awam
- Unit Promosi Kesihatan
- Unit Pemulihan Carakerja
- Unit Penjagaan Luka & Stoma
- Unit Pengangkutan & Ambulan
- Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Unit Klinik Anggota
- Memastikan bekalan farmaseutikal dan alat-alat perubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan dalam rawatan serta penjagaan pesakit.
- Memberi perkhidmatan farmasi yang efektif dan efisien sejajar dengan program penjagaan pesakit.
PERKHIDMATAN JABATAN FARMASI
Jabatan Farmasi HQE II menyediakan perkhidmatan seperti berikut :
- Pembekalan ubat kepada pesakit-pesakit dari klinik-klinik, Jabatan Kecemasan dan Wad-wad/ Unit-unit di HQE II
- Pembekalan ubat kepada pesakit luar “Nilai Tambah”
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
- SMS & Ambil
- Farmasi Pandu Lalu di UTC
- Perkhidmatan Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
- Ubat Melalui Pos (UMP)
- Kaunseling Ubat-ubatan kepada pesakit luar dan dalam
- Pemberian maklumat ubat
- Pemantauan ubat yang memerlukan analisa farmakokinetik, kesan advers ubat dan alahan pesakit
- Persediaan ubat-ubat steril dan bukan steril untuk kegunaan pesakit di HQE II dan hospital lain di negeri Sabah
- Pembungkusan semula ubat-ubatan untuk kegunaan pesakit
- Perkhidmatan farmasi dalam wad (klinikal)
- Perolehan dan bekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan/ pembedahan pakaibuang untuk kegunaan pesakit di HQE II
- Perkhidmatan “Medication Therapy Adherence Clinic” oleh Pegawai Farmasi yang terlatih. MTAC sedia da (terkini sehingga April 2018 adalah MTAC Antikoagulasi, MTAC Heart Failure dan MTAC Diabetes Mellitus (DMTAC).
- Latihan untuk Provisionally Registered Pharmacists (PRP) dan MTAC Antikoagulasi & DMTAC
MTAC |
Hari |
Masa |
Warfarin |
Rabu |
1:00 petang – 5:00 petang |
Heart Failure |
Jumaat |
9:00 pagi – 5:00 petang |
Diabetes Mellituus |
Isnin |
9:00 pagi – 1:00 petang |
WAKTU OPERASI JABATAN FARMASI
Unit
|
Masa Operasi
|
Farmasi Pesakit Luar
|
7:30 pagi - 10:00 malam (hari bekerja Isnin hingga Jumaat) 10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) |
Farmasi Pesakit Dalam |
7:30 pagi - 10:00 malam (hari bekerja Isnin hingga Jumaat) 10:00 pagi – 10:00 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) |
Farmasi Satelit |
8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja) |
Farmasi Logistik |
8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja) |
Farmasi Pengeluaran Bukan Steril / Galenikal |
8:00 pagi – 5:00 petang (hari bekerja sahaja) |
Farmasi Pengeluaran Steril |
8:00 pagi - 5:00 petang (hari bekerja Isnin hingga Jumaat) Bertugas ’On call’ pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum |
Pembekalan ubat-ubatan ke wad selepas jam 10:00 malam setiap hari termasuk cuti minggu dan cuti umum adalah dibekalkan atas panggilan.
- Perkhidmatan MTAC di adakan di klinik-klinik berkaitan mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap minggu.
Masa Beroperasi:
Isnin - Jumaat |
8.00AM – 5.00PM |
Sabtu/Ahad / Hari Kelepasan Am |
Tutup |
Lokasi: Basement HQE II
Nombor Pejabat: 088-324600 EXT: 1011/2077
Facebook: Unit Perubatan Transfusi HQE / Jabatan Perubatan Transfusi Hqe II
Instagram: BloodBank Kota Kinabalu (BBKK)
Telegram: DERMA DARAH KOTA KINABALU
VISI
Ke arah Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang berkualiti dan selamat dalam mengoptimakan perawatan pesakit sejajar dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISI
Misi Jabatan ini adalah selaras dengan misi Pusat Darah Negara iaitu memberikan Perkhidmatan Perubatan Transfusi yang cemerlang melalui:
- Pembekalan darah dan komponen darah yang mencukupi dan selamat secara berterusan untuk menampung keperluan pelanggan. Ini dapat dicapai dengan mengimplementasikan program-program kualiti secara komprehensif seperti recruitment & retention programme, Good Manufacturing Practice (GMP) dalam pemprosesan komponen darah dan program penyaringan darah yang menepati piawaian kebangsaan.
- Membudayakan nilai-nilai teras budaya korporat dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota yang berilmu, kompeten, peka, inovatif dan profesional sejajar dengan perubahan teknologi terkini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
OBJEKTIF JABATAN
- Mewujudkan pool of safe donors dengan menggalakkan pendermaan darah secara sukarela tanpa bayaran (voluntary non-remunerated) di kalangan masyarakat serta memastikan >65% adalah penderma darah
- Sentiasa memastikan bekalan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan semua
- Menggabungkan program Quality Assurance di dalam semua prosedur yang melibatkan Perkhidmatan Perubatan
- Memastikan ujian penyaringan darah dihantar dari pusat-pusat kutipan darah seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah mengikuti piawaian yang telah
- Menggalakkan Amalan Transfusi yang Baik (Good Transfusion Practice) mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap penderma darah akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun dan ikhlas.
- Tempoh masa keseluruhan proses pendermaan darah dari pendaftaran, pemeriksaan darah, kaunseling dan pendermaan darah dilakukan adalah 45 minit bagi pendermaan darah utuh dan 2 jam bagi pendermaan aferesis.
- Setiap penderma darah yang reaktif akan dihubungi dalam masa 7 hari dari penerimaan keputusan ujian saringan dari Makmal Transfusi Mikrobiologi untuk menghadiri sesi kaunseling dan pemeriksaan lanjut.
- Semua keputusan ujian saringan terhadap penderma dan keputusan ujian adalah SULIT.
- Setiap penderma darah berwarganegara Malaysia layak untuk mendapat hak keistimewaan penderma darah rawatan di hospital kerajaan mengikut ketetapan pekeliling terkini.
- Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan komponen darah yang berkualiti, selamat dan tepat pada masa yang diperlukan.
- Tempoh penyaringan untuk sampel darah daripada semua pusat kutipan darah adalah dalam masa 24 jam selepas penerimaan sampel ke makmal saringan.
- Darah berfenotip akan dibekalkan dalam masa 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan sekiranya bekalan adalah mencukupi (tempoh adalah termasuk permohonan ke Pusat Darah Negara).
- Memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh program Quality Assurance.
PENYATAAN POLISI BERKENAAN ANONYMITY PENDERMA, PESAKIT DAN STAF DALAM AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN KESELAMATAN DAN PRESTASI HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II
Pihak Hospital Queen Elizabeth II menyedari bahawa aktiviti penambahbaikan keselamatan dan prestasi (safety and performance improvement activitis) adalah merupakan salah satu keperluan asas dalam pendekatan pengurusan risiko yang menyeluruh. Adalah menjadi polisi Hospital Queen Elizabeth II agar perkara-perkara tersebut dirancang dengan sistematik supaya pelaksanaan dan pemantauan aktiviti pengurangan risiko (risk reduction activities) termasuk Incident Reporting, pengurusan aduan dan pengurusan kes-kes seroconvert dapat dijalankan mengikut standar yang ditetapkan.
Polisi Hospital Queen Elizabeth II adalah seperti berikut :
- Memastikan dokumentasi aktiviti penambahbaikan keselamatan dan prestasi disimpan dengan sewajarnya
- Memastikan kerahsiaan pengamal perubatan, staf, penderma dan pesakit dalam aktiviti penambahbaikan keselamatan dan prestasi dipelihara.
- Menyatakan dengan jelas pada setiap kertas soal selidik berkaitan piagam pelanggan atau borang maklumbalas bahawa jawapan dalam kajian dan borang tersebut akan dikekalkan kerahsiaannya dan kekal anonymous (tidak bernama). Nama responden tidak perlu ditulis di dalam kertas soal selidik atau borang tersebut.
- Menyatakan dengan jelas pada setiap sesi pembentangan Mortality and Morbidity Review, Incident Reporting dan pembentangan kes-kes Seroconvert bahawa pihak yang terlibat akan dikekalkan kerahsiaannya dan kekal anonymous (tidak bernama). Identiti cukup dinyatakan dengan huruf pertama nama (initials)
- Mengkaji semula polisi ini dari masa ke masa.
CARTA ORGANISASI
INTRODUCTION
This laboratory was initially established back in the year of 2009 in Queen Elizabeth Hospital II, replacing its previous medical centre which was the Sabah Medical Centre. During its initial establishment, this laboratory is located at 5th floor, with around 9 laboratory technologists, provided a limited service that includes the most basic tests, such as basic transfusion of blood products, biochemistry, hematology and basic microbiology tests. In 2012, the laboratory has been relocated to basement to cope with the expansion and replacement of modern analyzer.
In 2018, Transfusion Medicine unit has been separated from Pathology due to establishment of Jabatan Perubatan Transfusi (JPT) in HQE II. Since then, Pathology and Transfusion Medicine Unit has then changed it’s name to Pathology Department.
Now in 2019, Pathology Department has almost 40 personnel, including one scientific officer and one medical officer, where we perform almost over 100 internal and externally quality control certified pathological tests using the most modern technology while implementing “go green” initiative by reporting “paperless” laboratory test reports to cope with ever growing test requests.
Our laboratory is located at the following address;
Pathology Department
Level Basement, Hospital Queen Elizabeth II,
Lorong Bersatu, Off Jalan Damai, Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah,
Malaysia
VISION
Our vision is to provide excellent services by using the appropriate technology and latest methodology.
MISSION
To provide services that is on-point, efficient, safe, and cost effective based on the appropriate quality system that prioritizes customer’s safety.
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
- Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, agama, umur, jantina dan taraf sosioekonomi.
- Segala maklumat pelanggan yang diperolehi akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan.
- Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia ada dan kelayakan pemohon.
-
TERAPI SOKONGAN
Intervensi bantuan terapi sokongan melibatkan:
- Khidmat Perundingan
- Sokongan Emosi
- Intervensi Krisis
-
- Pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi lain bagi mengesahkan pengenalan diri.
- Pesakit bukan warganegara Malaysia yang melibatkan perundangan sosial dan kes bencana sahaja.
- bantuan kewangan (pembelian peralatan perubatan, pembelian ubat-ubatan, membiayai kos rawatan atau bantuan am)
- penempatan institusi
- mengesan waris.
-
- Bantuan praktik yang melibatkan bantuan kewangan dan penempatan institusi hanya diberi kepada pesakit warganegara Malaysia.
- Pesakit warganegara Malaysia yang tidak berdaftar atau tiada dokumen pengenalan diri mesti mengemukakan dokumen sokongan rasmi bagi mengesahkan pengenalan diri.
Jenis Kes Perkhidmatan Terapi Sokongan
Jenis Kes Perkhidmatan Bantuan Praktik
• Pembiayaan peralatan perubatan
• Bantuan pembiayaan rawatan
• Bantuan pembiayaan ubat-ubatan
• Bantuan am
• Penempatan institusi
• Mengesan waris
WAKTU OPERASI
Isnin - Khamis
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
Pegawai JKSP
- Pn. Tan Hui Sin (Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44)
Tel: 088-324 600 Sambungan 5117 - En. Mohd Haffiz Mohd Rizal (Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41)
Tel: 088-324 600 Sambungan 2161 - En. Hassan Bin Hassim (Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan S29)
Tel: 088-324 600 Sambungan 2102
PENGENALAN
-
Sejajar dengan keperluan yang mendesak bagi perkhidmatan radiologi di HQE II, pada 14 Februari 2011 penempatan anggota kerja jabatan ini telah dimulakan dengan hanya 4 orang Juru X-ray. Mereka bertugas bersama-sama dengan wargakerja Jabatan Radiologi SMC (swasta) yang pada masa itu masih lagi menggunakan mesin-mesin radiologi serta fasiliti HQE II. Penambahan bilangan tenaga kerja Jabatan Radiologi HQE II seperti Pakar Radiologi, Juru X-ray, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah berterusan.
- Pada 1 Disember 2011, Jabatan Radiologi HQE II yang telah mempunyai kapasiti wargakerja seramai 15 orang iaitu 2 orang Pakar Radiologi, 1 orang Pegawai Perubatan, 11 orang Juru X-ray dan 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan mula beroperasi sepenuhnya. Namun jabatan baru ini masih berkongsi fasiliti dengan Jabatan Radiologi SMC. Di mana wargakerja jabatan kerajaan dan swasta bekerja bersama-sama dengan penuh harmoni dalam satu fasiliti jabatan.
-
Sehinggalah pada 1 Januari 2014, Jabatan Radiologi SMC berpindah keluar dan Jabatan Radiologi HQE II beroperasi sepenuhnya dalam satu jabatan. Wargakerja jabatan ini berikrar dan sentiasa berusaha keras bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat, sentiasa bekerjasama dan selesa. Juga kebajikan pesakit dan anggota sentiasa diutamakan.
Jabatan Radiologi akan menjadi pusat kecemerlangan yang berintegriti tinggi, inovatif, berdaya saing dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta komprehensif melalui anggota yang professional, prihatin dan bertanggungjawab.
- Sentiasa berusaha mengutamakan mutu perkhidmatan yang berkualiti
- Mengutamakan aspek-aspek perlindungan radiasi kepada pesakit,anggota dan orang awam
- Memastikan kompetensi anggota berada ditahap optimum
OBJEKTIF
Objektif utama Jabatan Radiologi adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan dengan cekap,selamat dan tepat tanpa mengira masa disamping mempastikan perlindungan radiasi yang maksimum. Mewujudkan suasana kerja yang selamat dan kondusif disamping mengutamakan kebajikan pesakit dan anggota.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan diberi layanan mesra, bersopan, hormat, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan risiko pemeriksaan radiografi.
- Masa untuk setiap pemeriksaan radiografi am adalah dalam masa 60 minit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
- Membuat persediaan yang telah diarahkan.
- Membawa borang yang betul dan lengkap.
PERKHIDMATAN KLINIKAL
1.0 PENGURUSAN KAUNTER
- Pendaftaran borang permohonan pemeriksaan radiologi
- Tracing & despatch filem dan laporan radiologi
- Temujanji pemeriksaan radiologi khas
2.0 PEMERIKSAAN RADIOLOGI AM
- Pemeriksaan Radiologi Am
- Pemeriksaan Radiologi Am Mudah Gerak
- Pemeriksaan Radiologi Opg
3.0 PEMERIKSAAN RADIOLOGI KHAS
- Pemeriksaan Ct Scan
- Pemeriksaan Mri
- Pemeriksaan Ultrasound
- Pemeriksaan Fluoroskopi
- Pemeriksaan Angiografi
- Pemeriksaan Bone Dexa
- Pemeriksaan Mammografi
- Pemeriksaan Radiologi I.i
4.0 PENGURUSAN LAPORAN PEMERIKSAAN RADIOLOGI
5.0 PENGURUSAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI SEMASA GANGGUAN / DOWN TIME
- pembelian Perkhidmatan Radiologi Di Hospital Swasta
- perkhidmatan Radiologi Di Fasiliti Kesihatan Berdekatan
PENGURUSAN JABATAN
- Pengurusan Organisasi
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Polisi Dan Prosedur
- Pengurusan Aset Dan Fasiliti
- Pengurusan Aktiviti Peningkatan Kualiti Dan Keselamatan
PENGENALAN
Unit Kejururawatan memulakan perkhidmatan di Hospital Queen Elizabeth II pada bulan November 2008 di sebuah bilik yang terletak di Level 2 bersama-sama dengan Wad Perubatan Surgikal & Ortopedik semasa wad Surgikal & Ortopedik berpindah ke bangunan Sabah Medical Centre (SMC). Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia membeli bangunan SMC pada Mac 2010, Unit Kejururawatan telah berpindah ke sebuah pejabat yang lebih luas dan besar di tingkat 1.
Unit Kejururawatan kini diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat U44 dibantu oleh 1 Jururawat U44 (Flexi), 1 Penyelia Jururawat U36, 2 orang Ketua Jururawat U32 dan 1 Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Selain itu, terdapat 4 Penyelia Jururawat U42 dan 13 Penyelia Jururawat U36 yang turut membantu dalam melaksanakan aktiviti kejururawatan dan mereka telah ditempatkan mengikut kawasan jagaan masing-masing.
Unit Kejururawatan bertanggungjawab dalam pengurusan, pendidikan dan aktiviti kejururawatan dengan memastikan perawatan kejururawatan yang diberikan cemerlang dan sesuai dengan standard profesional yang ditetapkan. Anggota jururawat penting dalam sesebuah hospital dalam memberi perawatan kejururawatan mengikut standard operating prosedur yang ditetapkan dengan mengambilkira keselamatan pesakit.
VISI
Ke arah perawatan yang professional dengan mengamalkan nilai-nilai murni.
MISI
Memberi perawatan holistik yang cekap, selamat, efektif dan berkualiti
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan kejururawatan dari aspek pencegahan, kuratif dan rehabilitasi
- Meningkatkan amalan kejururawatan melalui pendidikan kejururawatan berterusan
- Menilai dan memantau tahap perawatan yang diberikan kepada pelanggan berasaskan piawaian kejururawatan
- Membimbing dan menyokong anggota jururawat dalam peningkatan pembelajaran dan kemajuan diri
- Bekerjasama dengan rakan jururawat dan institusi pendidikan lain bagi memberi pengalaman klinikal kepada pelajar
- Mendorong dan mengadakan penyelidikan kejururawatan
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan
- Memastikan setiap jururawat membuat permohonan pembaharuan Perakuan Pengamalan Tahunan (Annual Practicing Certificate) bagi tahun berikutnya sebelum 30 September setiap tahun
- Menyediakan Continuous Nursing Education (CNE) dan kursus-kursus untuk keperluan Continuous Professional Development (CPD) dan buku log bagi memenuhi 40 mata kredit (7 hari berkursus)
- Surat dan pekeliling rasmi akan diedarkan ke Unit/Wad/Klinik dalam tempoh dua (2) hari waktu bekerja selepas diminitkan untuk tindakan
- Setiap aduan yang dikemukakan ke atas anggota di bawah seliaan Unit Kejururawatan akan disiasat dan dimaklumkan kepada Jawatankuasa Aduan dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Skop perkhidmatan yang dijalankan oleh Unit Kejururawatan adalah:
- Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengarah Hospital dan Timbalan Pengarah dalam tugas pentadbiran dan pengurusan hospital
- Merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori jururawat
- Merupakan unit yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan perawatan pesakit dalam dan luar melalui proses perawatan kejururawatan
- Merupakan sebuah unit yang menguruskan dan memantau penguatkuasaan Sijil Pengamalan Kejururawatan Tahunan Jururawat
- Mengurus dan memantau penguatkuasaan kepatuhan kepada kod-kod amalan professional
- Mengurus kawalan mutu program kualiti dalam kejururawatan
- Memainkan peranan penting dalam aktiviti kualiti hospital
- Memainkan peranan untuk memastikan Continuous Nursing Education (CNE) dijalankan sepanjang tahun
WAKTU BEROPERASI
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 5.00 petang
Jumaat
8.00 pagi hingga 11.30 pagi
2.00 petang hingga 5.00 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum
Tutup
PENGENALAN
Unit Perkhidmatan Bahan Steril (CSSU) HQE 2 mula beroperasi pada 16 Oktober 2010. Lokasi kedudukan Unit ini terletak di Aras Basement bersebelahan dengan Jabatan Perubatan Transfusi dan juga Unit Forensik.
VISI
Unit CSSU menjadi pusat kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan pensterilan dan bekalan peralatan.
MISI
Unit CSSU dapat menyediakan produk-produk steril yang selamat dan bermutu bagi penjagaan pesakit melalui sistem pengawasan yang cekap.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan perubatan dengan tujuan mencegah dan pengawal infeksi di Hospital dengan memenuhi keperluan peralatan dan bahan steril disetiap wad dan unit.
FUNGSI UTAMA
- Menerima,memeriksa,memcucui,membungkus dan mensteril peraltan yang diguna semula untuk semua Jabatan Unit,Wad,Klinik dan Dewan Bedah Am dan Kardiak.
- Menyediakan bahan-bahan pembebatan iaitu soft dressing seperti gauze dan cotton untuk keperluan perawatan harian yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 2.
- Membungkus dan mensterilkan linen untuk semua kegunaan prosedur di Dewan Bedah dan semua unit di Hospital ini.
- Mengagihkan peralatan serta pek steril kepada semua unit dan wad di Hospital Queen Elizabeth.
- Menjalankanperkhidmatan keatas peralatan Loaner yang dihantar oleh pembekal untuk kegunaan pakar-pakar Dewan Bedah.
- Member perkhidmatan pensterilan kecemasan untuk Hospital lain atau Pusat Kesihatan.
PIAGAM PELANGGAN
- Menerima semua peralatan kotor daripada semua unit,wad,klinik dan dewan bedah setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan.
- Membekalkan peralatan steril yang mencukupi kepada semua unit,wad dan klinik setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastika peralatan steril sentiasa dalam keadaan baik,tidak basah atau koyak.
- Member perkhidmatan penerimaan peralatan dan pengagihan peralatan selepas waktu pejabat. (bagi kes kecemasan sahaja).
- Membekalkan peralatan yang berkualiti dimana peralatan steril yang dibekalkan mempunyai External Indicator (Autoclave Tape) label set,tarikh pembungkusan,pusingan load dan nombor autoclave.semua peralatan dibungkus dengan sempurna mengikut teknik pembungkusan yang betul.
- Sentiasa member komitmen yang tinggi kepada unit-unit yang memerlukan perkhidmatan.
UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (UPPP)
Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan merupakan salah satu komponen di bawah Pengurusan Hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber dan penyeliaan klinikal untuk memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan selamat diberi kepada pesakit-pesakit oleh anggota di bawah jagaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini juga berperanan membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Queen Elizabeth II.
VISI
Menjana sebuah pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi yang sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.
MISI
Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota di bawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan pelanggan serta mengikut akta-akta, peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.
OBJEKTIF
-
Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.
-
Mengurus sumber manusia di bawah kawalan den cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
-
Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.
PIAGAM PELANGGAN
-
Memberi maklumbalas maklumat secara lisan dalam tempoh 1 jam kepada pelanggan dalaman dan pelanggan dari luar.
- Memberi maklumbalas maklumat secara bertulis dalam tempoh yang tidak melebihi 7 hari bekerja kepada pelanggan dalaman dan pelanggan dari luar.
SKOP PERKHIDMATAN
-
Pengurusan Sumber Manusia
-
Urusan Keperluan Anggota / Permohonan Perjawatan Baharu
-
Urusan Penempatan
-
Urusan Pengagihan Anggota
-
Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota
-
-
Pentabiran
- Mesyuarat berkala unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan dan mesyuarat jabtan hospital
- Kewangan / Peruntukan Modal Insan
- Perolehan Aset
- Penyeliaan Klinikal (Clinical Supervision)
- Standard Oeprating Procedure (SOP yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembantu Perubatan mengikut aktiviti) dan CPG Kementerian Kesihatan Malaysia
- Dokumentasi klinikal
- Kawalan jangkitan / infeksi
- Audit Klinikal
- Keselamatan Pesakit (Patient Safety)
- Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans Kecemasan
- Pusat Panggilan Ambulans Kecemasan (MECC)
- Intra / Inter Fasiliti
- pasukan Liputan Perubatan (Medical Standby)
- Pematuhan Akta dan Peraturan
- Memastikan akta-akta (Akta 180 - Medical Assistant Registration Act 1977) bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi
- Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian
- Pemathuan Kod Etika Pembantu Perubatan
- Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut senarai tugas yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing
- Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana-mana yang termaktub / arahan dari pihak Lembaga / kementerian Kesihatan
- Pengurusan Latihan
- Orientasi Anggota Baru
- Merancang latihan bagi anggota
- Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota
- Menyediakan laporan latihan dihadiri oleh anggota
- Menurus Buku Log Latihan dan CPD anggota
- Menyelaras latihan Tahp 1, 2 dan 3 bagi Pembantu Perawatan Kesihatan
- Penyelidikan
Penyelidikan yang melibatkan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan- Tugas Atas Panggilan
- Clinical Supervision di jabatan-jabatan yang melibatkan anggota di bawah jagaan
- Penyediaan jadual tugas atas panggilan
- Pemantauan terhadap anggota yang melakukan tugas atas panggilan
- Semakan laporan harian
- Penyediaan laporan kepada pengarah hospital
- Pegurusan Bencana
- Ahli Jawatankuasa Induk Bencana
- Ahli Jawatankuasa Induk Keselamatan Kebakaran dan Fire Safety Office / Manager
- Tugas Atas Panggilan
- Unit Dietetik dan Sajian (UDS), HQE II mula beroperasi sejak bulan Mei 2010.
- Lokasi UDS : Basement (bersebelahan dengan HSS Linen dan berhampiran dengan Central Medical Store.)
- Perkhidmatan Dietetik (Tingkat 8)
- Perkhidmatan Sajian (Basement)
MISI
- Perkhidmatan Dietetik
- Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi promotif, pencegahan, rawatan dan rehabilitasi berdasarkan amalan evidenced based terkini di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
- Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
- Perkhidmatan Sajian
- Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
- Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip HALAL, GMP dan HACCP.
- Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling- pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
- Perkhidmatan Dietetik
- Untuk memastikan khidmat “ nutrition care proses” bagi oral diet serta “nutrition support” diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan.
- Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
-
Perkhidmatan Sajian
- Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan dari wad.
- Untuk memastikan diet dibekalkan kepada Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan dan Pegawai Perubatan dan paramedik yang bertugas di dewan bedah.
- Untuk memastikan khidmat ‘nutrition care proses’ bagi oral diet serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan.
- Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan sopan.
- Setiap HO yang akan bertugas di Hospital Queen Elizabeth II, akan di beri orientasi kawalan infeksi dalam masa lima hari berkerja selepas melapor diri di unit kawalan infeksi.
- Setiap link nurse dan link officer akan diberi kursus kawalan infeksi tiga kali dalam setahun.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
-
- Memberi orientasi Kawalan Infeksi kepada anggota baru.
- Memberi ceramah berkaitan Kawalan Infeksi
- Menjalankan “Environmental Audit”
- Memantau ketidakpatuhan Standard Precaution
- Lawatan kes ‘Alert Organism‘
- Menjalankan audit kepatuhan ‘Hand Hygiene ‘
- Menjalankan Kajian ‘Point Prevalence‘
- Menjalankan ujian “Air Sampling”
- Pemantauan ‘HealthCare Associated Infections’.
- Pengambilan ‘Environmental Swab’.
- Pengambilan ‘In Use Test’.
WAKTU BEROPERASI
ISNIN – KHAMIS
8.00 pagi – 5.00 petang
JUMAAT
8.00 pagi – 11:30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
PENGENALAN
- Perkhidmatan Rekod Perubatan merupakan salah satu perkhidmatan dibawah kategori sokongan klinikal di hospital. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus perkara berkaitan pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP), Pengurusan Statistik Hospital, pengurusan Laporan Perubatan, pengurusan Lembaga Perubatan dan Kes Mediko Legal, bagi membantu pihak hospital memberi perkhidmatan rawatan perubatan yang cekap dan berkesan.
- Jumlah Keanggotaan/Kakitangan : 3 Penolong Pegawai Tadbir (Rekod), 4 Pembantu Tadbir (Rekod), 5 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) dan 2 Pembantu Tadbir Sambilan.
- Masa Beroperasi : Isnin sehingga Jumaat (8:00pagi – 5:00petang)
VISI
“Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi kesihatan yang cemerlang”
MISI
“Menyediakan perkhidmatan pengurusan maklumat dan dokumentasi kesihatan dan pengurusan rekod perubatan pesakit (RPP) yang efisien dan tepat melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan, mesra pelanggan dan penggunaan teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan”
OBJEKTIF
- Mengurus rekod perubatan pesakit dengan sistematik dan selamat.
- Menyediakan statistik dan maklumat kesihatan yang tepat dan bernilai
- Menyediakan dokumentasi dan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan dalam tempoh 28 hari bekerja dengan syarat pembayaran seperti yang ditetapkan telah dibuat dan permohonan lengkap termasuk rekod perubatan pesakit telah diterima dan sedia untuk diproses.
- Semua kandungan rekod perubatan pesakit akan dirahsiakan, disimpan dengan selamat dan hanya dikeluarkan kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang – undang
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Pengurusan Laporan Statistik dan Maklumat Kesihatan
- Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
- Pengurusan Laporan Perubatan dan Dokumentasi Kesihatan
- Pengurusan Lembaga Perubatan dan Dokumentasi Medikolegal
PENGENALAN
Kesihatan awam Hospital Queen Elizabeth II telah di wujudkan pada tahun 2013. Kewujudan unit ini membantu bagi meyelaras jawatankuasa bagi melaksanakan fungsi-fungsi yang perlu bagi sebuah hospital pakar. unit kesihatan awam telah menjalankan skop kerja yang di amanahkan mengikut garis panduan yang telah di tetapkan oleh kementerian kesihatan malaysia dan sentiasa merujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri sabah.
VISI
Unit kesihatan awam sebagai unit kecemerlangan, kredibiliti dan berwawasan
MISI
Melaksanakan perkhidmatan dengan cekap mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. Berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kualiti kerja serta sentiasa merancang bagi mencapai integrity unit yang di segani dan di hormati.
OBJEKTIF
Memastikan 15% Notis Seksyen 32B di Bawah Akta Makanan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan 2004, Peraturan 11 ( b) . Bagi Kesalahan Merokok Dalam Kawasan Hospital Queen Elizabeth II.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bersopan santun., ikhlas dan cekap.
- Memberikan maklumat yang jelas dan maklumbalas yang diperlukan bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
- Menyediakan laporan yang diperlukan secara berkala mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun dan tahunan secara tetap.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1. KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT
- Memantau dan mengumpul data bagi kes penyakit berjangkit di Hospital
- Menjadi penyelaras bagi kejadian wabak/Kluster yang berlaku di fasiliti Hospital
- Memantau kelewatan notifikasi bagi fasiliti Hospital pada tahap ≤ 1 kes seperti yang termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
2. KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
- Menjalankan pemeriksaan premis makanan di Hospital dan sekitar Hospital
3. INSPEKTORAT DAN PERUNDANGAN
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di bawah akta :-
- Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan-2004
- Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1985
- Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
- Akta Makanan 1983 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009)
4. KAWALAN PENYAKIT BAWAAN VEKTOR
- Penyeliaan aktviviti pemusnahan tempat pembiakkan aedes dan semburan thermal di kawasan hospital
5. KEBERSIHAN ALAM SEKITAR
6. KESIHATAN PERSEKITARAN
WAKTU BEROPERASI
JAM 8.00 PAGI – JAM 5.00 PETANG
HUBUNGI KAMI
TALIAN EXTENSION : 2069
EMAIL : uka.hqe2@gmail.com
DIREKTORI STAF
EXT NO: 2069
-
NAMA : RICKY R JIUS LAWASA ( PPKP U29)
EMAIL : uka.hqe2@gmail.com
-
NAMA : MOHD. SHAZWAN BIN RAMAMUTEH ( PKA U19)
EMAIL : uka.hqe2@gmail.com / shaz170993@gmail.com
PENGENALAN
Unit Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit Hospital Queen Elizabeth II telah mula beroperasi pada tahun 2012 dengan tugas dan peranan unit ini diletakkan dibawah penyeliaan Unit Kejururawatan. Pada 23 Februari 2015 unit ini secara rasminya telah diletakkan di bawah seliaan seorang Pegawai Promosi Kesihatan. Unit ini merupakan unit sokongan klinikal kepada jabatan-jabatan dan unit-unit dalam mengkoordinasi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan pesakit. Unit ini terletak di Aras 8, Hospital Queen Elizabeth II.
VISI
Memberi perkhidmatan pendidikan pesakit dan promosi kesihatan yang cemerlang.
MISI
Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti pendidikan pesakit yang menjurus ke arah perubahan tingkahlaku yang positif.
OBJEKTIF AM
Untuk memperkasakan pesakit dan keluarga dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang spesifik bagi membolehkan mereka menguruskan sendiri penyakit ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik.
OBJEKTIF KHUSUS
- Menyediakan pelanggan (pesakit, keluarga pesakit, orang awam dan kakitangan hospital) dengan intervensi-intervensi pendidikan pesakit secara berkala.
- Menyediakan perkhidmatan berhenti merokok secara sistematik dan berkesan.
- Beroperasi sebagai One Stop Center bagi menyalurkan maklumat kesihatan kepada pelanggan.
- Menyediakan latihan berkaitan pendidikan pesakit dan pendidikan kesihatan kepada warga kerja.
PIAGAM PELANGGAN
-
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Memberikan informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.
- Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah penubuhan tingkahlaku kesihatan yang positif.
- Setiap pelanggan akan diberikan layanan berdasarkan ketetapan berikut:
-
- Sebarang permintaan peminjaman sesuatu bahan pameran akan diuruskan serta merta
-
- Penerbitan atau pencetakan sesuatu bahan pendidikan seperti risalah, flipchart dan poster akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dihantar ke unit promosi kesihatan.
-
- Tempahan backdrop/pengambilan gambar hendaklah dibuat seminggu sebelum acara diadakan.
- Perkhidmatan yang disediakan
Unit Promosi Kesihatan menyediakan perkhidmatan :
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)
Menyediakan perkhidmatan KBM bagi membantu para pesakit, anggota hospital dan orang awam berhenti merokok berpandukan kepada Modul Latihan Kebangsaan KBM, KKM dan modul lain terbitan KKM. - Program Pendidikan Kesihatan
Program pendidikan ini melibatkan pesakit dan ianya dilaksanakan dalam pelbagai kaedah sama ada berbentuk Kelas Pendidikan, Perbincangan Kumpulan Kecil (Kumpulan Sokongan), Nasihat Individu, Demontrasi atau tunjukcara yang melibatkan sesuatu kemahiran atau melalui edaran bahan-bahan (kit) pendidikan kepada para pesakit. Selain itu juga, nasihat dari katil ke katil turut diberikan kepada pesakit dan keluarga yang berada di wad mengikut keperluan. - Merancang, melaksana dan menilai latihan untuk anggota hospital dalam bidang promosi kesihatan
Latihan perlu diadakan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali setahun. - Pusat Sumber Transplan (Pendermaan Organ)
- Merancang, mengenalpasti, menerbitkan dan menilai bahan-bahan pendidikan yang bersesuaian untuk program pendidikan pesakit.
- Memberi khidmat runding cara berhubung penerbitan bahan-bahan bercetak dan bukan bercetak pendidikan pesakit.
- Mengurus permohonan dan pengedaran bahan-bahan pendidikan kesihatan
- Menguruskan tayangan TV Pendidikan
- Mengurus peralatan AVA berkaitan pendidikan kesihatan
- Mengurus dan melaksanakan pameran kesihatan
- Mengurus permohonan untuk menderma organ
- Pusat Sumber Pendidikan Kesihatan
Salah satu perkhidmatan utama yang diberikan oleh Unit Pendidikan Pesakit di hospital ialah dengan mewujudkan Pusat Sumber Pendidikan Kesihatan di mana pusat ini membekalkan bahan-bahan pendidikan kesihatan bercetak dan elektronik untuk kegunaan pesakit, ahli keluarga dan orang awam yang memerlukan. Poster, risalah, buku kecil dan flyers adalah bahan-bahan pendidikan kesihatan utama yang diterbitkan di Pusat Sumber ini. Selain itu juga, pusat ini turut menerbitkan bahan untuk kegunaan jabatan lain di hospital seperti banner, bunting, buku program, garis panduan dan lain-lain bahan berdasarkan permintaan. - Merancang, melaksana, menyelia dan menilai program promosi kesihatan di hospital.
Di antara program promosi kesihatan ialah:- Sambutan hari-hari khas yang seperti Hari Diabetes Sedunia, Hari Jantung, Buah Pinggang dan lain-lain mengikut keperluan.
- Promosi Pendermaan Organ
- Program Kempen Anti Merokok
- Program/Kempen Cara Hidup Sihat
- Program promosi kesihatan bersama NGO
- Tayangan TV Pendidikan
Tayangan video kesihatan turut diadakan bagi mendidik para pesakit dan keluarga. Tayangan ini diadakan secara berkala di dalam kawasan hospital samada melalui rancangan tv dalaman ataupun melalui Medik TV. Topik-topik utama berkaitan penyakit, pencegahan dan rawatan serta amalan cara hidup sihat ditayangkan di lokasi-lokasi strategik seperti di ruang-ruang menunggu di Klinik Pakar dan Farmasi. - Pameran Kesihatan
Pameran merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk menyampaikan maklumat dan mendidik pesakit serta pengunjung hospital. Pameran Kesihatan diadakan di tempat-tempat tumpuan seperti di Lobi Utama Hospital, Klinik- Klinik dan Jabatan Kecemasan.Tajuk-tajuk pameran kesihatan juga berubah-ubah mengikut jenis-jenis penyakit/masalah kesihatan dan tema sambutan hari khas kesihatan mengikut bulan tersebut. - Penyelidikan
Kajian turut dilaksanakan di peringkat hospital sama ada oleh UPK sendiri mahupun dengan kerjasama pihak lain. Di antara skop kajian yang dilakukan adalah berkaitan modifikasi tingkah laku kesihatan.
WAKTU BEROPERASI
ISNIN – KHAMIS :
08.00 pagi - 01.00 tengah hari
02.00 petang - 05.00 petang
JUMAAT :
08.00 pagi - 11.30 pagi
02.00 petang - 05.00 petang
PENGENALAN
Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Queen Elizabeth II memulakan perkhidmatan pada tahun 2010.
Unit ini menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja selaras dengan kepakaran dan perkhidmatan yang ada di Hospital ini. Iaitu perubatan kardiologi, pembedahan kardiotorasik, perubatan pediatrik kardiologi, pembedahan neuro, ortopedik am & pembedahan arthroplasty, pembedahan kanser payu dara, pembedahan vaskular, pusat sumber diabetis & penjagaan luka serta perubatan endokrine. Unit ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang dirujuk oleh Pakar / pegawai perubatan atau agensi luar yang berkenaan sebagai pesakit dalam atau pesakit luar.
Sejurus dengan perkembangan perkhidmatan Kepakaran Kardiologi dan Pembedahan Kardiotorasik di negeri Sabah, Unit Pemulihan Carakerja, Hospital Queen Elizabeth II merupakan yang ke-5 dalam Kementerian Kesihatan Malaysia yang berperanan aktif dalam Aktiviti Pemulihan Jantung Fasa 1 Dan Fasa 2.
Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Pemulihan Carakerja U44, dibantu oleh seorang Pegawai Pemulihan Carakerja U41 serta 13 orang Jurupulih Perubatan Carakerja (U29, U32, U36, U38 dan U40) dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.
Lokasi perkhidmatan utama unit ini adalah di Aras 3, manakala aktiviti pemulihan jantung adalah di aras 5, iaitu Unit Pemulihan Jantung Hospital Queen Elizabeth II.
VISI
Mencapai reputasi dalam menyumbang kepada kesihatan umum melalui proses pemulihan ke arah individu yang berdikari dari segi fizikal, mental, sosial, pekerjaan
MISI
Melaksanakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan efektif untuk memenuhi ekspektasi perkhidmatan berkualiti, profesional dan etika kerjaya yang murni serta prihatin selaras dengan masyarakat penyayang selaras objektif, visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
Berstrategi untuk menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang komprehensif terhadap pesakit pelbagai kondisi melalui aktiviti teraputik khusus untuk mencapai kefungsian optimum dalam aktiviti kehidupan seharian, pekerjaan, psikososial dan rekreasi dengan selamat.
PIAGAM PELANGGAN
- Pelanggan akan dilayan dengan mesra dan professional.
- Pelanggan yang dirujuk akan melalui prosedur Pemulihan Carakerja.
- Masa menunggu mendapatkan Perkhidmatan Pemulihan Carakerja adalah dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
- Pelanggan akan diberi temujanji susulan sekiranya rawatan lanjutan diperlukan.
- Pelanggan akan dimaklumkan apabila discaj atau rawatan ditamatkan.
- Perkhidmatan Pemulihan Carakerja akan diberikan mengikut temujanji dan atau keadaan pesakit.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan Pemulihan Carakerja.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit, dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dilindungi dan dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
FUNGSI UTAMA UNIT:
Peranan perkhidmatan pemulihan carakerja adalah menyedia penilaian, rawatan pemulihan fisikal & psikososial dan nasihat kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor atau pakar dan agensi lain supaya pesakit dapat menjalankan kehidupan seharian secara berdikari.
Perkhidmatan yang disediakan Pesakit Dalam dan Pesakit Luar
Jenis Program Rehabilitasi
- Pemulihan Jantung fasa 1 & 2.
- Pemulihan Kardiotorasik fasa 1.
- Pemulihan Neurologi.
- Pemulihan Pembedahan Neurologi.
- Intervensi Pembedahan (Payudara & Kanser dan vascular)
- Pemulihan Perubatan Am.
- Pemulihan Ortopedik. (Am, Pembedahan & Rekonstruktif MikroTangan, Arthroplasty dan sport injury).
- Pemulihan Kesakitan Akut dan Kronik.
- Pemulihan Pekerjaan dan Kembali Bekerja.
- Kesihatan Mental dan Pemulihan Psikososial.
Jenis Modaliti Rawatan
- Penilaian dan latihan kefungsian / pergerakan anggota badan.
- Penilaian dan latihan sensori Assessment and Training
- Penilaian dan latihan kefungsian /persepsi kognitif .
- Splint and Orthotics
- Alat-alat adaptasi / pengubahsuaian dan alat-alat bantuan
- Penilaian dan latihan penggunaan kerusi roda
- Penilaian dan latihan aktiviti penjagaan diri. Activities of Daily Living (ADL)
- Penilaian dan latihan “Instrumental Activity of Daily Living (IADL)”
- Terapi kain tekanan
- Penilaian dan latihan kembali bekerja
- Terapi relaksasi
- Physical Agent Modality
- Lawatan penilaian ke rumah / sekolah / tempat kerja.
- Pendidikan pesakit dan penjaga
TANGGUNGJAWAB PELANGGAN
- Pesakit perlu mengikut temujanji yang ditetapkan.
- Pelanggan perlu membawa bersama dokumen tersebut semasa mendapatkan rawatan
- Kad pengenalan/passport
- Kad temujanji
- Pelanggan perlu menyelesaikan urusan pembayaran sebelum mendapatkan rawatan.
- Pelanggan yang layak mendapat pengecualian bayaran, perlu mengemukakan bersama dokumen terkini yang berkenaan:
- Surat pengesahan
- Orang kelainan upaya (OKU)
- Surat akuan pelajar
- Surat jaminan kerajaan (GL)
- Pelanggan bertanggungjawab memaklumkan perubahan temujanji melalui telefon atau hadir ke kaunter.
- Pelanggan dipohon tidak berkelakuan mengancam keselamatan atau menggunakan perkataan kasar terhadap kakitangan kesihatan.
PENGENALAN
Perkhidmatan Penjagaan Luka dan Stoma di Hospital Queen Elizabeth II ditubuhkan pada Julai 2015. Dianggotai oleh 3 orang Pegawai perubatan, seorang Ketua Jururawat, 3 orang Jururawat U29, seorang Pembantu Pegawai Perubatan U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan.
VISI
Menyediakan perkhidmatan penjagaan luka dan stoma dengan cekap, optimum, efisien dan berinovasi berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan.
MISI
Menjadi perkhidmatan pakar yang cemerlang, menggunakan perawatan yang terkini dan berpatutan dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisme demi kecemerlangan rawatan.
OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan diagnosa, perawatan rehabilitasi yang berkualiti kepada pesakit yang mengalami luka kronik.
- Menyediakan konsultasi dan perawatan pra pasca pembedahan kepada pesakit yang dirancang serta yang telah mempunyai stoma.
- Menggalakkan dan menjalankan program latihan dan penyelidikan serta merancang aktiviti-aktiviti yang akan mendatangkan kemajuan dalam bidang-bidang yang berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
- Sentiasa komited, telus dan cekap di dalam menjalankan kaunseling dan perawatan kepada pesakit.
- Pelanggan dalaman akan menerima rawatan dalam tempoh 24 jam waktu bertugas selepas borang rujukan diterima ketika waktu pejabat.
- Maklumat peribadi, keluarga, penyakit dan rawatan pesakit akan dirahsiakan.
- Perkhidmatan perawatan pelanggan unit akan diberi mengikut giliran dan keutamaan serta keperluan pesakit terutamanya warga emas,, wanita mengandung serta orang kurang upaya.
- Sentiasa menyediakan persekitaran yang kemas, bersih dan selamat semasa perawatan sedang dijalankan.
- Setiap pelanggan luaran akan diperiksa dalam tempoh 90 minit daripada masa temujanji di klinik.
SKOP PERKHIDMATAN
Peranan dan fungsi unit ini dibahagikan kepada tiga komponen:
- Klinikal
- Pengurusan
- Latihan
KLINIKAL
Subkepakaran ini memberi perkhidmatan klinikal termasuk perkhidmatan penggalakan, pencegahan, penyembuhan dan pemulihan di klinik-klinik seperti berikut:
- Klinik Penjagaan Luka Dan Stoma
- Kaunseling pre-op dan post op bagi kes-kes stoma
Sebagai sebuah pusat rujukan negeri Sabah, ia akan memberi perkhidmatan perundingan dalam isu-isu terkini dalam bidang penjagaan luka dan stoma seperti berikut:
- Hospital-hospital daerah tanpa pakar di bahagian Pantai Barat Sabah,
- Klinik-klinik Kesihatan kerajaan di kawasan Kota Kinabalu serta daerah-daerah berdekatan dan
- Klinik-klinik swasta kawasan Kota Kinabalu yang memerlukan rujukan penjagaan luka lanjutan.
PENGURUSAN
Menyediakan statistik peringkat hospital, JKNS serta KKM mengikut jadual yang ditetapkan.
- Melaksanakan aktiviti-aktivit kualiti dan penyediaan laporan seperti, laporan bulanan, laporan tahunan aktiviti unit serta menyediakan takwim unit untuk dimuatkan ke dalam takwim hospital.
LATIHAN
Sesi latihan yang berjadual juga dijalankan:
- Pendidikan Perubatan Berterusan (CNE) unit
- Clinical case discussion
- Seminar dan bengkel penjagaan luka dan stoma peringkat hospital
- Pendidikan Perubatan Lanjutan di dalam atau di luar negeri
- Pusat latihan penjagaan luka dan stoma peringkat negeri anjuran JKNSabah
- Latihan sangkutan kepada paramedic unit kesihatan
- Ceramah latihan post-basic Diabetis KSKB Kota Kinabalu
WAKTU BEROPERASI
Isnin hingga Jumaat – 8.00 pagi – 5.00 petang
HUBUNGI KAMI
Unit Penjagaan Luka & Stoma
Ext - 2064
VISI
Unit ini komited dalam memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dikalangan warga kerja hospital
MISI
Ke arah penjagaan kesihatan dikalangan warga kerja HQE ll agar anggota dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti semasa menjalankan tugas.
OBJEKTIF –
- Untuk menyediakan aksess perkhidmatan yang mudah kepada warga kerja HQE ll
- Memantau saringan kesihatan dikalangan warga kerja berumur 40 tahun ke atas
- Pengesanan awal bagi penyakit “Non Communicable Disease” dikalangan warga kerja
- Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan secara professional, mesra, dan berkualiti.
- Perkhidmatan akan diberi mengikut keutamaan keadaan atau giliran pelanggan. keutamaan diberikan kepada anggota yang datang untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan kemudian anggota yang datang pemeriksaan Medical Check Up 40 tahun ke atas.
- Klinik anggota akan menjaga maklumat kerahsiaan peribadi, penyakit dan rawatan yang diberi kepada pelanggan terjamin.
- Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa serta selamat disediakan.
- Rawatan Primary-care (zon hijau)
- Saringan TB dikalangan anggota
- Menjalankan Medical Surveillence
- Unit Penggangkutan
- Jabatan radiologi
- Unit Sajian
- Pemeriksaan 40 tahun keatas
- Saringan Penyakit Non-cummicable disease (NCD) KPI 3.5
- Sharp Injury Surveillence
- Saringan Hepatitis B
- Medical check up Further study
- Pemberian vaksin ( Influenza, Typoid)
WAKTU BEROPERASI
HUBUNGI KAMI