Moto & Slogan
KAMI SEDIA MEMBANTU
Moto Korporat MOH
BY OVERCOMING, WE SERVE
Moto Perkhidmatan Rawatan Jantung Sabah - Perkhidmatan Teras HQE II
MAKSUD
-
KAMI - Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.
-
SEDIA - Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
-
MEMBANTU - Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.
NILAI-NILAI TERAS
PENYAYANG
- Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.
POFESIONALISME
- Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.
KERJA BERPASUKAN
- Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.
JANJI KAMI
KAMI SEDIA MEMBANTU
KAMI KOMITED TERHADAP KEPERLUAN ANDA
- Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.
KAMI MELAKSANAKAN APA YANG DIRANCANG
- Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.
KAMI BERDEDIKASI TERHADAP TUGAS
-
Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan
KOMITMEN KAMI
-
Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.
-
Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.
-
Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.