Hospital Queen Elizabeth II

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), Kota Kinabalu.

Selaras dengan agenda transformasi digital sektor awam, HQE II komited untuk bergerak seiring dengan kemajuan teknologi demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pelancaran platform digital ini merupakan langkah strategik hospital untuk merapatkan jurang maklumat, sekali gus memudahkan masyarakat setempat mendapat akses pantas kepada informasi perkhidmatan yang telus, berkualiti, dan sahih.
Sejajar dengan pelan pembangunan kesihatan negara, HQE II terus memperkukuhkan peranannya sebagai Pusat Jantung Negeri Sabah (Sabah Heart Centre) di samping menjadi salah satu pusat rujukan kepakaran utama bagi pelbagai bidang perubatan dan pembedahan di negeri Sabah.

Pihak hospital berharap kewujudan laman web ini bukan sekadar portal maklumat, tetapi menjadi jambatan interaktif yang meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan hospital kepada seluruh rakyat. Komitmen HQEII adalah untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, ihsan, dan profesionalisme demi kesejahteraan komuniti.

Sekian. Terima kasih.
Dr. Ferro Firdaus bin Ibrahim
Dr. Ferro Firdaus bin IbrahimPengarah
HOSPITAL QUEEN ELIZABETH II
Hak Cipta Terpelihara © 2026 - Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Queen Elizabeth II: Specialized Services for Your Health Needs