Piagam Pelanggan
TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Queen Elizabeth II
KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Hospital ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
- Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
TARAF PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
- Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
- Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
- Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
PENDIDIKAN KESIHATAN
Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan/Hospital Queen Elizabeth II melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
- Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
- Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.