Hospital Queen Elizabeth II

Kriteria Umum Pelawat atau Penjaga Pesakit di Hospital Queen Elizabeth II semasa Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19 :

 

  1. Berumur 12 tahun dan ke atas
  2. Telah lengkap vaksinasi COVID-19
  3. Tidak tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 (Contoh : mempunyai pelbagai komorbiditi atas sistem imunisasi yang lemah)
  4. Bagi Penjaga kepada kategori pesakit tertentu, perlu menjalani ujian RTK-AG profesional atau kendiri. Ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital
  5. Tidak disyaki menghidapi COVID-19 atau individu dalam pemantauan (PUS)
  6. Tidak mempunyai gejala COVID-19
  7. Mengisi Borang Deklarasi COVID-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan
  8. Hanya dibenarkan 2 orang pelawat bagi satu pesakit pada masa-masa tertentu wad/bagian bukan kritikal atau hanya dibenarkan 1 orang pelawat untuk wad/bagian kritikal dan mengikut ketetapan atau kebenaran dari pegawai perubatan/pakar yang merawat
Hak Cipta Terpelihara © 2023 Hospital Queen Elizabeth II

Hospital Queen Elizabeth II: Specialized Services for Your Health Needs