Jabatan Dietetik dan Sajian

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjadi pusat yang menyediakan perkhidmatan Dietetik dan perkhidmatan sajian yang berkualiti dan komprehensif, latihan dan penyelidikan yang dikendalikan oleh anggota yang professional,cekap dan penyayang dengan menekankan kemuliaan insan selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

Misi

Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan “evidence-based” di samping menyumbang kepakaran dalam bidang  berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.