Pengenalan
Jabatan Farmasi adalah salah satu jabatan dibawah kumpulan sokongan klinikal di Hospital Tawau. Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi (ketua Jabatan) dan dibantu oleh Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, kumpulan sokongan (Penolong Pegawai Tadbir/Pembantu Tadbir) 1 dan Sokongan 2(Pembantu Rendah Am). Bilangan anggota yang bertugas dibawah Jabatan Farmasi adalah 87 orang.
Kedudukan premis adalah berselerak (tidak berpusat) dimana Farmasi Logistik ditempatkan di satu bangunan berasingan, Farmasi Pesakit Dalam (Bekalan wad, farmasi Parentral dan farmasi onkologi) terletak di bangunan lama hospital, Farmasi Pesakit Dalam (Farmasi Wad, Farmakokinetik Klinikal, Perkhidmatan maklumat ubat) berada di bangunan 6 tingkat hospital dan Farmasi Pesakit Luar ditempatkan di bangunan poliklinik Hospital Tawau.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan farmasi Hospital Tawau adalah:
Farmasi Pesakit Luar
- Pendispensan Ubat-ubatan
- Kaunseling Ubat-ubatan & MTAC
Farmasi Pesakit Dalam
- Bekalan Wad/ SATELITTE
- Farmasi Wad
- Perkhidmatan maklumat UbatDIS
- Farmakokinetik Klinikal (TDM)
- Farmasi Parentral (Total Parentral Nutrition)
- Farmasi Onkologi (Cytotoxic Drug Reconstitution)
Farmasi Logistik
- Perolehan ubat & bukan ubat
- Penyimpanan/penstoran
- Pembekalan