Pengenalan
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Tawau telah menjadi pusat rujukan dari Hospital Kunak dan Hospital Semporna (iaitu Hospital Tanpa Pakar), Hospital Lahad Datu dan kadang kala menjadi pusat rujukan dari negara Indonesia. Kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes ibu mengandung atau selepas bersalin yang berisiko tinggi dan memerlukan bantuan kepakaran. Jabatan O&G menyediakan dua perkhidmatan iaitu pesakit luar dan pesakit dalam.
Untuk perkhidmatan pesakit luar ia dijalankan di Klinik Pakar O&G dimana sebelum ini Klinik ini beroperasi di Klinik Pakar poliklinik. Pada 10.04.2017 Klinik O&G mula beroperasi di Bangunan Lama ‘Ground Floor’ dimana Klinik ini mempunyai 5 buah bilik dan setiap bilik dibantu oleh seorang Jururawat Masyarakat. Untuk perkhidmatan pesakit dalam terdapat 5 wad dengan mempunyai jumlah katil rasmi sebanyak 77 buah katil. Wad -wad adalah terdiri daripada:-
i) Wad Antenatal (mempunyai 21 katil rasmi termasuk 1 bilik 1st class)
ii) Wad Postnatal (mempunyai 20 katil rasmi )
iii) Wad Maternity 3/PAC (mempunyai 15 katil rasmi)
iv) Wad Bersalin (mempunyai 7 buah katil untuk bersalin)
v) Wad Ginekologi (mempunyai 21 katil rasmi termasuk 1 bilik 1st class)
Selain daripada 5 buah wad, Jabatan O&G juga mempunyai Unit Laktasi untuk membantu ibu-ibu dalam memberi pendidikan dan penjagaan berkaitan dengan penyusuan susu ibu di Hospital Tawau.
Objektif Jabatan
- Untuk memperbaiki kualiti penjagaan ibu-ibu mengandung dan untuk memastikan keselamatan bayi semasa dilahirkan terutama pada kes-kes yang berisiko tinggi.
- Untuk mengurangkan kadar kematian dan kecacatan ibu dan bayi.
- Memastikan kelahiran bayi yang sihat dan normal dengan adanya penjagaan ibu mengandung yang berkualiti.
- Untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada ibu-ibu semasa bersalin.
- Untuk mengurangkan komplikasi selepas bersalin dan mempercepatkan penyembuhan.
- Memberi pendidikan dan bimbingan kesihatan kepada ibu-ibu.
- Memastikan 10 Langkah Ke arah Menjayakan Penyusuan Susu Ibu sentiasa diamalkan oleh semua anggota yang ditugaskan di Unit ini.
- Untuk memberi diagnosa, rawatan termasuk pembedahan yang tepat, berkesan serta memberi keselesaan kepada pesakit wanita yang mempunyai sakit puan.
Skop Perkhidmatan
- Memberi perkhidmatan kaunseling sebelum mengandung, penjagaan ibu sebelum bersalin semasa bersalin dan selepas bersalin.
- Menjadi tempat rujukan untuk kes-kes O&G dari hospital-hospital pantai timur sabah dan dari negara seberang iaitu Indonesia.
- Membuat lawatan ke hospital daerah seperti Hospital Kunak dan Hospital Semporna.
- Menjaga ibu bersalin yang normal dan berisiko.
- Penjagaan ibu dan bayi selepas bersalin.
- Memberi Perkhidmatan Immunisasi awal.
- Memberi Perkhidmatan rujukan kemandulan dan reproduksi.
- Memberi Perkhidmatan Gynae-Oncology.
- Mengutamakan dan mempromosikan Penyusuan Susu Ibu melalui “Baby Friendly Initiative”.
- Mengendalikan kes-kes Rogol dan “Domestic violence” yang melibatan polis.
- Memberi Pendidikan kesihatan melalui forum dan kursus.
- Memberi Perkhidmatan “Home Retrieval Team”(HRT) untuk kes ibu mengandung dan selepas bersalin yang bermasalah samada di rumah atau di klinik swasta.