Pengenalan Perkhidmatan Pakar Otorinolaringologi dimulakan pada tahun 1995 yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar. Pada masa tersebut beliau hanya dibantu oleh seorang Pembantu Perubatan dan Penolong Jururawat.Untuk Pesakit Dalam, Jabatan ini diperuntukan 5 buah katil dan berkongsi dengan Jabatan Oftalmology dan Jabatan Bedah Mulut
Perkhidmatan Yang disediakan:
1. Menyediakan Rawatan Pesakit Luar yang datang ke klinik pakar.
2. Menyediakan Rawatan Pesakit dalam kepada pesakit yang dimasukkan ke wad.
3. Memeriksa dan Merawat kes-kes rujukan.
4. Menyediakan rawatan bagi semua kes kecemasan yang melibatkan masalah telinga,hidung & tekak.
5. Menyediakan rawatan konsultasi dan menyelaras perkhidmatan Otorinolaringologi.
6. Menjalankan Pembedahan ke atas kes-kes yang memerlukan pembedahan.
7. Menyediakan perkhidmatan ujian pendengaran bagi semua kes-kes yang melibatkan masalah telinga/pendengaran.
8. Menyediakan perkhidmatan pemulihan pertuturan bagi semua kes-kes yang melibatkan masalah pertuturan.
9. Memberi Pendidikan Kesihatan kepada pesakit.
10. Menjalankan perkhidmatan rawatan pakar Otorinolaringologi ke hospital Semporna,Kunak dan Lahad Datu