Jabatan Pediatrik

Pengenalan

Jabatan pediatrik merupakan salah satu unit di hospital Tawau yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun ke bawah. Ianya merangkumi :

i)   Wad SCN level 1,2,& 3

ii)  Wad Pediatrik Medical 1(CMW1)

iii) Wad Pediatrik Medical 2(CMW2)

iv) Pediatrik High Dependency Unit (PHDU)

v)  Pediatrik Intensive Care Unit (PICU)

vi) Pediatrik Klinik

Objektif

Memberikan perkhidmatan yang berkualiti melalui pencegahan, pengesanan awal, perawatan perubatan, perawatan kejururawatan dan rehabilitasi kepada kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun kebawah dengan kerjasama  jabatan yang berkaitan dani bubapa/penjaga.

Skop Perkhidmatan

1.  Jabatan pediatrik berfungsi untuk memberi keperluan penilaian diagnosa, rawatan perubatan, jagaan perawatan kejururawatan dan rehabilitasi kepada bayi baru lahir sehingga 27 hari yang memerlukan jagaan di SCN dan kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun di wad wad pediatrik, PHDU dan PICU.

2.  Perawatan merangkumi rawatan bagi pesakit-pesakit Medikal, Penyakit berjangkit, Orthopedik, Surgikal  dan pesakit yang memerlukan perawatan paliatif.

3.  Perkhidmatan unit/wad berjalan 24 jam sehari.

4.  Menjalankan promosi kesihatan kepada pesakit , ibubapa/penjaga/ahli keluarga pesakit dengan memberikan pendidikan kesihatan secara individu atau secara berkumpulan.

5.  Memberi khidmat immunisasi kepada  bayi yang belum diberi imunisasi semasa lahir dan kanak-kanak yang tercicir dari jadual imunasasi jika tiada kontraindikasi.

6.   Menyokong  dan mengekalkan status hospital “Baby Friendly”.

7.   Membuat rujukan untuk rawatan selanjutnya ke hospital-hospital lain seperti rujukan ke Hospital Wanita & kanak-kanak Likas Kota Kinabalu ataupun  rawatan susulan  pesakit ke Klinik Kesihatan.

8.   Membuat rujukan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk Kes-kes bayi dan kanak-kanak yang perlu seperti kes bayi yang ditinggalkan, kes dera kanak-kanak dan Kes rogol kanak-kanak.

9. Transfusi darah untuk pesakit talasemia dan chemotrapi bagi pesakit onkologi pediatrik.

10. Latihan untuk pegawai perubatan siswazah, jururawat/KPSL dan lain-lain pelatih kesihatan berkaitan perawatan general dan specifik pediatrik.

11.Memantau dan menjalankan aktiviti kualiti selaras dengan keperluan KKM,JKNS dan Hospital Tawau.