Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah dibuka pada 1 hb. Disember 2013 dan memberi perkhidmatan yang terdiri daripada :
- Wad
- Klinik
- Community Psychiatry Unit (CPU)
- Program saringan pelajar masalah pembelajaran di sekolah-sekolah.
- Rawatan Electroconvulsive Therapy (ECT)
Perkhidmatan Yang Disediakan
Wad Psikiatri
Wad Psikiatri mempunyai 2 wad yang berasingan iaitu wad lelaki dan wad perempuan. Mempunyai 20 katil rasmi dan masing-masing 14 katil untuk wad lelaki dan 6 katil untuk wad perempuan.
Kakitangan Wad Psikiatri ini bertugas pada 3 shift iaitu shift pagi,shift petang dan shift malam. Setiap shift hanya seorang Jururawat atau Penolong Pegawai Perubatan sahaja yang bertugas dengan dibantu oleh seorang Pengawal Keselamatan.
Jabatan Psikiatri menerima rujukan sebagai Hospital Kluster iaitu daripada Hospital Lahad Datu, Hospital Kunak dan Hospital Semporna.
Klinik Psikatri
Klinik Psikiatri telah beroperasi dibangunan 6 tingkat sejak bulan Julai 2017 setelah dipindahkan dari Klinik Pakar. Klinik Psikiatri beroperasi 3 kali seminggu iaitu setiap hari selasa, rabu dan khamis. Kedatangan pesakit setiap sesi klinik lebih kurang 35 orang.
Semua Rekod Perubatan Pesakit (RPP) disimpan di klinik Psikiatri. Bagi RPP yang berkaitan dengan disiplin yang berlainan akan dirujuk ke klinik untuk proses peminjaman samada pesakit dimasukkan ke wad atau pesakit mempunyai temujanji di lain disiplin.
Community Psychiatry Unit (CPU)
Hanya 2 orang Jururawat yang bertugas masa pejabat untuk mengendalikan kes-kes komuniti.
Antara tugas-tugas komuniti adalah :
- Menerima rujukan @ kes baru dari klinik / wad psikiatri.
- Mengenalpasti gejala relaps dan kesan sampingan,.
- Memberikan ubat-ubatan dan suntikan kepada pesakit mengikut arahan doctor,
- Membuat penilaian dan mengedsan masalah bagi kategori akut atau asertif.
- Membantu doktor mengulangkaji keadaan pesakit dan melaporkan kemajuan pesakit dari segi mental, fizikal dan Activity Daily Living serta sokongan keluarga.
- Memberi psychoeducation khidmat nasihat dan kaunseling kepada pesakit, Keluarga atau rakan serumahbagi meningkatkan kefahaman dan mengurangkan stigma kepada pesakit psikiatri.
Program Saringan Pelajar : Masalah Pembelajaran di sekolah-sekolah.
Beroperasi sejak bulan Oktober 2016. Dijalankan di 10 buah sekolah dalam DaerahTawau. Seorang pakar, seorang pegawai perubatan dan seorang jururawat yang bertugas dalam program ini. Bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan murid-murid diperingkat awal seperti Autism, Hyperactive, Inattentiveness, Mental Retardation. Lebih kurang kehadiran murid-murid 30 – 40 orang setiap sesi.
Rawatan Electroconvulsive Therapy (ECT)
Prosedur Electroconvulsive (ECT) adalah suatu tindakan terapi dengan menggunakan aliran elektrik dan menimbulkan kejang pada pesakit tonik mahupun klonik. Tindakan ini adalah bentuk terapi pada pesakit dengan mengalirkan arus elektrik melalui elektrod yang dilekatkan pada dahi pesakit untuk mewujudkan kekejangan grandmal.
Dijalankan di dewan bedah dengan dibantu oleh pegawai perubatan anesthesia. Beroperasi sejak Jun 2017 dengan kehadiran pakar pskiatri.