Pengenalan
Jabatan Radiologi mula beroperasi pada tahun 1963 dengan 2 bilik X-Ray dan mengendalikan pemeriksaan radiografi am sahaja. Pada tahun 1996, perkhidmatan ditambah dengan satu bilik x-ray biasa di Klinik Pakar diikuti dengan perkhidmatan CT Scan and Ultrasound pada tahun 2002. Jabatan ini juga menerima pesakit daripada Hospital Daerah dan Klinik-Klinik swasta.
Skop Perkhidmatan
- Melakukan pemeriksaan radiografi AM.
- Melakukan pemeriksaan radiografi khas seperti CT Scan dan Ultrasound.
- Melakukan pemeriksaan radiografi di wad dan kecemasan.
- Melakukan pemeriksaan IVU.
- Melakukan pemeriksaan Intervensi Radiologi seperti Lung Biospy, Drainage dan sebagainya.
- Menyediakan Laporan Radiologi untuk pemeriksaan perubatan.
- Menyediakan Laporan MRI.
- Menyediakan perkhidmatan menyimpan dan tracing rekod radiologi (filem x-ray dan salinan laporan pemeriksaan khas).