Unit Kejururawatan

Pengenalan

Unit Kejururawatan di Hospital Tawau  bermula sejak tahun 1940an dan diketuai oleh Matron Gerturde Domingo pada Febuari 1946  dengan anggota kejururawatan sebanyak 5 orang dengan 50 buah katil  sahaja. Pada tahun 1968, Hospital Tawau telah dirasmikan oleh YAB Tunku Abdul Rahman dan selepas itu Hospital Tawau mula berkembang dengan jumlah kejururawatan seramai 132 orang dan kini ianya terus berkembang yang mana Hospital Tawau mempunyai bilangan anggota Jururawat seramai 738 orang dengan jumlah katil beroperasi sebanyak 401.

Visi

Meyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui kecemerlangan profesyen kejururawatan.

Misi

Bahagian kejururawatan kommited:

  1. Menyampaikan penjagaan pesakit yang berkualiti dengan kemudahan sedia ada.
  2. Meningkatkan profesyen kejururawatan dan mengalakkan  penelidikan.
  3. Menggunakan sumber-sumber baru dalam teknologi maklumat informasi (ICT) untuk penyampaian sistem perkhidmatan.

Skop Perkhidmatan

  1. Pengurusan penempatan dan pertukaran anggota Kejururawatan
  2. Meluluskan cuti anggota kejururawatan.
  3. Pengisian jawatan/perbelanjaan Kejururawatan.
  4. Pengurusan latihan basik dan pos basik dan Pendidikan berterusan dalam Hospital.
  5. Pengurusan Lesen Pengamalan Kejururawatan tahunan untuk anggota Kejururawatan.
  6. Pengurusan Tindakan Tatatertib.
  7. Menyelaras bersama dengan Ketua Pengurusan Kejururawatan untuk semua laporan yang diperlukan.