Unit Kewangan & Hasil

Seksyen Kewangan berperanan dalam memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan. Ia juga bertanggungjawab dalam pengurusan gaji kakitangan.

Unit Hasil berperanan dalam mengutip segala hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital.

Kauter-kaunter yang berada di bawah seliaan Unit Hasil ialah :

  • Kaunter Pendaftaran dan Pembayaran Pejabat Hasil Utama
  • Kaunter Pendaftaran dan Pembayaran Unit Kecemasan
  • Kaunter Klinik Pakar

Skop Perkhidmatan

Unit Kewangan

  • Memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan
  • Memproses pembayaran gaji bagi kakitangan baru/kontrak/sambilan serta memastikan semua dokumen dihantar ke Pejabat Perakaunan mengikut tarikh yang ditetapkan
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pada pelanggan demi meningkatkan imej hospital.Memproses permohonan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer bagi kakitangan yang layak.

Unit Hasil

  • Mengutip hasil hospital melebihi 80%
  • mengurangkan tunggakan hasil melebihi 20% selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Pendaftaran pesakit yang dirujukkan untuk masuk ke wad.
  • Menerima segala kutipan hasil seperti :
  • Deposit kemasukan ke wad
  • Bayaran bil Hospital Tawau
  • Bayaran Laporan Perubatan
  • Bayaran Sewa Premis
  • Bayaran Balik Gaji Kakitangan
  • Bayaran Balik Asrama
  • Bayaran Balik Bil Air dan Elektrik
  • Bayaran Deposit External Fixator
  • Menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai/bank draft/wang pos/kiriman wang/ kad kredit dan secara online melalui akaun bank RHB.
  • Mengembalikan baki wang cagaran kepada pesakit/waris.
  • Menerima dan mengendalikan Surat Jaminan Pesakit yang diterima melalui fax atau pun pos.