Unit Khidmat Pengurusan

Bahagian Pentadbiran merupakan salah satu daripada tujuh Bahagian di dalam Jabatan Pengurusan. Bahagian ini terbahagi kepada lapan unit seperti berikut :

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Keselamatan Hospital
  • Unit Perpustakaan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Pengurusan Asrama

Secara amnya Bahagian Pentadbiran bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pengurusan Am, surat-menyurat, fail, pengangkutan, kemudahan penginapan kuarters/ asrama, perkhidmatan pelanggan,  pengurusan pejabat dan keselamatan hospital.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Penerimaan Surat Rasmi, Berdaftar dan Persendirian -Merekodkan surat-surat rasmi yang diterima secara berdaftar.
  • Penyediaan dan Penghantaran Surat Pos Biasa, Berdaftar dan Pos Laju. – Surat yang dihantar diasingkan mengikut alamat agensi dan membuat penyata surat-surat yang dihantar mengikut keperluan penghantaran.
  • Permohonan Membuka Fail Baru Jabatan, Penutupan – Dan Pelupusan Fail. Pembukaan dan Penutupan fail menggunakan Panduan Sistem Fail yang dikeluarkan oleh MAMPU, manakala Pelupusan Fail adalah mengikut Panduan oleh ARKIB NEGARA.
  • Permohonan Penggunaan Kenderaan Jabatan – Memberi kemudahan kepada pegawai dan anggota menjalankan tugas-tugas resmi di luar jabatan.
  • Pengendalian Peruntukan Kenderaan Pegawai Gred Khas – Menguruskan peruntukan kenderaan kepada pegawai gred khas tertinggi setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan disediakan oleh pihak Vendor.
  • Menyediakan Pelekat Kenderaan Kakitangan – Bagi mengenal pasti kenderaan keluar-masuk yang digunakan oleh pegawai dan anggota hospital, pelekat kenderaan bagi kereta dan motor disediakan.
  • Menguruskan Permohonan Telefon Bimbit – Pegawai- pegawai Gred 54 ke atas yang memohon akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan setelah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan.
  • Permohonan Talian Telefon Sambungan Dalaman – Menguruskan permohonan talian telefon untuk dipindahkan lokasi, manambah talian sambungan dan permohonan sambungan baru.
  • Permohonan Kuarters, Asrama Jururawat dan Doktor Atas Panggilan. – Memberi kemudahan peruntukan kuarters kepada anggota yang layak setelah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Perumahan. – Memberi kemudahan peruntukan asrama bagi Jururawat yang baru dilantik dan bertukar masuk ke Hospital Tawau. – Memberi kemudahan penginapan kepada Doktor yang bertugas Atas Panggilan di Kompleks Doktor On-Call.
  • Urusan Tempahan Bilik Mesyuarat dan Tempahan Makanan – Menyediakan kemudahan Bilik Mesyuarat bagi pegawai dan anggota yang memerlukan dan penyediaan tempahan makan dan minum jika ada.- Kemudahan juga disediakan untuk anggota pelawat dan lawatan yang dibuat ke Hospital Tawau.
  • Menyediakan Kad Pengenalan Jabatan Hospital Tawau – Memproses kad pengenalan jabatan bagi pegawai dan anggota Hospital Tawau.
  • Kawalan dan Keselamatan Hospital Tawau – Bertanggungjawab menyelaras kawalan keselamatan dan perlindungan dan memastikan sistem keselamatan berfungsi dengan baik.
  • Menyelaras Permohonan Penilaian Semula Sebutharga Radicare – Menyedia , menyelaras dan merekod permohonan penilaian semula sebutharga dari Radicere dan pandangan daripada syarikat perunding (SIHAT)
  • Menyelaras kerja-kerja Imbuhbalik (Reimbursable Work) – Menyelaras,merekod dan memantau pelaksanaan projek FIZIKAL dan pengurusan kerja-kerja Imbuhbalik Radicare dan kontraktor luar