Unit Pengurusan Aset

Unit Pengurusan Aset adalah sebuah unit di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset di Jabatan Pengurusan Hospital Tawau. Unit Pengurusan Aset melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan secara menyeluruh di peringkat hospital yang merangkumi aktiviti pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan, peminjaman, pemindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset

Skop Perkhidmatan

  • Menguruskan pendaftaran aset yang diterima dengan merekod penerimaan aset dan membuat pelabelan.
  • Mengendalikan pemeriksaan aset sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi setiap aset yang didaftarkan.
  • Merekod, menyelia dan memantau penyelenggaraan aset yang dibuat oleh pihak konsesi.
  • Menguruskan aktiviti pemindahan dan peminjaman aset di dalam hospital ataupun ke hospital lain.
  • Menerima permohonan pelupusan dan menjalankan proses pelupusan aset.
  • Melaporkan kehilangan aset dan melakukan tindakan hapus kira aset.
  • Menguruskan permohonan kelulusan bagi penerimaan hadiah.