Unit Perolehan adalah sebuah unit di Jabatan Pengurusan Hospital Tawau. Unit Perolehan menguruskan pendaftaran pembekal untuk Hospital Tawau. Disamping itu, unit ini memproses pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan pesanan tempatan. Selain itu, unit ini menguruskan sewaan ruang premis, penyewaan mesin pejabat dan penghantaran gas LPG di hospital ini
Skop Perkhidmatan
- Merekodkan pendaftaran pembekal
- Menguruskan pembelian terus dan sebutharga bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
- Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan bagi sistem e-spkb dan e-perolehan
- Menguruskan sewaan premis hospital
- Menguruskan sewaan mesin pejabat