Pengenalan
Seksyen Perpustakaan telah berjaya membangunkan koleksi buku-buku perubatan dan bukan perubatan, majalah dan jurnal perubatan kepada semua kakitangan. Antara koleksi buku termasuklah buku perubatan, buku kumpulan sokongan, pekeliling-pekeliling perkhidmatan dan juga buku koleksi sasterawan negara. Kesemua buku ini boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan..
Antara tanggungjawab Seksyen Perpustakaan adalah seperti berikut :
- Menjadikan pusat sumber maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori
- bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, penyelidikan, latihan pendidikan dan pembelajaran berterusan.
- Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti , lengkap, sistematik dan terkini.
- Menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyedia dan memaksimumkan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Perkhidmatan Sirkulasi
- Pinjaman/Borrowing
- Pemulangan/Returning
- Pembaharuan/Renewing
- Perkhidmatan Internet
- Perkhidmatan pencarian maklumat menggunkan internet dan perkongsian maklumat dengan menggunakan komputer di bilik komputer yang disediakan.
- Perkhidmatan Bilik Perbincangan
- Perkhidmatan ini disediakan untuk semua pengguna perpustakaan mengadakan perbincangan secara berkumpulan di perpustakaan.
- Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
- Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi keperluan pengguna dengan mendapatkan bahan buku dan artikel dari organisasi-organisasi lain.
- Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan
- Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data yang disediakan.
- Jurnal Atas Talian (e-journal) Perkhidmatan mengakses Jurnal Atas Talian (e-journal) boleh dibuat melalui Portal Virtual Library Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua kakitangan hospital boleh mengakses kepada pangkalan data yang telah disediakan