Unit Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Objektif

Memantau dan Memberi Khidmat Sokongan Teknikal kepada
Peralatan dan Perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta Hospital Tawau agar boleh digunakan dengan baik selain untuk membantu Kakitangan Hospital menangani masalah berkaitan ICT bagi
membolehkan mereka bekerja dengan lebih mudah dan teratur.

Misi

  • Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang relevan kepada Hospital Tawau bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
  • Memberikan bantuan sokongan teknikal kepada warga Hospital Tawau bagi menjamin perkhidmatan dapat diberikan secara berterusan.
  • Mengoptimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya ICT di kalangan warga Hospital Tawau sejajar dengan matlamat negara.

Visi

Untuk membantu Pengurusan Hospital Tawau, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi mencapai misinya dengan lebih cekap dan berkesan

Skop Perkhidmatan

  • Merancang dan menyediakan infrastruktur ICT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik;
  • Menyediakan perkhidmatan dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan projek-projek ICT KKM dan aplikasi Kerajaan Elektronik di peringkat Hospital Tawau;
  • Menyelenggara peralatan ICT dan rangkaian di Hospital Tawau supaya dapat  berjalan dengan lancar.

Dasar Keselamatan ICT KKM

Polisi Keselamatan Siber

Polisi Operasi ICT