Unit Audiologi

Pengenalan

Perkhidmatan  Unit  Audiologi  di  Hospital  Tawau  telah  dimulakan  pada  tahun  2007  dan dikendalikan  oleh  seorang  Pegawai  Pemulihan  Perubatan  (Pendengaran)  atau  lebih  dikenali  sebagai Audiologis  yang  terlatih  dalam  bidang  ini.  Hospital Tawau merupakan hospital berpakar dan menjadi hospital rujukan utama bagi kawasan pantai  timur  Sabah.  Oleh  itu,  Unit  Audiologi  turut  menjadi  rujukan  utama  bagi  daerah-daerah berhampiran iaitu Kunak, Semporna dan Lahad Datu selain rujukan dari klinik-klinik dan hospital-hospital lain  yang  berhampiran  terutama  dari  kawasan  pedalaman  dan  ladang. 

Hospital  Tawau  turut  menjadi rujukan  utama  dari  negara  Indonesia  dan  Filipina  memandangkan  Tawau  terletak  berhampiran sempadan Indonesia-Malaysia dan Filipina-Malaysia. Untuk  makluman,  Unit  Audiologi  turut  menjalankan  lawatan  pakar  ke  Hospital  Semporna  dan Hospital  Lahad  Datu  dengan  kekerapan  sekali  dalam  sebulan  untuk  Hospital  Lahad  Datu  dan  sekali dalam  masa  dua  bulan  bagi Hospital  Semporna. 

Selain  itu,  lawatan  ke  sekolah-sekolah  rendah  sekitar Tawau  turut  dijalankan  bersama-sama  Jabatan  Psikiatri  dengan  kekerapan  satu  atau  dua  kali  dalam sebulan pada sesi pagi hari Jumaat

Saringan Pendengaran Bayi