Pengenalan
Mula diperkenalkan di Hospital Tawau pada September 2013 dimana ketika itu seorang pesakit di rujuk dari Hospital Sandakan untuk di pindahkan rawatannya ke Hoapital Tawau. Ketika ini hanya seorang Ketua jururawat yang trained Post Basic Renal yang mengendalikan rawatan CAPD. Kemudian seorang pesakit lagi pertama kali dibuat pemasangan tenckoff di Hospital Tawau pada Desember 2013. Kedua-dua pesakit ini rawatan perbelanjaannya ditanggung oleh Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu hasil dari persetujuan daripada pakar Nefrologi . Unit CAPD merupakan salah satu unit di bawah jagaan Jabatan Nefrologi
Unit CAPD atau di kenali dengan nama Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis mula beroperasi sepenuhnya pada Januari 2014. Seramai 5 orang pesakit baru lagi telah dimasukkan ke dalam rawatan ini atas arahan pakar ‘Nephrologist’dan seramai 7 orang pesakit sehingga di penghujung tahun 2014. Ketika ini Unit CAPD bergabung bilik dalam unit Hemodialisis yang mana mempunyai hanya 2 bilik di gunakan untuk rawatan berkenaan.
Oleh kerana pesakit semakin bertambah, Unit CAPD telah di pindah kan ke unit baru iaitu sebelah kanan wad Pialatif , di belakang Taman Medical dan berdepan dengan laluan utama pintu masuk belakang Hospital Tawau. Unit baru ini mempunyai 4 bilik semuanya iaitu bilik kaunseling, bilik Ketua Jururawat, bilik rawatan dan bilik stor. Pada awal tahun 2018 pesakit telah bertambah seramai 16 orang semuanya, 14 MOH dan 2 orang pesakit di tanggung oleh Socso. Pada masa yang sama juga sebuah APD mesin yang sedia ada di bekalkan di unit ini untuk kegunaan pesakit yang ada fluid overload.