Pengenalan
- Unit ini mula ditubuhkan pada tahun 1990 dimana seorang jurupulih carakerja telah ditempatkan buat pertama kalinya.
- Pada tahun 1999, pejawatan telah bertambah menjadikan dua orang jurupulih pada ketika itu telah memberi khidmat pemulihan carakerja.
- Selepas itu unit ini telah berkembang sehingga pada hari ini dimana terdapat seorang pegawai pemulihan carakerja U41, seorang JPCK U38, seorang JPCK U36, dua orang JPCK U32, dan 12 orang JPCK U29.
Visi
- Bahagian Pemulihan Carakerja Hospital Tawau menyokong visi Hospital Tawau menjadi pusat kecemerlangan, di mana penyertaan perkhidmatan Pemulihan Carakerja memainkan pengaruh yang patut dibanggakan untuk memperolehi kecemerlangan penjagaan kesihatan melalui kewajipan bersama kepada profession, institusi dan juga dedikasi kepa kebajikan dan maruah manusia.
Misi
- Kualiti amalan Pemulihan Carakerja akan dilaksanakan dengan pemilihan, latihan, penyediaan dan internalisasi nilai-nilai korporat yang tinggi seperti penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan.
- Penyediaan kepelbagaian dan kepakaran dalam skop Pemulihan Carakerja membolehkan pegawai atau jurupulih pemulihan carakerja untuk meningkatkan lagi minat mereka dan mencapai tahap yang lebih tinggi dalam bidang ini.
- Pemulihan Carakerja akan mencapai kerjasama yang berkesan daripada kumpulan penjagaan kesihatan bukan sahaja melalui pengetahuan profesional, amalan berasaskan kajian (evidence-based) tetapi juga sensitivity mereka untuk bertindak balas kepada pengaruh luar berkenaan penjagaan kesihatan.
Objektif
- Untuk membantu dalam mempertingkatkan tahap kefungsian harian individu melalui perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti bagi mencegah ketidakupayaan.
- Melaksanakan kajian aktiviti kualiti yang berkaitan bagi mempertingkatkan kualiti, efisiensi dan keberkesanan perkhidmatan.
- Bekerjasama dengan disiplin lain bagi mencapai misi, visi dan objektif Hospital Tawau.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Musculoskeletal Rehabilitation
- Stroke Rehabilitation
- Neurosurgical Rehabilitation
- Psychiatric Rehabilitation
- Child Psychiatric Rehabilitation
- Spinal Cord Injury Rehabilitation
- Amputee Rehabilitation
- Pediatric Rehabilitation
- Surgical & Burn Management
- Home Assessment
- Work Assessment
- Driving Assessment
- Return to work programme
- Supported Employment