Pengenalan
Unit Perkhidmatan Bahan Steril adalah satu unit perkhidmatan untuk memproses dan membekal peralatan pembedahan, soft dressing dan linen yang steril. Ia memainkan peranan yang amat penting di hospital kerana fungsi utama unut ini adalah mengawal dan mencegah jangkitan. Cara pencucian, teknik pembungkusan dan pensterilan yang betul dapat melindungi pesakit dan kakitangan daripada jangkitan kuman.
Pada tahun 1999, atas inisiatif seorang Ketua Jururawat yang mempunyai Pos Basik pensterilan dalam pengamalan pensterilan dan disokong oleh Pengarah Hospital dan Penyelia jururawat. Unit Perkhidmatan Bahan Steril telah dimulakan pada Februari 1999 yang dianggotai oleh 4 orang kakitangan iaitu Ketua Jururawat, Penolong Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Operator Autoclave.
Untuk memulakan perkhidmatan tersebut, dengan sokongan Penyelia Jururawat, Persatuan Jururawat (SANA) Tawau telah mengadakan ‘food fair’ utuk mendapatkan sumber kewangan bagi membantu Hospital Tawau membeli peralatan untuk ‘soft dressing’. Beberapa set dressing telah dibeli untuk keperluan di Wad Orthopedik dan juga set-set untuk kegunaan pembedahan.
Pada tahun 2002, Unit Perkhidmatan Bahan Steril bertempat bertempat di Bilik Lama Makmal berdekatan Unit Haemodialisis, telah dipindahkan ke lokasi bersebelahan Unit Sajian disebabkan ketiadaan ruang yang mencukupi bagi kemudahan pencucian. Unit ini hanya melakukan aktiviti pembungkusan dan menerima alat/set terpakai yang telah sedia dicuci oleh pengguna masing-masing.
Pada Ogos 2008, unit ini telah berpindah ke Blok Bangunan Baru Aras 2 dan telah memulakan pencucian peralatan dari wad.
Pada Mei 2010, unit ini juga telah mula mengambil alih pencucian dan pembungkusan set orthopedik dari Dewan Bedah.
Pada tahun 2011, unit ini mempunyai seramai 29 orang kakitangan diketuai oleh seorang Ketua Jururawat U32, 7 orang Jururawat U29, 10 orang Jururawat Masyarakat U19, 1 orang Penolong Jururawat U14, 1 orang Operator Autoclave R6, 1 orang Operator Autoclave R3, 6 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3
Pada Februari 2014, peralatan surgery telah diambil alih untuk pencucian dan pembungkusan manakala peralatan O&G pada Oktober 2014.
Pada Februari 2015, proses pencucian dan pembungkusan peralatan EYE dan ENT juga telah diambil alih sepenuhnya.