Pengenalan
Unit Dewan bedah adalah merupakan unit guna sama semua department dan dilengkapi dengan kemudahan seperti ‘Pipe in oxygen, compress air dan pipe in vacum. Mempunyai satu ‘Air lock’ 4 bilik bedah utama yang dilengkapi dengan peralatan seperti monitor pesakit, mejabedah electronic/manual, GA Mechinedan lain-lain yang boleh dikawal selia setiap masa, satu Ruang Pemulihan untuk menempatkan pesakit yang telah menjalani pembedahan untuk memastikan pesakit benar-benar sedar serta selamat sebelum di hantar balik kewad / unit masing-masing.
Objektif
- Mengutamakan keselamatan pesakit sepanjang proses perawatan di Jabatan Anaesthesia & Rawatan Rapi
- Melahirkan kakitangan jabatan yang berpengetahuan & berkemahiran tinggi untuk memyediakan perkhidmatan kesihatan secara holistik & komprehensif
- Melaksanakan proses pengajaran & pembelajaran dalam kalangan jabatan sejajar dengan perkembangan terkini dalam bidang Anaesthesia & Rawatan Rapi
- Mempromosi dan menggalakkkan budaya penyelidikan dalam kalangan kakitangan jabatan
Fungsi Utama Dewan Bedah
- Memberi perkhidmatan Pembedahan berkualiti kepada semua pesakit yang memerlukan.
- Memberi perkhidmatan diagnostic dan teraputik mengikut keperluan dan jadual yang ditetapkan.
- Sebagai pusat rujukan.
- Mewujudkan pusat latihan kepada pelajar-pelajar siswazah.
- Memberi sumber maklumat kepada keluarga yang akan menjalani pembedahan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memberipenjagaan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit sebelum, semasa dan selepas pembedahan.
- Mengadakan Perkhidmatan Klinik Anestesia kepada pesakit untuk menilai keadaan fizikal dan persediaan mental sebelum pembedahan elektif dijalankan.
- Memastikan semua pembedahan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan untuk semua disiplin.
- Menyediakan perkhidmatan 24 jam.
- Menjalinkan rangkaian perkhidmatan dengan lain-lain hospital / Klinik.
- Memberi perkhidmatan “Acute Pain Service” kepada pesakit selepas menjalani pembedahan.
- Memberi perkhidmatan “Day care Surgery” untuk kes Surgikal dan Orthopedik setiap hari selasa dan khamis (2.00 petang sehingga 5.00 petang)
- Memberikan perkhidmatan respon awal bagi kes-kes kecemasan contoh”Red Alert”.