Unit Fisioterapi

Pengenalan

Perkhidmatan Fisioterapi di Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan khidmat klinikal dengan menggunakan kaedah curative, rehabilitative, promotive and preventive untuk membantu perawatan pesakit yang mengalami penyakit yang melibatkan anggota badan. Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi / Jurupulih Perubatan Fisioterapi berperanan sebagai pemberi khidmat utama perkhidmatan ini. Untuk penjagaan pesakit secara curative dan rehabilitative, prosedur yang diguna pakai terdiri dari proses menilai serta menganalisa pergerakan, struktur dan fungsi anggota badan, mengenal pasti ketidakupayaan, membuat perancangan, melakukan perawatan dan menilai semula keadaan pesakit. Manakala bagi aspek promosi kesihatan dan preventive, kaedah pendidikan kesihatan digunakan.

Visi

Menyampaikan Perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang, berteknologi tinggi dan menepati keperluan segenap lapisan masyarakat kearah meningkatkan kualiti hidup.

Misi

  1. Komited menyediakan Perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan cost-effective serta perihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat.
  2. Melahirkan tenaga kerja professional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan berdasarkan piawaian kebangsaan/antarabangsa.
  3. Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
  4. Mewujudkan suasana dan mekanisma untuk mengukuhkan kolaborasi pelbagai sektor, agensi kerajaan, dan bukan kerajaan untuk mencapai Visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Objektif

  1. Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi.
  2. Memberi Perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif, dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang profesioanl, berpengetahuan terkini, berkemahiran tinggi berasaskan evidence-based practice (EPB) dan mempunyai pengkhususan dalam pelbagai bidang.
  3. Memberi perkhidamatan yang berkesan berasaskan EBP.
  4. Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga atau waris dalam proses rawatannya melalui pendidikan kesihatan.
  5. Memberi perkhidmatan yang mesra-pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM.

Fungsi Perkhidmatan

Antara fungsi Perkhidmatan Fisioterapi adalah:

  • Memberi perawatan curative and rehabilitative kepada pesakit yang mempunyai ketidakupayaan akibat pelbagai jenis penyakit dan kecederaan.
  • Memberi perkhidmatan preventive dan promotive kepada komuniti.
  • Mengambil bahagian dalam program latihan professional kepada pelatih Perawatan Fisioterapi.

Skop Perkhidmatan

Skop Perkhidmatan Fisioterapi adalah seperti disenaraikan di bawah.

  1. Perkhidmatan Teras
  2. Perawatan Fisioterapi Muskuloskeletal
  3. Perawatan Fisioterapi Respiratori
  4. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Dewasa)
  5. Perawatan Fisioterapi Neurologi (Pediatrik)
  6. Perawatan Fisioterapi Geriatrik
  7. Perawatan Fisioterapi Urinari Inkontinen
  8. Perawatan Fisioterapi Kecederaan Sukan
  9. Perkhidmatan Pengkhususan
  10. Perawatan Fisioterapi Lymphedema
  11. Perawatan Fisioterapi Vestibular
  12. Perawatan Fisioterapi Tangan
  13. Perawatan Fisioterapi Hemophilia
  14. Perawatan Fisioterapi Paliatif
  15. Perawatan Fisioterapi Burn
  16. Perkhidmatan Multidisiplinari
  17. Pemulihan Kardiak
  18. Pemulihan Amputee
  19. Pemulihan Kecederaan Saraf Tunjang (SCI)
  20. Pemulihan Strok
  21. Pemulihan Kecederaan Otak (TBI)
  22. Chronic Pain Management