Unit Forensik

Pengenalan

Unit Forensik Hospital Tawau merupakan sebuah unit di bawah seliaan Pegawai Perubatan dan secara tidak langsung di bawah pengurusan Jabatan Kecemasan dan Trauma  serta Penyelia Hospital. Ia merupakan satu unit yang mana menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah baik dari unit kecemasan dan trauma, wad-wad pesakit dalam mahupun jenazah yang dibawa oleh pihak polis.

Menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh dengan memberikan forensik yang bebas dan berkecuali serta tidak terikat mana-mana pihak demi keadilan. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan bedah siasat medico-legal dan klinikal.

Unit ini beroperasi selama 24 jam sehari. Selepas waktu pejabat, kakitangan Unit Forensik akan bertugas atas panggilan jika ada kes kematian yang perlu diuruskan oleh kakitangan forensik termasuk bedah siasat.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Menerima jenazah dari Wad, Jabatan Kecemasan, dan kes-kes kematian di luar hospital sama ada kes polis ataupun tidak.
  2. Menyerahkan jenazah kepada waris yang terdekat seperti suami, isteri, ibu bapa dan anak. Selain itu, ahli keluarga yang terdekat juga boleh mengambil jenazah setelah mengemukakan dokumen yang sah.
  3. Menyediakan perkhidmatan Unit Forensik di luar waktu pejabat secara atas panggilan.
  4. Membantu Unit hal Ehwal Islam dalam mengendalikan pemandian jenazah bagi waris yang ingin menguruskan jenazah di Unit Forensik.
  5. Membantu Agensi luar (Undertaker) dalam mengendalikan pemandian jenazah bagi waris yang ingin mengurukan jenazah di Unit Forensik.
  6. Membantu Unit Hal Ehwal Islam dan Unit Kesihatan Awam dalam mengadakan kursus jenazah berisiko tinggi sama ada kepada staf hospital ataupu orang awam.
  7. Membantu Unit Kesihatan Awam mengendalikan jenazah berisiko tinggi.
  8. Membantu pihak Polis dalam menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian.
  9. Membantu Pihak Polis mengambil sampel daripada jenazah semasa bedah siasat untuk dihantar dan diperiksa di Jabatan Kimia.
  10. Membantu Pihak Polis/bomba/JPAM dan mana-mana agensi luar dalam pengecaman jenazah dan penyimpanan jenazah.
  11. Membantu Pihak Polis dalam pengambilan darah bagi kes-kes tahanan yang memerlukan ujian DNA.
  12. Membantu pihak Pusat Tahanan seperti Penjara Tawau dan Pusat Tahanan Sementara termasuk balai polis dalam menguruskan kematian Tahanan yang melibatkan siasatan Koroner ataupun Majistret sebelum diserahkan kepada waris yang betul.
  13. Membantu menyediakan laporan bedah siasat yang lengkap sebelum diserahkan kepada Unit Rekod.
  14. Membantu Pihak Jabatan Pendaftaran Negara pengambilan sampel darah DNA bagi kes-kes daftar lewat kematian ataupun siasatan.