Unit Kawalan Infeksi

Pengenalan

Unit Kawalan Infeksi mula beroperasi secara sepenuh masa bermula pada tahun 2003.  Hanya seorang Jururawat Terlatih yang mengendalikan unit tersebut.  Pada tahun 2005 seorang lagi Ketua Jururawat diletakkan di unit tersebut bertujuan untuk memantau aktiviti yang dijalankan di unit tersebut.

Pada tahun 2003 – 2007, Unit Kawalan Infeksi berpejabat di Klinik Pakar iaitu di belakang Klinik ORL. Dan pada tahun 2008 unit tersebut dipindahkan ke bangunan enam(6) tingkat dan dibekalkan dengan kemudahan komputer untuk tujuan mengemaskini data yang diperolehi hasil daripada melaksanakan pemantauan dan aktiviti yang dijalankan.

Visi

Meningkatkan perkhidmatan pengurusan kawalan infeksi di Hospital Tawau dengan mengamalkan Standard Precaution dan Additional Precaution.

Misi

Mewujudkan penglibaan serta komitmen yang kukuh dari wargakerja Hospital dalam mengawal dan mencegah Healthcare Associated Infection (HCAI)

Objektif

Objektif Am            –   Mencegah dan mengawal infeksi di Hospital Objektif Specifik    –   Meningkatkan mutu perkhidmatan dalam mengawal infeksi di Hospital

Objektif Kualiti

  • Kes-kes Healthcare Associated Infection(HCAI) yang dilaporkan tidak melebihi 3%.
  • Kes-kes HCAI Multi Drug Resistant Organisms (MDRO’s) yang dilaporkan tidak melebihi 0.5%