Pengenalan
Unit Kerja Sosial perubatan Hospital Tawau memulakan perkhidmatan pada awal 1990. Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang pertama bertugas di unit ini dipanggil ‘social worker’ yang berasal dari Australia. Beliau berkhidmat di unit ini sehingga penghujung tahun 1991. Pada awalnya hanya seorang pegawai yang bertugas di unit ini sehingga pada tahun 2014 terdapat dua orang pegawai yang mengendalikan unit ini sehingga kini.
Misi
Merealisasikan visi hospital melalui pelbagai jenis perkhidmatan perubatan yang berorientasikan pesakit dan warga hospital yang mengamalkan budaya kerja berpasukan penyayang dan profesionalisme.
Visi
Setiap pelanggan Hospital Tawau sentiasa mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat yang sihat.
Objektif
Memberikan perkhidmatan dan rawatan yang cekap serta berkesan dengan kemudahan yang sedia ada.
Skop Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan
Terdapat Dua Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan Di Jabatan Kerja Sosial Perubatan Iaitu :
- Terapi Sokongan
- Sokongan Emosi / Motivasi/ Khidmat Nasihat Dan Rundingan.
- Kaunseling Individu, Kelompok Dan Keluarga
- Masalah Rumahtangga
- Kes Keganasan Rumahtangga
- Kes Ibu Tanpa Nikah
- Kes Perkosaan
- Kes Penderaan
- Penerangan Pendaftaran Orang Kurang Upaya
- Memberi Penerangan Tentang Tatacara Mendaftar Kelahiran Anak
- Bantuan Praktik Dan Material
- Membuat Siasatan Dan Menyediakan Laporan Penilaian Sosio-Ekonomi Pesakit.
- Perancangan Keluar Dari Wad.
- Mengesan Waris Pesakit.
- Menjadi Perantara (Lioson Officer) Untuk Permohonan Penempatan Pesakit Terdampar Di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Membantu Pesakit Membuat Permohonan Bantuan Peralatan Perubatan / Implan Dan Prostesis.
- Membantu Pesakit Merujuk Permohonan Bantuan Am Ke Agensi Luar.
- Menguruskan Permohonan Mendiami Balai Pelawat.