Unit Kesihatan Awam

Pengenalan

Unit Kesihatan Awam mula diwujudkan di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia  pada  tahun 2005  disusuli  melalui arahan Surat Pekeliling Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam ), Kementerian Kesihatan Malaysia  Bil. 1 Tahun 2007 bertarikh 1 Januari 2008

Skop kerja

Pegawai Kesihatan bertanggungjawab terus kepada Pengarah Hospital dari segi pentadbiran, emolumen, pelan kerja tahunan dan laporan prestasi tahunan. Beliau  bertanggungjawab merancang. Menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan awam di kawasan hospital dan premis-premis lain di bawah pentadbirannya.

Dari segi teknikal pegawai ini  bertanggungjawab kepada Pegawai  Kesihatan  Daerah di mana beliau  bertugas.

Fungsi

Unit Kesihatan Awam ialah kawalan penyakit berjangkit, keselamatan dan kualiti makanan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kesihatan persekitaran, penguatkuasaan dan perundangan , laporan  data dan pangkalan data dan promosi  kesihatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan Di Unit Kesihatan Awam

  1. Pemeriksaan kesihatan anggota berumur ≥ 40 tahun
  2. Program Imunisasi Hepatitis B
  3. Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam
  4. QA kecederaan tertusuk jarum
  5. Jawatan Kuasa Keselamatan dan Pekerjaan
  6. Audit keselamatan di tempat kerja
  7. Kawalan Penyakit Berjangkit
  8. Kebersihan dan Kualiti Makanan
  9. Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
  10. Pemantauan Vektor Penyakit Denggi
  11. Pembuangan Sisa/Disposal of Waste
  12. Promosi kesihatan
  13. Laporan dan pangkalan data