Unit Nefrologi


Pengenalan

Unit Nefrologi merupakan satu pusat kepakaran yang menyediakan perkhidmatan perawatan perubatan kes kegagalan buah pinggang. Ia  merupakan salah satu pusat rujukan di sebelah pantai timur sabah bagi menerima kes kes rujukan dari Hospital Lahad Datu ,Hospital Semporna, Hospital Kunak di negeri Sabah. Unit Nefrologi Hospital Tawau sepenuh dibawah pemantauan Unit Nefrologi Peringakt Negeri dan Kebangsaan.

Unit Nefrologi dibuka pada   28.11.1990, dan mula beroperasi di tingkat 1 Unit Rawatan Rapi dengan dikendalikan oleh seorang  Pembantu Perubatan.dan pada tahun 2001 unit Hemodialisis telah di asingkan dari unit ICU di mana  telah di tempatkan di bahagian bawah bekas pejabat Pentadbiran Hospital  sehingga sekarang   Pada tahun 2013, Unit CAPD  ditubuh.bagi menampung pesakit yang kian bertambah.

Pada tahun 2012 Unit Nefrologi Tawau diperluaskan lagi dengan menambah kapisiti mesin sebanyak 10 buah mesin bagi  menampung kes kes akut daripada Wad dan kes kes yang menunggu tempat rawatan di pusat dialisis swasta dan NGO.

Skop Perkhidmatan Nefrologi

1. Rawatan Nefrologi :- Terbahagi kepada dua:

  • Pesakit Luar
  • Pesakit Dalam (Ward)

2. Rawatan CAPD

3. Penyediaan “workup” dan rawatan susulan Pembedahan Buah Pinggang

4. Klinik Nefrologi

5. Lawatan Klinik Pakar ( Luar Daerah )