Pengenalan
Unit Optometri Hospital Tawau adalah di bawah seliaan Jabatan Oftalmologi Hospital Tawau yang dinaungi oleh Ketua Jabatan Oftalmologi Hospital Tawau. Unit Optometri secara umumnya menyediakan perkhidmatan ujian refraksi bagi semua tahap umur, perkhidmatan subkepakaran seperti penilaian tahap juling dan terapi visual, kanta sentuh dan penglihatan terhad. Unit Optometri juga menjalankan ujian-ujian diagnostic seperti ujian medan penglihatan, ujian Hess, dan juga biometri bagi pesakit yang akan menjalani pembedahan katarak.
Selain daripada itu, Unit Optometri juga menjalankan saringan ke atas kanak-kanak sekolah yang berumur 4-6 tahun di sekolah-sekolah tadika sekitar Bandar Tawau. Saringan ini sangat penting bagi mengelakkan amblyopia daripada berlaku. Pada tahun 2017, Amblyopia and Vision Impairment Screening (AVIS) telah dilancarkan untuk memperkukuhkan peranan optometris bagi mencegah amblyopia.
Objektif
- Menjalankan pemeriksaan dan rawatan yang terbaik kepada pesakit
- Menyokong dasar-dasar Hospital Tawau dalam usaha memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit
- Memberi sumbangan perkhidmatan dan kepakaran terhadap kesihatan penglihatan masyarakat