Pengenalan
Program Pendidikan Pesakit mula diperkenalkan di hospital-hospital di Malaysia pada Rancangan Malaysia ke Lima (1986-1990) dengan penubuhan Unit Pendidikan Pesakit di 10 buah Hospital Besar di Malaysia. Unit Pendidikan Kesihatan di Hospital Tawau bermula pada tahun 2004, dengan anggotanya terdiri daripada seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan. Pada tahun 2014, nama unit ini kemudiannya ditukar kepada Unit Promosi Kesihatan dan pegawainya dipanggil Pegawai Promosi Kesihatan.
Organisasi dan Pengurusan
Unit ini menyediakan perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan kepada pesakit, ahli keluarga, anggota dan komuniti setempat merangkumi penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan, pelaksanaan kempen kesihatan serta aktiviti pendidikan pesakit. Antara skop yang dirangkumi adalah kesihatan penyakit tidak berjangkit seperti Diabetes dan Darah Tinggi, Promosi Pendermaan Organ, Klinik Berhenti Merokok, Aktiviti Fizikal dan lain-lain.
Visi
Unit Promosi Kesihatan akan beroperasi sebagai satu unit yang memberi perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan yang berfokus kepada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif
Misi
- Komited untuk memberikan perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan kepada pesakit, ahli keluarga dan komuniti ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif
- Sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif ke arah peningkatan kualiti hidup yang lebih baik
Objektif Umum
Untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran ke atas penjagaan kesihatan mereka sendiri, dengan penekanan tentang amalan cara hidup sihat melalui promosi dan penjagaan kesihatan secara terancang
Objektif Khusus
- Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada individu dan masyarakat tentang penjagaan kesihatan
- Memudahkan individu dan masyarakat mendapatkan maklumat mengenai kesihatan
- Memberikan perkhidmatan promosi dan pendidikan kesihatan ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang lebih positif
Skop Perkhidmatan
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
- Pendaftaran Pengikrar Derma Organ
- Percetakan Bahan Pendidikan Kesihatan
- Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes