Pengenalan
Perkhidmatan Unit Terapi Pertuturan di Hospital Tawau telah dimulakan pada 3 Julai 2017 dan dikendalikan oleh seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) atau lebih dikenali sebagai Speech Therapist yang terlatih dalam bidang ini. Pada masa ini hanya terdapat seorang Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Hospital Tawau.
Hospital Tawau merupakan hospital berpakar dan menjadi hospital rujukan utama bagi kawasan pantai timur Sabah. Oleh itu, Unit Terapi Pertuturan turut menjadi rujukan utama bagi daerah-daerah berhampiran iaitu Kunak, Semporna dan Lahad Datu selain rujukan dari klinik-klinik dan hospital-hospital lain yang berhampiran terutama dari kawasan pedalaman dan ladang.
Hospital Tawau turut menjadi rujukan utama dari negara Indonesia dan Filipina memandangkan Tawau terletak berhampiran sempadan Indonesia-Malaysia dan Filipina-Malaysia