Pengenalan
Unit Transfusi Darah yang dahulunya lebih dikenali sebagai Unit Tabung Darah merupakan salah satu diantara unit yang bernaung di bawah Jabatan Patologi, dan mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Unit ini mempunyai 4 seksyen iaitu Seksyen Pendermaan Darah (walk in and mobile collection site), Seksyen Immunohaematologi, Seksyen Komponen dan Seksyen saringan darah/Transfusion Microbiology Laboratory (TML).
Perkhidmatan Unit Transfusi Darah Hospital Tawau merangkumi pungutan darah penderma sehingga pembekalan darah yang selamat kepada pesakit. Pembekalan darah dan komponen darah untuk Hospital luar juga disediakan terutama semasa kekurangan darah ataupun stok darah di tahap minimum/kritikal.
Seksyen Pendermaan Darah
Berfungsi sebagai tempat pendaftaran penderma darah secara walk in di dalam Hospital Tawau dan tempat dimana proses pendermaan darah berlaku. Selain itu seksyen ini bertanggungjawab merangka dan merancang kempen-kempen pendermaan darah di luar Hospital (mobile). Ini bertujuan untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan wad/unit yang memerlukan di dalam Hospital Tawau.
Seksyen Immunohaematologi
Bertanggungjawab menjalankan ujian Immunohaematologi seperti Crossmatching (GXM&GSH), ABO blood grouping dan Antibody identification yang diminta dari wad/unit di dalam Hospital Tawau.
Seksyen Komponen Darah
Berfungsi sebagai tempat pemprosesan darah yang telah di pungut secara walk in atau mobile dan juga penting dalam pembekalan komponen darah bergantung kepada keperluan wad/unit di Hospital Tawau.
Seksyen TML
Diwujudkan di bawah unit Tabung Darah bermula pada Mac 2014 untuk menjalankan saringan darah penderma merangkumi Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Kunak dan Hospital Semporna. Ujian saringan yang dilakukan keatas darah penderma adalah ujian HIV, HCV, HbsAg dan syphilis. Ini adalah ujian wajib bagi memastikan pembekalan darah yang selamat kepada pesakit-pesakit yang memerlukan transfusi darah di Hospital Tawau.
Unit Transfusi Darah menerima peruntukan kewangan sendiri untuk menampung kos pembelian reagen, konsumabel dan refreshment yang meningkat yang tidak dapat ditanggung oleh Jabatan Patologi Hospital Tawau. Dengan peruntukan ini pelbagai aktiviti melibatkan penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pesakit dan penderma darah.