Pengenalan
Wad Respiratori adalah wad dibawah Jabatan Perubatan Am yang mempunai 17 buah katil. Dimana terdapat 4 buah bilik Negative Pressure untuk menempatkan pesakit yang Positive TIBI.manakala dibahagian luar 4 katil untuk pesakit perempuan dan 8 katil untuk pesakit lelaki.
Semua kes-kes pesakit yang menggunakan ventilaor yang positive TIBI juga ditempatkan di wad ini sebagai langkah keselamatan bagi pesakit selain TIBI,seperti Mers Covs,Influenza dan EBOLA, sekiranya terdapat kes.
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Menyediakan Perkhidmatan untuk kemasukan pesakit untuk kes-kes yang di diagnos TIBI dan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
- Juga untuk kes isolasi seperti kes Mers Covs, Infuenza dan EBOLA.
- Jururawat membantu dalam prosedur dan melaksanakan perawatan ke atas pesakit mengikut arahan Doktor
- Memberi perkhidmatan 24 jam mengikut Polisi kejururawatan /Hospital dan Polisi Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Melaporkan dan notified kes-kes Penyakit berjangkit kepada Pegawai Kesihatan Klinik Penyakit Berjangkit dan Pegawai Persekitran.
- Memberi Pendidikan Kesihatan kepada pesakit/waris tentang penyakit semasa di wad dan sebelum pesakit discaj ke rumah.
- Mengambil speismen kahak untuk kes pesakit TIBI
- Memberi ubat mengikut arakan Doktor (7R) dan merekodkan di Kad TIBS 10E
- Menjaga pesakit yang menggunakan mesin ventilator yang positif TIBI / bukan TIBI
- Menyediakan suntikan Mantoux Test kepada semua wad-wad di Hospital yang memerlukan.
- Memberi suntikan Mantoux Test kepada semua anggota kesihatan Hospital (Program Screening TIBI) pada setiap hari isnin dan selasa, serta membuat bacaan pada hari khamis dan jumaat.
- Mengiringi pesakit yang akan di Step Down ke Hospital Kluster iaitu Hospital Kunak,Hospital Semporna dan Hospital Lahad Datu.
- Mengiringi pesakit Hospital Pakar mengikut arahan Pakar seperti Hospital Queen Elizabeth / HQE 2 dan lain-lainnya.
- Memastikan semua kemasukan pesakit telah direkodkan ke dalam buku kemasukan.
- Membuat laporan (Nursing Documentation) didalam buku laporan harian kejururawatan dan Rekod Perubatan Pesakit.
- Memastikan semua pesakit yang discaj telah diterangkan temujanji dan rawatan susulan serta ubat-ubatan.
- Nota Discaj dan kepingan caj diberi kepada pesakit/waris untuk ke Unit Hasil, untuk membuat pembayaran.