A- A A+

Unit Bekalan Bahan Steril

PENGENALAN
Unit Bekalan Bahan Sterile, terletak di banggunan baru PPNR, Aras 3, bersebelahan dengan  Dewan Bedah PPNR. Unit ini diselia oleh seorang Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat - 1, dengan jumlah anggota mengikut kategori ,Jururawat Terlatih - 11  Jururawat Masyarakat - 7  , Pembantu Perawatan Kesihatan 16 , dan 2 orang Pembantu Am Khas ( Operator Autoclave ).
Unit ini beroperasi mulai Jam 7.00pagi - 6.00 petang dari Isnin sehingga Jumaat, manakala hujung minggu dan hari kelepasan Am mulai Jam 7.00pagi sehingga 2.00petang sahaja. Walaubagaimanapun jika ada keperluan mendesak , setiap hari terdapat staf yang bergilir untuk “ stand by”,dan bole di panggil pada bila-bila masa.
Unit ini merupakan bahagian yang sangat penting dalam hospital. Perkhidmatan Unit ini  adalah bertanggungjawap dalam membekalkan bahan setrile kepada semua wad, unit yang memerlukan bahan sterile.
Unit ini menerima semua peralatan hospital yang telah digunakan , untuk proses pembersihan, basmi kuman, penyimpanan dan di edarkan semula. Unit ini juga bertanggungjawap untuk memberikan tunjuk ajar penjagaan bahan sterile, untuk mengekalkan ‘sterility’ sesuatu peralatan.
Terdapat 4 buah “Washer Machine”, 2 buah ultrsonic washer, 1 Water Gun, 1 air gun, 2 mesin pengering tiub dan “ 3 Autoclave machine” with two door, 1 matacana ( Single door ) yang terletak di aras 1.

FUNGSI UTAMA

Terbahagi  kepada 4 Zone. Setiap Zone mempunyai fungsi yang berbeza.

ZON 1 ( Kawasan Dekontaminasi )

Bahagian ini adalah peneriman semua sets, instrument dan lain-lain peralatan kotor  yang  telah di gunakan.
Sets , instrument dan peralatan ini akan di terima mengikut senarai semak.
Pemeriksaan  instrument akan di lakukan, untuk memastikan set lengkap,dan tiada  kerosakan  sebelum di masukkan dalam mesin  untuk dibersihkan. Selepas  proses pembersihan ,dan  pengeringan peralatan lengkap baharu lah di hantar ke Zone 2 untuk proses seterusnya.
Semasa proses dekontaminasi ,selain daripada keperluan air yang mencukupi dan bersih, serta mesin berfungsi dengan baik, penggunaan detergen yang sesuai dan mencukupi sangat penting, untuk memastikan keberkesanan kebersihan peralatan. Penggunaan detergen yang sesuai juga mengekalkan “ life span ‘ instrument.

ZON 2 ( Kawasan Penyediaan dan Pembungkusan )

Dibahagian ini , peralatan akan di sediakan, di susun  dan dilengkapkan mengikut senerai set
instrument tertentu.
Instument atau Set instrument yang telah di sediakan akan di bungkus mengikut garispanduan pembungkusan .Set instrument dan peralatan lain yang telah di bungkus , akan  di label dengan Nama, tarikh, dan masa di bungkus.  Label khas atau indikator khas digunakan untuk memastikan dan mengekalkan bungkusan peralatan tidak terbuka semasa , selepas proses pensterilan.Selain mengekalkan keselamatan bungkusan, indikator khas ini juga menjadi tanda bahawa bungkusan tersebut telah menjalani proses pensterilan.

ZON 3
( Kawasan Pensterilan )

Set instrument dan  peralatan yang telah di bungkus akan  di steril dengan menggunakan dua kaedah iaitu dengan menggunakan “High Temperature High Vacum” dan juga “Low  temperature / Hydrogen proxide.

ZON 4
( Kawasan Stor Steril dan Pengagihan )

Kaunter pengagihan menerima permohonan dari Dewan Bedah, ‘general OT’, Maternity OT’ Oncology OT dan dari semua  Jabatan, wad atau Unit yang memerlukan.

PERKHIDMATAN

  3.1 Perkhidmatan  merangkumi daripada penerimaan ‘set instrument, peralatan keperluan pembedahan, prosidur-prosidur di wad, Klinik  berdekatan yang terpakai,pembersihan, pembungkusan, pensterilan serta penyimpanan.
  3.2.Menjadi rujukan  berkaitan pengekalan ‘sterility’ bahan-bahan  atau barangan selepas di basmi kuman.
  3.3. Pemeriksaan kerosakan dan fungsi peralatan., “instruments”
  3.4.Berkerjasama dengan jabatan lain untuk menyediakan peralatan yang diperlukan.
  3.5.Penjagaaan mesin-mesin “autoclave” dan “washer”
  3.6.Penyimpanan rekod dan inventori peralatan Cssu
  3.7.Menyimpanan rekod keputusan ujian Biological dan semua ujian berkaitan keberskesanan fungsi mesin autoclave untuk rujukan.
  3.8. Meningkatkan kemahiran dan teknik dalam bidang pensterilan mengikut perkembangansemasa. .
  3.8. Berkerjasama dan mengadakan hubungan yang baikdengan jabatan lain.
 
 
 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today111
Yesterday199
This week1786
This month5862
Total289416

2024-06-23
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu