Misi
Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama dalam:
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Memberi perkhidmatan Dietetik Klinikal, Dietetik Komuniti dan Kesihatan Awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti yang berterusan.
Perkhidmatan Makanan
Menyediakan perkhidmatan makanan yang sihat, berkualiti dan dijamin selamat serta menepati keperluan tenaga dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.