- Pegawai Kerajaan yang dirujuk oleh doktor swasta ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut sama ada pakar atau bukan pakar, di mana pegawai tersebut bukan lagi pesakit klinik/hospital swasta tetapi seterusnya menjadi pesakit kepada hospital kerajaan, maka beliau tidak dikenakan bayaran.
- Pegawai Kerajaan yang dirujuk oleh doktor swasta ke hospital Kerajaan untuk ujian/ siasatan / rundingan dengan pegawai perubatan dan laporan/ keputusan diguna oleh klinik/ hospital swasta di mana pegawai masih lagi pesakit swasta, maka pegawai tersebut dikenakan bayaran selaras dengan Perintah Am 4, Bab F.

Perintah Am Bab F menjelaskan “Pegawai” bermaksud mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan. “Anak” layak mendapat kemudahan rawatan mengikut kelayakan Pegawai sekiranya anak tersebut berumur 18 tahun ke bawah atau sekiranya masih bersekolah, dibawah umur 21 Tahun. Memandangkan anak pesara tersebut berumur 20 tahun dan masih belajar di IPTA anak pesara tersebut layak mendapat kemudahan rawatan percuma mengikut kelayakan Pegawai dengan syarat perlu mengemukakan GL atau Kad Pesara Pegawai.

3 bulan.

Penjawat awam perlu mengemukakan surat jaminan/ mengemaskini maklumat dalam HRMIS dalam tempoh 24 jam dari masa kemasukan wad. Sekiranya penjawat awam tidak dapat mengemukakan surat jaminan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka perlu membayar deposit sama seperti orang awam. Deposit tersebut akan dipulangkan apabila surat sah jaminan dilemukakan.

Agensi badan berkanun seperti MARA boleh mengeluarkan surat jaminan (GL) kepada anggota-anggotanya bagi mendapat rawatan di hospital kerajaan mengikut kelayakannya tanpa bayaran deposit. Anggota berkenaan adalah tertakluk kepada caj-caj di bawah Perintah Am Bab F dan tuntutan bil bagi rawatan akan dihantar kepada badan berkanun berkenaan hanyalah sekadar pengesahan kedudukan anggota sebagai kakitangan kerajaan yang layak diberi kemudahan untuk dikecualikan daripada bayaran deposit semasa kemasukan ke wad dan bukannya pengecualian daripada bayaran.

Tiada pengecualian bagi prosedur berkaitan dengan prosedur ortodontik.

TIDAK. Caj pendaftaran akan dikenakan seperti biasa kerana pengecualian OKU tidak dipanjangkan kepada ahli keluarga mereka.

Kemudahan rawatan perubatan percuma pemegang kad OKU hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sahaja.

Kanak-kanak tersebut layak mendapat kemudahan rawatan percuma. Sekiranya bapa kepada kanak-kanak tersebut yang mendapatkan rawatan, pengecualian boleh diberikan dengan syarat mengisi borang pengecualian seperti mana yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 2006.

Seorang OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma sebagai pesakit luar dan pesakit dalam kelas 3 ini termasuk pengecualian caj pendaftaran RM 30 / RM 5 bagi rujukan pengamal perubaan swasta dan RM 1 bagi rujukan pengamal perubatan Kerajaan.

Kementerian telah menyelaraskan pengenaan caj di Hospital/Klinik Kesihatan berdasarkan garis panduan berikut :
- Seorang kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah yang memegang sijil kelahiran Malaysia tetapi ibu/bapanya adalah seorang warganegara atau pemastautin tetap di persekutuan adalah tidak tertakluk kepada caj yang terpakai untuk warganegara asing.
- Manakala kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah yang lahir di negara tempat kelahiran asal ibu/bapanya dan sijil kelahirannya dikeluarkan oleh negara berkenaan, adalah tertakluk kepada caj warganegara asing walaupun ibu/bapanya adalah penduduk tetap.

Pemegang kad pemastautin tetap adalah layak untuk mendapat caj warganegara namun caj tersebut tidak dipanjangkan kepada pasangan walaupun mempunyai sijil nikah yang sah.

Pasangan isteri atau suami yang bukan warganegara kepada warganegara Malaysia yang memilik dokumen perkahwinan yang sah iaitu sijil nikah/ sijil pekahwinan yang diahkan Pejabat Agama Islam Negeri di Malaysia , Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Luar Negara atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tafsiran tersebut merangkumi perkahwinan sah yang telah diupacarakan di bawah sesuatu adat sebelum 1 Mac 1982 yang disifatkan sebagai didaftarkan dibawah Akta Memperbaharui Undang – Undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 (Akta 164) dan sijil nikah/ sijil perkahwinan yang diiktiraf oleh Native Court Sabah bagi perkahwinan pada atau selepas 1 Mac 1982.
Sijil nikah/sijil perkahwinan perlu mendapat pengesahan daripada mana-mana Pejabat Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar Negara, Pejabat Pendaftaran Nikah Kahwin di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri masing-masing.

Keistimewaan kemudahan rawatan percuma mengikut bilangan kekerapan penerma darah hanya diberikan kepada penderma warganegara Malaysia sahaja.

Keistimewaan caj warga 60 tahun ke atas hanya untuk warganegara Malaysia sahaja tidak termasuk penduduk tetap atau pemegang pasport yang berkahwin dengan warganegara. Pemegang kad PR/ pemegang pasport yang berkahwin dengan warganegara hanya layak mendapat caj sebagai caj orang awam sahaja tidak termasuk pengecualian-pengecualian yang diberikan kepada warga emas warganegara Malaysia.

YA, sekiranya ada dokumen pengangkatan anak angkat yang SAH.

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah kini menghadapi kekangan tempat letak kenderaan. Anda digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti Teksi, Bas atau Perkhidmatan Pengangkutan Atas Talian (E-Hailing). Segala kesulitan amat dikesali.

HIV Post-Exposure Prophylaxis is available but a fee will be charged to foreign students according to fee act.

Anda boleh membuat bayaran di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dengan anda. Sebagai contoh jika anda tinggal di Bandar Donggongon, bayaran boleh dibuat di Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang.

- Demam kuat secara mengejut dan berterusan
- Ruam merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata dan kepala
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- Pendarahan pada badan, hidung dan mulut

Tindakan proaktif mengesan pengembara yang demam menggunakan alat pengesan suhu (thermal scanner) sebelum memasuki Malaysia. Pengembara yang didapati mempunyai suhu badan yang tinggi (melebihi 37.5 C') daripada alat pengesan suhu (thermal scanner) akan dirujuk ke Pusat Kuarantin Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

- Menjalankan pemeriksaan sijil vaksinasi ke atas pengembara yang tiba dari / melalui negara endemik (penumpang biasa dan penumpang bertaraf VVIP).
- Makluman kepada penganjur acara antarabangsa / individu mengenai penyakit Demam Kuning dan keperluan vaksinasi Demam Kuning.
- Menjalankan pemeriksaan rawak di ‘autogate’ (Warganegara Malaysia) di KLIA dan KLIA 2.
- Mengedarkan risalah / Demam Kuning kepada agensi kerajaan dan swasta / warga kerja KLIA.
- Taklimat berkaitan penyakit Demam Kuning kepada anggota Imigresen yang baru bertugas di KLIA.

- Menguruskan notifikasi yang diterima daripada klinik swasta dan agensi berkaitan di lapangan terbang KLIA.
- Menjalankan aktiviti siasatan dan langkah-langkah pencegahan / kawalan sekiranya berlaku kejadian kes disyaki / disahkan penyakit berjangkit, dan wabak.

Menjalankan aktiviti siasatan kes kematian disyaki penyakit berjangkit dan langkah-langkah pencegahan / kawalan

- Menerima dan menyemak semua permohonan pengimportan dan pengeksportan mayat, tisu manusia, dan organisma.
- Mengeluarkan permit pengimpotan dan pengekspotan mayat, tisu manusia, dan organisma (jika semua keperluan dipatuhi).
- Pemeriksaan konsaimen.

Di peringkat pintu masuk hanya diberikan kelulusan (pengeluaran permit) bagi organisma kumpulan 1 dan 2 sahaja. Permohonan dan kelulusan organisma Kumpulan 3 dan 4 adalah diperingkat Kementerian Kesihatan Malaysia (Ketua Pengarah Kesihatan)
Pemeriksaan Kebersihan pesawat antarabangsa
- Menjalankan pemeriksaan kebersihan pesawat antarabangsa yang tiba di KLIA secara rawak.
- Memeriksa ‘General Declaration’ (GD) dan bukti disinsektasi yang dibuat di dalam pesawat.
Pemantauan Aktiviti Disinsektasi Ke Atas Semua Penerbangan Antarabangsa
- Semua pesawat yang tiba di KLIA perlu menjalankan aktiviti disinsektasi dalam pesawat sebelum pesawat mendarat.
- Bukti disinsektasi samada Spray Can atau Sijil Residual Spray perlu diletakkan di dalam tong yang disediakan oleh Pejabat Kesihatan KLIA sebagai pembuktian menjalankan disinsektasi dalam pesawat.

Karies gigi dipengaruhi oleh berapa kerap gula diambil bukan pada jumlah amaun gula yang diambil. Bakteria yang hadir di dalam mulut menukarkan gula dan kanji di dalam makanan kepada asid yang menyebabkan karies gigi.

Kawal pengambilan gula
Makanan bergula secara idealnya hanya perlu dimakan bersama hidangan utama, jika ia diambil sebagai snek ia meningkatkan masa asid terdedah di dalam mulut. Di samping itu, kadar aliran air liur adalah lebih tinggi pada waktu hidangan utama. Air liur membantu dalam membersihkan gula di dalam mulut kerana ia dapat mengurangkan penghasilan asid. Sesetengah minuman seperti minuman air berkarbonat atau lemon adalah sangat berasid. Selain adanya karies gigi, ia mungkin melembutkan dan menghakis permukaan gigi (hakisan enamel).
Kekalkan kebersihan mulut yang baik
• Berus gigi secara menyeluruh setiap hari dengan ubat gigi berfluorida
• Floss gigi setiap hari bagi membersihkan celah-celah gigi
• Dapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun

Masa yang ideal, bagi lawatan pergigian pertama anak anda sepatutnya dilakukan sebelum ulang tahun pertama atau kedua. Selain untuk memeriksa kerosakan gigi dan masalah-masalah lain, doktor gigi akan mengajar anda teknik yang betul untuk membersihkan gigi anak anda serta menilai sekiranya ada tabiat negatif seperti menghisap ibu jari. Anda juga dapat membina tabiat penjagaan gigi yang baik sepanjang hayat.

Sebagai ibu bapa, anda perlu:
• Mewujudkan rutin pembersihan mulut yang baik di peringkat awal usia.
• Menyelia pemberusan gigi kanak-kanak sehingga berumur enam tahun.
• Gunakan ubat gigi bersaiz kacang hijau untuk mengelak anak anda menelan secara berlebihan.
• Bagi membantu anak anda memberus gigi, berdiri di belakang mereka dan condongkan kepala ke atas supaya semua permukaan gigi boleh diberus menggunakan kaedah gosokan yang lembut.

Sila bertanya lanjut pada doktor gigi anda atau anggota pergigian di mana-mana klinik pergigian kerajaan.

• Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, sebaik-baiknya pagi dan sebelum tidur malam atau selepas makan yang terakhir.
• Bersihkan celah-celah gigi sekali sehari dengan menggunakan flos atau alat pencungkil celah gigi yang disyorkan oleh doktor gigi (pencungkil kayu, berus celah gigi dsb).

Pemfluoridaan Air
Pemfluoridaan air melibatkan penyelarasan paras fluorida semulajadi dalam bekalan air komuniti ke paras yang optima untuk kesihatan pergigian.
Semenjak tahun 1972, Kerajaan Malaysia telah meluluskan pemfluoridaan bekalan air awam sebagai satu program utama pencegahan karies gigi.
Sekitar 75.5% populasi Malaysia telah mendapat manafaat melalui kaedah kesihatan awam ini.
Pemfluoridaan bekalan air komuniti adalah kaedah yang paling selamat dan kos efektif mengurangkan kerosakan gigi.
Penyertaaan aktif dari individu atau komuniti tidak diperlukan – hanya menggunakan air paip untuk diminum dan dimasak.
Fluorida disampaikan kepada setiap orang di dalam komuniti yang menggunakan bekalan air awam, termasuk individu yang amat memerlukannya. Ia memberi manafaat kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Ia membekalkan fluorida dalam mulut pada kepekatan yang rendah dan secara berterusan. Ini adalah penting untuk mencegah dan mengawal karies gigi.

• Pemeriksaan gigi rutin
• Penyapuan sealan fisur sekiranya perlu
• Panyapuan fluorida topical sekiranya perlu
• Arahan penjagaan kebersihan mulut dan khidmat nasihat

Kos bergantung kepada jenis rawatan. Kos rawatan pergigian secara ringkasnya adalah seperti di bawah:
• Perundingan RM1.00
• Setiap tampalan gigi RM1.00
• Setiap cabutan gigi RM1.00
• Penskaleran RM2.00 setiap lawatan
• Rawatan kanal akar RM4.00
• Gigi palsu penuh RM50.00 setiap rahang
• Gigi palsu sebahagian RM10.00 untuk plat dan gigi pertama dan tambahan RM2.00 untuk setiap gigi tambahan dengan maksimum RM25.00
Caj perkhidmatan yang ditawarkan oleh pakar pergigian adalah seperti di bawah:
Pembedahan kecil minor: RM50.00
Orotodontik: aplians pakai tanggal RM100.00, aplians tetap RM500.00

Hanya kes-kes melibatkan rawatan kecemasan dan kadar caj adalah 2 kali ganda daripada biasa.

Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis iaitu ubat terkawal dan ubat am.
Ubat terkawal merupakan ubat yang boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor di kedai farmasi berlesen (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).
Maklumat lanjut berkaitan klasifikasi ubat iaitu sama ada ubat tersebut digolongkan dalam ubat terkawal atau ubat am, boleh dirujuk pada ahli farmasi di hospital, klinik kesihatan atau farmasi komuniti.

Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pengguna termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Ubat berdaftar dijamin dari segi kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20125467T) dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. Nombor pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :
Kategori pendaftaran produk:
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
Semua produk kosmetik perlu dinotifikasi kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk memenuhi keperluan Harmonisasi ASEAN.
Anda juga boleh menyemak kesahihan status nombor pendaftaran atau maklumat berkaitan produk tersebut di laman http://www.pharmacy.gov.my.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi menawarkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai bagi memudahkan pesakit mengambil ubat susulan di fasiliti farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara perkhidmatan tambah nilai yang diperkenalkan adalah:
- Sistem Temujanji
- Farmasi Pandu Lalu
- Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP)
- SMS dan Ambil
- Telefon dan Ambil
- Emel dan Ambil
- WhatsApp dan Ambil
- Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
Walau bagaimanapun, bukan semua fasiliti farmasi ada menawarkan perkhidmatan ini. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan fasiliti farmasi yang terdekat.

Duta adalah wakil masyarakat yang dilantik sebagai pemudah cara antara KKM dan masyarakat setempat bagi mendidik pengguna cara penggunaan ubat yang betul dengan mengamalkan konsep 5B. Konsep 5B yang dimaksudkan adalah:
- Pengguna ubat yang betul
- Ubat yang betul
- Dos yang betul
- Cara pengambilan yang betul
- Masa yang betul

Permohonan Lesen Racun Jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksida (NaOH)
Mulai 1 Januari 2017, semua permohonan lesen racun jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksida (NaOH) mestilah dipohon melalui sistem My.Pharma-C. Ini termasuklah permohonan baru, permohonan pembaharuan, permohonan pindaan dan permohonan pembatalan lesen/permit. Permohonan yang dihantar secara manual tidak akan diproses. Pembayaran lesen/permit juga adalah melalui perbankan internet yang dibuat secara terus melalui sistem My.Pharma-C. Pembayaran secara manual seperti wang pos, bank draf dan cek tidak lagi diterima. Sila layari www.mypharma-c.pharmacy.gov.my/ untuk akses kepada sistem My.Pharma-C.

Mengimport produk-produk yang tidak berdaftar dengan PBKD merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Walau bagaimanapun, pengecualian khas boleh diberikan untuk tujuan rawatan penyakit yang boleh mengancam nyawa seperti mana diperuntukkan di bawah Peraturan 15(6) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Permohonan perlu dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi di Petaling Jaya.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 seorang.

Berikan senarai SLPM yang disediakan. Terangkan bahawa kursus boleh diambil dimana-mana SLPM seperti di dalam senarai yang diberikan.

BeSS iaitu "Bersih, Selamat dan Sihat" adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Pengikitirafan BeSS diberikan secara percuma kepada pengusaha makanan jika ia mematuhi keperluan di bawah pengikitirafan ini. Sijil BeSS sah laku untuk 3 tahun.

Pemohon boleh memuat turun Borang Pemohonan dan Garispanduan Pengikitirafan "Bersih, Selamat dan Sihat" (BeSS) bagi Pengusaha Premis Makanan di laman berikut :

Skim Pensijilan MeSTI atau Makanan Selamat Tanggungjawab Industri merupakan hasil penambahbaikan daripada SK1M bagi memudahkan premis makanan terutamanya Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memenuhi keperluan yang diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pengusaha premis makanan perlu mematuhu syarat-syarat berikut:
i. Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan
ii. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan
iii. Pemohon perlu bersedia untuk memohon pensijilan MeSTI sama ada telah mendapat bimbingan daripada pegawai KKM atau agensi pembimbing (jika perlu).

Skim ini diberikan secara percuma bagi tujuan pengiktirafan.

1) 3 tahun. Pembaharuan pensijilan perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tamat tarikh sah laku sijil. Atau
2) Bagi permohonan diluluskan berdasarkan pensijilan HACCP atau GMP, tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah berdasarkan tempoh sah laku sijil tersebut.

6 Bulan.

1) Laman sesawang FoSIM Domestik (www.fosimdomestics.moh.gov.my). Atau
2) Muat turun Borang Permohonan, MeSTI-1/12 dari laman sesawang BKKM (http://fsq.moh.gov.my)

Anda perlu mendaftarkan premis di bawah FoSIM Domestik dan memohon secara online

Bayaran untuk SKIM Pensijilan HACCP boleh diperolehi dalam Guideline for HACCP Certification. Anda boleh muat turun garispanduan di
http://fsq.moh.gov.my/v5

Syarikat yang memperolehi sijil HACCP dari KKM boleh dapat kelebihan untuk mengecualikan pensampelan produk bagi tujuan pengeluaran sijil kesihatan.

Anda perlu mendaftarkan premis di bawah FoSIM Domestik dan memohon secara online

Pihak industri termasuk industri kecil dan sederhana boleh menghantar makanan yang mereka jual ke Makmal Swasta.

Pihak syarikat mempunyai jawatankuasa bagi menyelesaikan masalah disiplin kakitangan syarikat. Sekiranya individu tersebut masih tidak berubah, pihak syarikat akan memberhentikan individu tersebut.

Pihak kontraktor perlu mematuhi segala peraturan dan garispanduan yang disediakan oleh JAS berhubung lori pengangkutan sisa klinikal. Semua pengangkutan sisa klinikal perlu bernaung di bawah pemegang lesen JAS untuk mengangkut sisa klinikal.

Kerja CM yang dipohon cuma perlu dibincang dalam VCM dan syarikat PSK akan sediakan CA serta BQ dengan pengesahan pihak klinik sahaja. Kemudian permohonan CM terus dihantar ke Unit Kejuruteraan JKN untuk kelulusan. Surat arahan kerja akan dikeluarkan oleh Wakil CA iaitu TPKN(KA) kepada syarikat PSK dan disalinkan kepada pihak PKD untuk makluman. Bayaran CM adalah di peringkat JKN setelah kerja selesai termasuk T&C dan pengukuran semula dilakukan.

a) Untuk kerja-kerja CM kecemasan, tidak perlu CA segera. Kerja tersebut perlu dilaksanakan dengan serta merta dengna syarat pihak JKN dan klinik dimaklumkan dan Syarikat PSK laksanakan kerja menggunakan work order.
b) Untuk kerja-kerja CM yang biasa, CA disediakan sebaik-baiknya dalam tempoh sebelum VCM seterusnya diadakan kerana Syarikat PSK perlu bentang dan kemukakan CA untuk dikenalpasti keutamaan kerja-kerja CM yang dicadangkan untuk persetujuan VCM sebelum Syarikat PSK kemukakan CA dan BQ terus kepada Jurutera JKN untuk kelulusan dan seterunya, arahan kerja dikeluarkan oleh JKN. Tidak perlu melalui PKD kerana PKD adalah wakil dalam VCM. Jurutera JKN hanya perlu kemukakan salinan kelulusan kerja CM/ arahan kerja kepada PKD dan Klinik untuk makluman sahaja.
c) Untuk kerja CM yang dicadangkan sebelum Syarikat PSK masuk 1 Julai 2015, memadai untuk pihak Syarikat PSK menyediakan dan kemukakan senarai CM dan BQ kepada Jurutera JKN. JOKN akan buat pemeriksanaan dan sahkan serta keluarkan arahan kerja untuk tandantangan Wakil Pentadbir Kontrak. Mesyuarat Kadar Harga jika perlu, boleh diadakan semasa atau selepas kerja dilaksanakan. Jadi, perlu dinyatakan di dalam surat arahan kerja tersebut bahawa kadar harga yang tidak terdapat dalam Jadual Kadar Harga JKR perlu dipersetujui bersama dalam Mesy.J/K Kadar Harga dan harga muktamad adalah berdasarkan pengukuran semula di tapak.

Medical Equipment Enhancement Tenure (MEET) adalah merupakan program penyenggaraan dan pembekalan peralatan biomedikal di klinik - klinik terpilih di seluruh Malaysia. Pada masa ini, hanya 10 negeri sahaja yang terlibat iaitu Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur/Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan. Syarikat Quantum Medical Solution Sdn Bhd (QMS) telah dipilih untuk menjalankan perkhidmatan penyenggaraan dan pembekalan dalam program MEET ini.

Syarikat Konsesi, QMS menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan bermula pada 15 Januari 2015.
Untuk makluman, perjanjian telah ditandatangani pada 17 April 2014 dan tarikh berkuatkuasa pada 17 Disember 2014. Tarikh permulaan penyelenggaraan bermula 15 Januari 2015 setelah bon penyelenggaraan dikemukakan oleh pihak syarikat.

Terdapat tiga (3) jenis peralatan biomedikal di bawah Program MEET iaitu:
- Existing Biomedical Equipment (EBE)- Peralatan biomedikal sediaada (Appendik B1 & B2) di dalam Klinik Kesihatan (Appendik A1) dan Klinik Pergigian (Appendik A2) yang disenaraikan di dalam kontrak
- New Biomedical Equipment (NBE)- Peralatan biomedikal bernilai RM2000 ke atas yang akan dibekalkan menerusi perolehan tender (Appendik B3 & B4)
- Purchased Biomedical Equipment (PBE) - Peralatan biomedikal bernilai RM2000 ke bawah yang akan dibekalkan menerusi perolehan tender (Appendik B5 & B6)

Tidak, JKSP adalah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala JKM adalah di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

- Penyakit akut/kronik
- Penderaan kanak-kanak
- Keganasan rumah tangga
- Ibu tanpa nikah
- Keganasan seksual
- Pesakit terdampar
- Masalah tingkah laku
- HIV positif/AIDS
- Ketagihan dadah/alkohol
- Cubaan bunuh diri
- Orang kurang upaya

Pesakit mestilah mendapat rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dan dirujuk oleh doktor pakar ataupun pegawai perubatan dengan Borang Rujukan Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Tidak boleh, pesakit perlu mendapatkan rujukan daripada doktor pakar ataupun pegawai perubatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Sila muat turun borang senarai semak di bahagian Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Bagi hospital atau klinik kesihatan yang tidak mempunyai Pegawai Kerja Sosial Perubatan, pesakit perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

- Pegawai Kerajaan yang dirujuk oleh doktor swasta ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut sama ada pakar atau bukan pakar, di mana pegawai tersebut bukan lagi pesakit klinik/hospital swasta tetapi seterusnya menjadi pesakit kepada hospital kerajaan, maka beliau tidak dikenakan bayaran.
- Pegawai Kerajaan yang dirujuk oleh doktor swasta ke hospital Kerajaan untuk ujian/ siasatan / rundingan dengan pegawai perubatan dan laporan/ keputusan diguna oleh klinik/ hospital swasta di mana pegawai masih lagi pesakit swasta, maka pegawai tersebut dikenakan bayaran selaras dengan Perintah Am 4, Bab F.

Perintah Am Bab F menjelaskan “Pegawai” bermaksud mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan. “Anak” layak mendapat kemudahan rawatan mengikut kelayakan Pegawai sekiranya anak tersebut berumur 18 tahun ke bawah atau sekiranya masih bersekolah, dibawah umur 21 Tahun. Memandangkan anak pesara tersebut berumur 20 tahun dan masih belajar di IPTA anak pesara tersebut layak mendapat kemudahan rawatan percuma mengikut kelayakan Pegawai dengan syarat perlu mengemukakan GL atau Kad Pesara Pegawai.

3 bulan.

Penjawat awam perlu mengemukakan surat jaminan/ mengemaskini maklumat dalam HRMIS dalam tempoh 24 jam dari masa kemasukan wad. Sekiranya penjawat awam tidak dapat mengemukakan surat jaminan dalam tempoh yang ditetapkan, mereka perlu membayar deposit sama seperti orang awam. Deposit tersebut akan dipulangkan apabila surat sah jaminan dilemukakan.

Agensi badan berkanun seperti MARA boleh mengeluarkan surat jaminan (GL) kepada anggota-anggotanya bagi mendapat rawatan di hospital kerajaan mengikut kelayakannya tanpa bayaran deposit. Anggota berkenaan adalah tertakluk kepada caj-caj di bawah Perintah Am Bab F dan tuntutan bil bagi rawatan akan dihantar kepada badan berkanun berkenaan hanyalah sekadar pengesahan kedudukan anggota sebagai kakitangan kerajaan yang layak diberi kemudahan untuk dikecualikan daripada bayaran deposit semasa kemasukan ke wad dan bukannya pengecualian daripada bayaran.

Tiada pengecualian bagi prosedur berkaitan dengan prosedur ortodontik