Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian pediatrik di hospital untuk bayi dan pesakit yang berumur di bawah 16 tahun, termasuk pesakit-pesakit dengan keperluan perubatan khas.  Bidang kepakaran ini merangkumi khidmat diagnosa awal dan pelaksanaan rawatan yang khusus untuk penyakit serta kondisi gigi dan mulut yang kompleks, termasuk karies, penyakit periodontal, gangguan perkembangan gigi dan pertumbuhan gigi, jangkitan di bahagian orofasial, patologi mulut, kelainan tisu lembut dan tisu keras dalam rongga mulut, dan kecederaan orofasial di kalangan kanak-kanak dan remaja. 

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Rawatan pergigian menggunakan berbagai teknik-teknik kawalan tingkahlaku termasuk teknik farmakologikal seperti sedasi dan bius umum
  2. Rawatan pergigian asas termasuk rawatan pencegahan dan rawatan restorasi lanjutan
  3. Rawatan pergigian komprehensif untuk kanak-kanak dengan keperluan perubatan khas
  4. Rawatan jangkitan kuman di bahagian orofasial
  5. Pengawalan perkembangan gigi termasuk ortodontik interseptif
  6. Rawatan kecederaan gigi dan orofasial
  7. Penanganan kelainan gigi dan orofasial termasuk pesakit dengan klef
  8. Patologi dan perubatan mulut
  9. Pembedahan mulut kecil
  10. Prostesis gigi dan mata

PIAGAM PELANGGAN

  • Setiap rujukan baru dengan temujanji akan didaftarkan dalam tempoh 10 minit dan diperiksa dalam hari yang sama.
  • Setiap pelanggan akan diberi maklumat mengenai aspek – aspek penting rawatan.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan kepakaran pergigian yang sewajarnya secara cekap dan professional.
  • Segala maklumat mengenai pelanggan akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan kebenaran dari pihak berkuasa.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas







 

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today284
Yesterday490
This week1190
This month1482
Total331582

2023-10-04
Image
Kemaskini terakhir :
8 Jun 2023
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu