Jabatan Perubatan Nuklear

SEJARAH
Perubatan Nuklear adalah satu cabang di dalam bidang perubatan yang diasaskan pada awal 1930-an. Ia menggunakan radionuklid yang digabungkan dengan unsur-unsur lain untuk membentuk bahan kimia, atau digabungkan dengan sebatian farmaseutikal yang sedia ada, untuk membentuk radiofarmaseutikal. Radiofarmaseutikal yang diberikan kepada pesakit, akan dimetabolisme oleh organ-organ atau reseptor sel tertentu. Sifat radiofarmaseutikal ini membolehkan pengimejan dan rawatan penyakit tertentu dilakukan, berdasarkan fungsi sel dan fisiologi, dan bukannya bergantung kepada perubahan fizikal di dalam sel tisu. Dalam beberapa penyakit, kajian Perubatan Nuklear boleh mengenal pasti masalah kesihatan pada peringkat yang lebih awal daripada ujian diagnostik yang lain. Kajian Perubatan Nuklear ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu diagnostik, rawatan dan intervensi.

Pada masa ini di Malaysia, bidang perubatan ini masih tidak di digunakan secara meluas di dalam sektor perubatan awam. Walau bagaimanapun, KKM menyedari akan kepentingan bidang ini dan telah merangka beberapa strategi seperti  Pakar Perubatan dan kakitangan dalam Perubatan Nuklear yang mahir dan juga menubuhkan Pusat Perubatan Nuklear yang baru.  Pada masa ini Malaysia, terdapat 5 buah Jabatan Perubatan Nuklear yang berpangkalan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Putrajaya dan Hospital Umum Sarawak. 2 buah Jabatan Perubatan Nuklear baru sahaja ditubuhkan pada  tahun ini iaitu di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dan Institut Kanser Negara.

Jabatan Perubatan Nuklear di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah telah mula beroperasi pada 2013. Dalam laporan ini, kami memperincikan perkhidmatan yang telah dimulakan pada tahun ini dan yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.


PENGENALAN
Jabatan Perubatan Nuklear mula beroperasi pada tahun 2013 di Bangunan Pusat Perubatan Nuklear dan Radioterapi, HWKKS. Jabatan ini menyediakan perkhidmatan Diagnostik dan Terapi Nuklear bagi seluruh negeri Sabah. Kakitangannya terdiri daripada Pakar Perunding/Pakar Perubatan Nuklear, Pegawai Perubatan, Pegawai Fizik, Pegawai Farmasi, Juruteknologi Nuklear Perubatan, Jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan kakitangan pentadbiran. Buat masa ini, Jabatan dilengkapi dengan 5 buah katil bagi perkhidmatan rawatan radioiodin bagi pesakit kanser tiroid. Terdapat beberapa jenis perkhidmatan yang dijalankan di Jabatan ini melibatkan diagnostik dan terapi.

OBJEKTIF

  1. Mengeluarkan laporan pemeriksaan pelanggan yang lengkap dan terperinci dalam masa 7 hari bekerja.
  2. Mengeluarkan laporan pemeriksaan pelanggan yang segera dengan lengkap dan terperinci dalam masa 2 hari bekerja.
  3. Memastikan semua kakitangan di jabatan melaksanakan pemeriksaan perubatan dalam tempoh 3 tahun sekali.
  4. Pemantauan keselamatan radiasi dan kawalan infeksi di klinik dan wad dilaksanakan dan direkodkan pada setiap hari bekerja.

PIAGAM PELANGGAN 

  1. Memberi perkhidmatan teranostik perubatan nuklear yang selamat, berkualiti dan efisyen kepada setiap pelanggan.
  2. Masa menunggu kurang daripada 90 minit untuk pemeriksaan klinik.
  3. Mengeluarkan laporan pemeriksaan pelanggan yang lengkap dan terperinci dalam masa 7 hari bekerja.                                
  4. Mengeluarkan laporan pemeriksaan pelanggan bagi kes segera yang lengkap dan terperinci dalam masa 2 hari bekerja.
  5. Memastikan segala rekod dan maklumat peribadi dan rawatan pelanggan dirahsiakan.
  6. Mengamalkan prinsip keselamatan radiasi terhadap pelanggan dan anggota kesihatan.

PIAGAM PELANGGAN (WAD)

  1. Setiap pelanggan akan didaftarkan, diberi persalinan wad dan katil dalam tempoh masa 1 jam.
  2. Setiap pelanggan akan dipantau keadaannya sekurang-kurangnya sekali oleh pakar sepanjang tempoh berada di dalam wad.
  3. Discaj:
    1. Setiap pelanggan akan dimaklumkan 24 jam sebelum discaj.
    2. Semua perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan susulan pelanggan seperti temujanji, surat rujukan, bil hospital, ubat-ubatan, cuti sakit jika perlu dan pendidikan kesihatan diberikan semasa discaj.
    3. Segala rekod, maklumat peribadi dan rawatan pelanggan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya, tertakluk kepada undang-undang.
    4. Laporan Perubatan: Setiap pelanggan boleh mendapatkan laporan perubatan yang dipohon dalam masa 28 hari bekerja melalui permohonan ke Jabatan Rekod Perubatan 

SKOP PERKHIDMATAN

Diagnostik

  1. Bone Scan
    • Delayed whole body bone scan
    • Three phase bone scan
  2. Scintimun scan

  3. Renal ScanDiethylene Triamine Penta Acetic Acid (DTPA)

    • Mercaptoacetyltriglycine (MAG3)
    • Dimercapto Succinic Acid (DMSA)
    • Measurement of GFR (DTPA)
  4. Myocardial perfusion scintigraphy (MPI)
    • Stress/Rest Study
    • Viability Study
  5. Thyroid Scan
  6. Parathyroid Scan (substraction and dual phase)
  7. HIDA (Hydroxy Imino Diacetic Acid) Scan
  8. Meckel’s Scan
  9. Dacryoscintigraphy 
  10. Pleuroperitoneal scan
  11. Lymphoscintigraphy
  12. Iodine -131 Diagnostic whole body scan (WBS) & post ablation WBS
  13. Cardiac amyloid scan

Terapi

  1. RawatanRadioaktif Iodin-131 untukpesakit hipertiroid.
  2. Rawatan Radioaktif Iodin-131 untuk pesakit kanser tiroid (pemberian dos rendah dan dos tinggi).
  3. Radiosinovektomi

 



Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today339
Yesterday257
This week339
This month6270
Total272087

2024-04-22
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu