CRC

PENGENALAN

Pusat Penyelidikan Klinikal atau Clinical Research Centre (CRC), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 Februari 2011.  Unit ini diketuai oleh Dr Flora Chong Li Tze dan timbalan adalah Dr Heng Hock Sin.

Unit ini mempunyai dua pegawai perubatan, dua pegawai penyelidik dan 2 kakitangan Clinical Research Malaysia (CRM).

Unit ini berfungsi untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal yang berkualiti dan beretika untuk meningkatkan kesihatan pesakit di HWKKS. Selain menjalankan penyelidikan klinikal dan menyediakan perkhidmatan penyelidikan khususnya dari segi pentadbiran, CRC HWKKS juga menjalankan kursus dan latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatistik perubatan dan bengkel Good Clinical Practice (GCP).

PERKHIDMATAN

1. Menyokong dan membantu aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan:

  1. Pangkalan data bagi para pakar perubatan yang berminat dengan penyelidikan –  menurut bidang yang diminati,rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri atau Industry   Sponsored Research (ISR), Penyelidikan Inisiatif Penyelidik atau Investigator Initiated Research (IIR) dan hasil-hasil penerbitan;
  2. Sokongan teknikal seperti analisis statistik;
  3. Sokongan pentadbiran seperti menyediakan pembantu penyelidik dan penyelaras penyelidikan;
  4. Sokongan fasiliti seperti IT, pengisian statistik dan sebagainya; dan terminal bekerja berkomputer;
2. Membantu dalam pendaftaran protokol penyelidikan di NMRR (National Medical 
    Research Register) dan memohon geran untuk penyelidikan
3. Membantu dan mengambil bahagian dalam penyelidikan-penyelidikan klinikal dan  
    segala penyelidikan yang dimulakan atau yang dikoordinasi oleh CRC Kebangsaan.
4. Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:
  1. Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), bengkel asas kaedah penyelidikan dan biostatistik, penulisan saintifik, pengenalan kepada penyelidikan klinikal dan sebagainya.
  2. Menjalankan klinik penyelidikan- mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan,rekabentuk penyelidikan, protokol dan analisa statistik;

PIAGAM PELANGGAN

CRC berjanji, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan :

1.Membantu pelanggan dalam penyelidikan klinikal.
2.Menerbit dan membentangkan hasil penyelidikan dalam tempoh masa setahun selepas tamat penyelidikan.
3.Menyelaraskan Industry Sponsored Research (ISR) di fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

TAGLINE CRC HWKKS
"RESEARCH THAT MATTERS TO PATIENTS"

 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today419
Yesterday334
This week419
This month1916
Total257968

2023-03-20
Image
Kemaskini terakhir :
15 Mac 2023
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu