Unit Perhubungan Awam

PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan pada 15 Mac 2016 dan beroperasi di Tingkat 4 Bahagian Pengurusan. Unit ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Pembantu Tadbir Kanan dan Pegawai Khidmat Pelanggan. Unit Perhubungan Awam memberikan khidmat yang terbaik dan beretika dalam perhubungan awam untuk kecemerlangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah. Unit ini juga melaksanakan secara professional Maklumbalas Pelanggan aduan awam dan memberikan penerangan serta penjelasan mengenai perkhidmatan yang disediakan di Hospital ini. Lawatan rasmi, kaunter informasi majlis-majlis protokol dan pemantauan media cetak, media sosial merupakan skop tadbir urus unit ini.

 

PERKHIDMATAN

  • Menyelaras dan memantau aduan awam,
  • Urusetia Penyiasatan dalam & bebas
  • Menyelaras dan memantau aduan akhbar
  • Menyelaras dan Memantau Sispaa,
  • Menyalurkan maklumat serta melayan pertanyaan pihak pelanggan/orang awam secara bersemuka/ telefon dan email
  • Terlibat dalam penghasilan bahan risalah/bacaan untuk pelanggan dan lain-lain.
  • Meneliti dan mendengar komen serta aduan
  •  Menguruskan majlis-majlis rasmi agensi
  •  Menguruskan kunjungan pelawat ke agensi
  • Memberi penerangan, kefahaman dan publisiti HWKKS
  •  Menyampaikan maklumat yang diterima dengan betul dan tepat

 

KHIDMAT PELANGGAN

  • Bertanggungjawab mengendalikan panggilan dari luar dan dalam secara cekap iaitu menjawab panggilan dengan segera, sopan dan mesra serta menjawab dengan ucapan dan pengenalan jabatan.
  • Bertanggungjawab mengendalikan perkhidmatan kaunter dengan melayan pelanggan dengan mesra, menerima aduan / masalah pelanggan serta menunjuk arah / panduan kepada pelanggan.
  • Menyampaikan maklumat yang diterima dengan betul dan tepat

 


 

 

Agensi Kerajaan

Hubungi Kami

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Karung Berkunci No.187
88996 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-522600
Fax : 088-438512
Email : hwkks@moh.gov.my
Today339
Yesterday257
This week339
This month6270
Total272087

2024-04-22
Image
Kemaskini terakhir :
20 May 2022
DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PETA LAMAN
Penafian : Pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
Hak Cipta Terpelihara @ 2018 HWKKS | sesuai di paparkan menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozila & Google Crome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Main menu